Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia digegarkan dengan berita Taufan Pasir atau Superstorm Sandy yang melanda New York yang mengakibatkan kerosakan berbillion dollar dan mengorbankan lebih daripada 50 nyawa yang tidak berdosa. Antara bencana alam terburuk melanda New York di abad 21.
Yahoo tulis dalam websitenya : “STORM LEAVES BEHIND UNTHINKABLE DAMAGE”
Aku kata : “APABILA ALLAH SWT BERBICARA DAN MEMBIARKAN ALAM MENCARI KESIMBANGAN MAKA IA TIDAK AKAN MELIHAT SESIAPA”
Terlalu banyak samseng dunia USA telah lakukan merosakan dunia terutama dunia Islam. Dengan senjata doa sahaja kita dapat melawan dan dengan penuh sabar menunggu akhirnya ALLAH SWT berbicara. Tetapi apabila ALLAH SWT berbicara tiada pilih bulu semua termasuk yang tidak bersalah akan mendapat impaknya.
Pengajaran : Kalau pemimpin Malaysia dan Rakyat terus pertelingkah dalam semua hal hanya kerana pendirian politik yang berbeza sehingga lupa pada ALLAH SWT tidak mustahil ALLAH juga akan berbicara sebagaimana telah berlaku tsunami dan gempa besar di Indonesia, banjir besar di Thailand dan ribut taufan di Filipina. Apabila ALLAH membiarkan alam mencari keseimbangan semua manusia tak kira tua, muda, gagah atau lemah akan dimakan oleh alam.
SUDAHKAH KITA BERSEDIA.
Hayati Firman ALLAH SWT berikut :
“Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” – (al-Rum: 41)
Lagi Firman ALLAH SWT :
“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidak percayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?” (17:68-69)
dan ALLAH SWT juga ber Firman :
“Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?” (16:45) dan ”Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?” (67:16)
Mungkinkah kita tidak yakin dengan Firman ALLAH SWT seperti berikut :
“Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah, dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.” (54:11-12) dan ”Tetapi mereka berpaling; maka Kami mengutuskan kepada mereka Banjir Arim, dan Kami menukarkan kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara.” (34:16)
113 Comments
celaka akan di turunkan kepada orang yang berbuat jahat.. semoga ada kesedaran buat mereka yang belum merasainya
Curahan rasa donnyien @ ..Giveaway hatiputera.com
semoga kita akan lebih mendekatkan diri denganNya kerana bencana alam pasti akan berlaku. begitu juga dengan ajal. ia tak mengenal siapa. tua dan muda. dan semoga perkara ini akan menjadi pengajaran bagi Barat agar tidak semudahnya membinasakan umat Islam…
Curahan rasa boni kacak @ ..Budak Skema Di Sekolah Kebangsaan Selayang Utama Part Akhir
Apakah ini balasan dari kerja tangan manusia selama ini?
Curahan rasa auc dot com @ ..Statistik Blog AUC Bulan Oktober 2012
erm troknya kerosakkan die..arap2 malaysia dijauhkan drpd bencana yg sedemikian
Curahan rasa Jai @ ..AsiaCube Reward and Giveaways Program
semoga di jauhkan dari marabahaya…..
tuhan nk bg ujian kat mana2 shja..
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Wordless Wednesday : Intel 48 Cores
harus jadi bahan renungan, bahwa Alloh maha kuasa
Curahan rasa cara diet aman @ ..Agen Herbalife Tasikmalaya
Nauzubillah…semoga dijauhkan dari berlaku kat negara kita
Curahan rasa Shahrul @ ..Muat Turun dan Cuba Windows 8 untuk 90 hari
bila ALLAH kata jadi sesungguhnya jadilah, masa tu tak sempat nak mohon ALLAH stopkan pon
Curahan rasa jal @ ..cara buang lemak
semoga dijauhkan daripada kita..aminn
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Tips Elak Silau Semasa Memandu
ya, semoga di jauhkan dari perkara2 begini
suka frasa “bila alam mencari keseimbangan”… ternayata tangan-tangan manusia yang merubah alam menjadi berat sebelah dan memungkinkan alam mencari keseimbangannya yang telah hilang…. Allah Maha Kaya!
Curahan rasa zuhairi @ ..Omar Al-Khattab, MBC Series
Alloh maha kuat dan maha bisa,…
Curahan rasa Peluang bisnis @ ..Peluang Bisnis Rumahan 2013
Allah tu maha adil.
Curahan rasa titan @ ..Biskut Merry untuk dikongsi.
serem ini badai. menghancurkan segalanya yang berada di depan. semoga kita semua dijauhi dari bencana seperti ini.
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Manfaat Buah Delima bagi Kesehatan
Semoga kita di Malaysia terhindar dari malapetaka sebegitu.Sama-sama kita berdoa meminta kesejahteraan dariNYA.
Comments are closed.