Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Pengalaman di Jabatan Pendaftaran Negara.“, pengalaman Abang dan famili bukan pengalaman orang lain. Kali ini Abang nak berkongsi penulisan blog yang mungkin boleh jadi tips kepada rakan blogger.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sebagai blogger yang sudah lama dalam industri sejak 2006, Abang selalu mendapat PM daripada rakan blogger untuk dapat nasihat. Antara pesanan yang menarik adalah.
“Lama dah tak menulis blog. camana nak dapat jiwa menulis blog macam dulu-dulu.”
Majoriti blogger begini jadi suam suam kuku apabila terlalu fokus pada buat duit dengan blog. Mereka cuba nak mencontohi blogger-blogger glamour yang buat review sana, buat review sini dengan gambaran pendapatan yang lumayan daripada blog. Memang benar ada blogger yang mendapat pendapatan yang lumayan sehingga bertukar status menjadi pelakon dan usahawan terkenal, tetapi bukan semua bernasib baik seperti itu.
Abang kenal blogger di utara, tengah dan selatan yang tidak terkenal tapi buat lebih banyak banyak duit dengan blog dan paling penting pendapatan mereka istiqomah tidak mengikut musim. Apabila selami jiwa blogger-blogger ini rupanya fokus mereka bukan pada duit tapi duit datang tanpa diundang dengan strategi yang betul. Skill mereka menulis blog dengan betul mengikut kehendak SEO yang ada jiwa bukan robot dan mendakwah ilmu dalam setiap penulisan menyebabkan mereka terus berada dalam industri. Prinsip penulisan blog yang betul menjadi magnet kepada duit kerana banyak syarikat yang memerlukan khidmat mereka tapa perlu diheboh kepada dunia.
Dalam bahasa yang lebih mudah, apabila kita menulis dengan baik sebenarnya ramai yang memerhati bukan sahaja melalui engine carian Google malahan dari rakan industri. Banyak syarikat yang minta Abang cadangkan blog-blog yang bagus mengikut niche keperluan mereka.
Untuk menjawab soalan di atas
Bila ada idea menulis terus catat jangan tunggu sempurna. Amalkan sentiasa menggunakan aplikasi note yang ada pada smartphone anda untuk mencatat idea entri baru atau catat ringkas di status FB yang kemudian boleh dikembangkan dalam penulisan blog.
Blog boleh bekerja untuk kita bila betul caranya.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
131 Comments
kena banyak membanya dan ambil tahu tentang isu semasa untuk cari idea kemas kini blog
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
Kadang kadang apabila melihat hasil yang tidak setimpal, ini yang membuatkan mood menurun
Curahan rasa Saji.My @ ..Restoran Kampung Ipoh Untuk Peminat Steamboat and Grill
Betul. kadang-kadang langsung tak ada mood nak menulis.
Walau dh aturkan jadual tapi kdg2 rasa mcm tak sempat 🙁
Tapi memang nak juga menulis.
Curahan rasa Cik Norizam @ ..Siapa Kita Di Pandangan Allah?
Betul tu, kadang-kadang memang mood akan hilang untuk menulis. Bila tulis rasa tak seronok je… hmm waktu ini better buat benda lain, selain daripada menulis. Cuma janganlah tinggalkan blog tu lama sangat, sebab lagi lama ditinggalkan akan ada kemungkinan blog akan ditinggalkan terus.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Apa pentingnya memilih kata kunci yang tepat dalam pemasaran menggunakan blog?
Menulis kena banyak membaca supaya dapat idea yang banyak. Dan kena ikhlas kalau menulis 😊
idea boleh datang bila kita membaca dan jumpa ramai orang..
betul tak
Curahan rasa umiadam @ ..Kencing Manis / Diabetes Mak Dan Ayah Turun Lepas Consume Vivix
Harap sangat entri Abang DH ini dapat mengembalikan jiwa ramai blogger untuk berblog 🙂
moga moga lepas baca entri ni jiwa utk menulis blog tu datang dengan sendiri heee
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
harap2 tak akan rasa macam ni.. dah bertahun2 bina blog. sayang kalau nak berhenti di tengah jalan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan Filem Hacksaw Ridge
kene ada mood.
haha..
kalau mood tarak..susah juga mau kasi artikel sedap dibaca.
Curahan rasa titan @ ..Belajar Buat Blog yang INTERESTING dan Menguntungkan.
dari pengalaman saya, kalau takut xda jiwa, bila ada idea jer terus tulis tajuk dan simpan sebagai draft, nanti bila kering idea, kita akan ada idea tajuk hendak tulis apa
Biasanya idea datang masa tengah dalam toilet haha.
Takkan nak bawak hp plak catit.
Curahan rasa lankapo @ ..How to Change Your Celcom WiFiPlus Password?
Betul sangat apa yang tuan tulis ni, mula2 aja semangat, tengok orang buat blog kita pun nak buat blog tapi semangat tu tak kuat. Lama2 terus beku dan lupa pun password untuk update blog. 🙁
Curahan rasa Duit Tambahan @ ..Apa itu RWR??
Nak dapat idea, kena banyak membaca, baru boleh tulis blog dengan baik 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kenapa Perlu Rekrut Agen Syarikat
Kalau tulis artikel blog hanya untuk dapat duit, hentikan saja niat tu. Ia tidak akan berhasil.
Tulis dengan jiwa yang bersih, barulah artikel yang ditulis tu ads kualiti.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Comments are closed.