Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, suatu ketika dahulu Suzuki Swift menjadi kereta idaman. Suka tengok design dan ketegapan Suzuki Swift. Selalu bayangkan kalau dapat beli Suzuki Swift warna biru mesti best. Dalam berangan-angan dapat pulak jemputan pelancaran model baru Suzuki Swift memang tak boleh dilepaskan peluang.
Sabtu lepas Team Denaihati dijemput ke majlis Pelancaran Model Baru Suzuki Swift di Setia Gemilang Auto Sdn Bhd, Shah Alam. Setia Gemilang Auto Sdn Bhd iaitu Pusat Servis Suzuki 4S ni terletak bersebelahan dengan Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd. Lokasinya tak susah nak cari sebab berada di tepi jalan je. Dari jauh dah boleh nampak.
Besar dan luas kawasan pusat servis Suzuki 4S ni. Tempat letak kereta ada lebih kurang 20 petak parking disediakan untuk para pelanggan yang datang. Setia Gemilang Auto Sdn Bhd merupakan Suzuki 4S Premier Centre terbesar di Malaysia (sales, service, spare parts, body & paint) dan pernah dianugerahkan ‘National Top Sales Achiever tahun 2011 & 2012‘.
All New Suzuki Swift Model Baru Tahun 2013
Model All New Suzuki Swift 2013 ni didatangkan dengan fungsi-fungsi yang unik dan istimewa antaranya:
- Brand new Suzuki Swift
- Fully imported unit (CBU)
- Keyless transmitter & push start system
- Engine K14B 1.4-litre petrol engine (better brisk performance, great fuel economy & low emissions)
- Pilihan 5 warna yang menarik iaitu Biru, Merah, Putih, Hitam dan Kelabu (metallic)
Suzuki 4S Premier Centre (Setia Gemilang Auto Sdn Bhd) ni selain menjadi pusat jualan kereta model Suzuki ianya turut menyediakan khidmat servis kereta Suzuki. Nak claim insurans dan windscreen pun boleh buat di sini.
Kemudahan di Setia Gemilang Auto Sdn Bhd
Antara fasiliti / kemudahan yang disediakan oleh Suzuki 4S Setia Gemilang Auto Sdn Bhd:
- Kemudahan WIFI PERCUMA (boleh online dan update blog)
- Ruang menunggu yang luas dan selesa dilengkapi dengan TV dan komputer
- Tempat minum kopi
- Makanan dan minuman eksklusif untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Suzuki 4S Premier Centre pada hari Sabtu
- Latar belakang kaca untuk pelanggan lihat kereta diservis
- Ruang kerja untuk pelanggan membuat kerja sementara menunggu kereta diservis
- Tempat letak kereta yang mencukupi lebih kurang 20 tempat letak kereta untuk pelanggan
- Kemudahan di mana pelanggan boleh meninggalkan kereta semasa waktu bekerja di luar
- Menawarkan 8 service bays yang mampu menampung sehingga 60 buah kereta untuk perkhidmatan biasa dalam sehari (dengan service bays dan tenaga kerja yang mencukupi, servis kereta biasa boleh dibuat dalam tempoh 45 minit)
PROMOSI TERKINI:
Promosi terkini pelanggan boleh mendapat diskaun sehingga 10% (on labour and parts) dan percuma 23 points inspection check. Selain tu, promosi daripada Affin Bank dengan kadar faedah serendah:
- 2.05% untuk Suzuki Alto
- 1.19% untuk Suzuki SX4
- 0.83% untuk Suzuki Grand Vitara
- 0.52% untuk Suzuki Kizashi
Lokasi / Alamat:
SETIA GEMILANG AUTO SDN. BHD.
Lot 7959, Jalan Sungai Buloh, Off Kampung Melayu Subang,
Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor
Sales no: 03- 7845 6888
Service no: 03-7842 1999
Service fax: 03-7832 2929
Waktu operasi untuk jualan:
9 AM – 8 PM (hari bekerja)
10 AM – 6 PM (hari minggu/cuti umum)
PERSON IN CHARGE – MR JAMES – 012-299 7662
Waktu operasi untuk servis:
8:30 AM – 6 PM (hari bekerja)
Ahad dan Cuti Umum – TUTUP
Laman Web Rasmi: www.suzukiselangor.com
Facebook Page: facebook.com/SuzukiSetiaGemilangAuto
74 Comments
terbaik dia punya fasiliti..yang best cermin kaca boleh tengok kereta tengah servis tu
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Hantu Yang Wujud
wow… cantik lah… warna biru tu garang.. nampak lebih ganas dari model sebelum ni
Curahan rasa boni kacak @ ..Boni Kacak VS Razi – Penyamun Inc.
warna biru memang mengancam.kalau dapat rembat sebijik ni memang besttt….
Dengan kadar faedah yg begitu menarik, warna dan kemudahan di tempat servis, rasanya suzuki swift yg baru ni akan banyak menjalar atas jalanraya Malaysia sikit hari lagi…
fuh….terbaik!
alaaa… comelnyaa… tapi lepas dapat capai impian untuk ada satu kereta besar, baru boleh nak beli kereta kecik.. Sekarang pakai city pun dah penuh dah kereta walaupun baru satu anak.. hehe
Contest kereta idaman?
memang pantas bila suzuki swift ini dijadikan salah satu mobil untuk keluarga
nampak kacak suzuki swift baru ni
buatlah contest Kereta Idaman untuk para blogger pula.. mesti bertambah meriah nanti 😀
Curahan rasa azrijohan @ ..10 Blogger Terbaik Malaysia
Nak kena minta Suzuki sponsor tu .. ada contact ke?
contest kereta idaman, berebut2 la blogger nak join.. tugasan plak tak tau macam mana, mesti susah giler..
kereta idaman gak tuh .. hehehe .. blue my favorite colour .. ble la mpu milik nih ..
Curahan rasa diarisakura @ ..#28 Wordless Wednesday – Maafkan aku, Ya Allah …
Suzuki swift nie memang mantap.
Curahan rasa hatiputera @ ..Wordless Wednesday – Sunrise dan Sunset
kalaulah di proton pusat servis nya macam ni.. pasti puas hati.. =)
waaaaaaaaahh.. minat swift ghupanya
bentuk model nampak lebih kurang sama dengan yang lama..tapi yang 2013 ni nmpak lebih elegan..
biasa lalu depan premier centre tuh…tengok dari jauh jer lah…
dalam centre tuh kelihatan sungguh kemas yer, bagus untuk keselesaan pelanggan kan…
Comments are closed.