Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca di fanpage Penmerah kisah Ustaz Kazim bakal buat laporan polis terhadap Blogger Lavender Mummy. Terkejut juga baca berita Lavender Mummy menggunakan nama Ustaz Kazim untuk kumpul duit lagi sebab aku sangka beliau masih di Brazil tak balik-balik selepas menonton Piala Dunia 2014 setelah kecewa Brazil tak jadi juara. Bukan main lagi gambar dia berselfie dengan Neymar tapi sayang instagram dah diprivatekan jadi tak bolehlah nak tengok.
Dari siasatan oleh pasukan gerak khas didapati Lavender Mummy sudah menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati sejak akhir tahun 2012 menggunakan nama lain iaitu Cheezemaz. Beliau menggunakan segala kepakaran mencari pengaruh tanpa sesiapa sedari sehingga berjaya menang hadiah iPhone 5 bersama Akma Omar, Cikgu Naman, Sharidawati dan Eyriqazz. Sangat menjaga kerahsian sehingga berjaya memberi berbagai alasan untuk tidak hadir di majlis SBB2013 untuk penyerahan hadian iPhone 5. Beliau juga memberi berbagai alasan apabila diminta untuk datang ke pejabat untuk mengambil iPhone 5 yang akhirnya dikirimkan secara pos.
Perangkap yang dipasang oleh Cheezemaz akhirnya berjaya memerangkap rakan-rakan dalam komuniti Denaihati apabila ramai yang terpedaya dengan pelaburan Cheeze Maz yang menawarkan pulangan sehingga 150%. Khabarnya ada yang ikut serta pelaburan Cheeze Maz dengan melabur sehingga berpuluh ribu ringgit. Cheeze Maz memang cekap memancing pelabur dengan memberi pulangan pertama kemudian lesap hilang tanpa dapat dikesan. Kisahnya boleh dibaca di entri “Penipuan Cheeze Maz“.
Daripada beberapa sumber tidak rasmi apabila duit yang ditipu sudah habis Cheeze Maz menyelinap masuk sekali lagi dalam komuniti Denaihati dengan nama yang baru Lavender Mummy dengan projek baru iaitu peluang advetorial dan pengurus email. Kali ini nasib beliau tidak semudah kali pertama apabila ramai yang sudah mencium bau busuk dari ketiak beliau. Ramai yang telah dapat membongkar siapa sebenarnya disebalik Lavender Mummy antaranya entri “tipu helah Lavender Mummy“. Khabarnya semua advetorial dalam blog beliau adalah copy paste daripada blog-blog lain … macam ini pun ada dalam dunia ini.
Lavender Mummy a.k.a Nurzusilawati Nadzri juga dikenali sebagai Cheeza Maz, Isabella Azry, Mahligai Gading, Issabella Cute, Lavender Adzry Jr. sering menampilkan gambar aksi yang mengiurkan sehingga menawan hati dan mengelirukan mangsa-mangsa terutama jejaka ensem Melayu terakhir kecuali Abang Ensem. Tapi langit tidak selalu terang walaupun sebelum ini sudah terlepas dengan berbagai penipuan siber mungkin menggunakan nama Ustaz Kazim untuk pelayaran Star Cruise bersama peminat akan menjadi noktah terakhir kepada ratu penipuan internet. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti jatuh ke tanah juga kerana ALLAH Maha Kuasa tidak terlawan oleh manusia walau selicik mana sekali pun.
Semuga tiada lagi penipu yang menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati yang semakin besar ini kerana matlamat kita adalah untuk memberi manafaat sesama kita bukan membuat kemungkaran.
No related posts.
595 Comments
bagi mereka yang telah tertipu oleh pelaburan yang dibuat oleh kak maz aka lavender mummy, pastinya akan serik untuk mengikuti sebarang pelaburan lagi kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
pelaburan dalam puluh ribu? memang siapa pun akan sentap kalau ditipu macam begitu sahajakan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
yup. memang masa tu juga, kak maz aka lavender mummy ada membuat promosi sama jika ingin membeli produk cheeze beliau. tapi PG tidak membeli produk beliau. tak tahu pula, semasa beliau menang iphone 5, beliau juga telah memerangkap rakan-rakan denaihati untuk mengikuti pelaburan beliau.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kak maz aka lavender mummy ada bagitau PG juga yang beliau tak dapat hadir semasa majlis penyerahan hadiah iphone 5 tersebut. sibuk agaknya ya.
menggunakan nama cheezemaz, iaitu syarikat jualan cheeze beliau, dan PG pernah dapat produk cheeze dari kak maz. siapa sangka, beliau seorang penipu kan?
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
sudah rezeki kak maz aka lavender mummy masa tu menang iphone 5. beruntung beliau. mungkin masa tu beliau hadir bukan sebagai seorang penipu tapi memang tak sangka!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
untuk pengetahuan semua, lavender mummy rupanya telah berada dalam komuniti denaihati sejak akhir tahun 2012! iaitu tahun yang sama PG dengan lavender mummy atau lebih dikenali masa itu dengan nama kak maz! berjuang mendapatkan iphone 5!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
blogger lavender mummy menggunakan nama ustaz kazim untuk kumpul duit?! duit untuk apa? kalau tengok dalam gambarajah, nampak tajuk sertai kembara raikan jodoh dalam pelayaran star cruise pada februari 2015. berbeda dengan kumpul duit?
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
terkejut juga bila baca blogger penmerah tentang kisah ustaz kazim yang bakal membuat laporan polis terhadap blogger lavender mummy. nama memang cukup gah pula baca kan. tapi tak sangka seorang kaki tipu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
penipuan yang bagi PG memang sukar untuk diterima sebab mengenali kak maz, seolah-olah tidak ada cacat celahnya dan sukar untuk di terima beliau adalah seorang penipu!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ini adalah artikel yang memang buat PG sakit jantung bila baca, selepas keluarnya artikel menang iphone 5s tu. sangat terkejut dengan ini!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
lebih lebih lagi kalau melibatkan pelaburan wang ringgit. kena yg betul betul dipercayai
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
bukan senang nak percayakan orang ,.apatah lagi melibatkan wang ringgti..kena siasat betul betul
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..CABARAN NOVEMBER #2 BY KATHY R’BAIN : HARI 6- Gambar Header Blog kisahsidairy
memang cukup malang kepad yang melabur dengan minah ni. semoga dia tertangkap
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
kita kena sentiasa berwaspada tak semua orang kita boleh percaya di internet
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sedangkan kawan rapat pun kekadang kita tak boleh nak percaya,nikan pulak orang yang kita tak kenal
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..CABARAN NOVEMBER #2 BY KATHY R’BAIN : HARI 6- Gambar Header Blog kisahsidairy
ye ka. apa apa je yang melibatkan duit kita kena sentiasa berhati hati
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
perempuan ni memang licik. macam macam penyambaran dia buat utk mengaburi kita
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
dahsyat kan lavender mummy ni.macam macam yang dia dah tipu..tak takut ke
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..CABARAN NOVEMBER #2 BY KATHY R’BAIN : HARI 6- Gambar Header Blog kisahsidairy
orang mcm ni memang tak takut kak. lagi seronok ada la sebab dah dpt bnyak duit
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
semoga kisah lavender mummy ni menjadi iktiba buat pengguna internet di luar sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
yelah,bukan sesuka hati kita nak tipu orang..sampai masa kita juga yang tersungkur
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..CABARAN NOVEMBER #2 BY KATHY R’BAIN : HARI 6- Gambar Header Blog kisahsidairy
dia tak bleh lari. tak lama lagi bakal ditangkap. polis lagi pandai dari dia
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Comments are closed.