Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Seringkali kita terbaca berita-berita tentang gossip dunia hiburan sama ada di media cetak mahupun media elektronik. Tetapi pernah tak kita fikir adakah berita itu 100% betul atau hanya khabar angin yang belum diketahui kesahihannya? Namun ada yang percaya setiap berita yang dilaporkan. Bagaimana agaknya kesan dan akibat daripada berita gossip yang disiarkan tu? Jomm kita baca pandangan dari penulis jemputan yang merupakan graduan undang-undang dan bekas eksekutif di sektor korporat, serta cenderung menulis tentang isu-isu kehidupan.
Tulisan kali ini adalah luahan rasa HATI mantan Ketua Editor Majalah Corporate Petronas (Subsidiary), writer & editor bulletin di company website dan speechwriter untuk company CEO. Sekarang menetap di Australian. Boleh di hubungi dengan email ini. Jooom kita baca tulisan beliau …
Pada pemerhatian saya akhir-akhir ini, kecenderungan melaporkan khabar-khabar angin semakin kritikal. Terma ‘khabar angin’ atau gossip ini saya gunakan untuk merujuk kepada berita-berita hiburan yang penulisnya terima daripada sumber-sumber yang tidak kuat sehinggakan pembaca boleh tertanya-tanya keseorangan; sudahkah si penulis ini bertanya kepada empunya badan?
Contoh yang klasik, artis A diberitakan mempunyai skandal dengan artis B di belakang isterinya C, tetapi sebelum bertanya sendiri kepada A atau B atau C, berita tersebut sudah pun tersebar di semua media online. Berita ditulis lengkap dengan nama semua individu!
Kecuali nama sumbernya.
Saya tertanya-tanya, di manakah etika kewartawanan penulis-penulis berita hari ini? Pada ketika penulis berita menghubungi A, B dan C untuk memastikan khabar angin tersebut, barangkali pinggan mangkuk di rumah A dan isterinya sudah berterbangan dan pecah seribu. Ya, saya sengaja exagerate kesan contoh ini untuk menggambarkan the extent of damage that a one liner gossip could do to a marriage.
Being well-known celebrities does not make their marriage any immune than ours when it comes to gossip, semua hubungan suami isteri adalah vulnerable terhadap fitnah apatah lagi jika dianjurkan dalam skala yang besar. Sebagaimana tidak berakhlaknya untuk kita pusing seluruh kampung dan memberitahu orang ramai bahawa Pak Abu telah berjumpa Kiah Janda secara senyap-senyap tanpa pengetahuan isterinya, begitulah tidak berakhlaknya juga untuk kita menyebarkan berita-berita tidak pasti tentang rumahtangga artis dan hal-hal yang sewaktu dengannya tanpa kebenaran artis itu sendiri.
Ya, saya menggunakan perkataan ‘kebenaran’ dan bukan ‘pengesahan’. Dalam Islam, jika sekalipun berita itu disahkan oleh empunya badan, adalah tidak boleh untuk kita menyebarkannya kerana ia melibatkan aib isteri, suami, dan orang ketiga. Manusia memang dilahirkan dengan sedikit sebanyak rasa ‘teruja’ untuk mendengar tentang masalah rumahtangga orang tetapi itu tidak bermakna bahawa kita perlu menghidangkan berita tersebut kepada mereka.
Trend melaporkan gossip-gossip yang tidak pasti ini saya katakan semakin kritikal kerana di zaman saya membesar dulu (1990an) sekurang-kurangnya para penulis berita tidak meletakkan nama dalam berita tersebut. Justeru, saya amat bersimpati dengan artis-artis hari ini yang kisah peribadi mereka (yang tidak tepat) pernah menjadi hidangan berita nasional apabila berita itu terlebih dahulu dipaparkan oleh media SEBELUM mereka sendiri mendengarnya.
Sungguhpun saya meragui keberkatan yang ada dalam kerjaya artis-artis, namun dari perspektif Islam, adalah tetap berdosa kita memperlakukan mereka sebegitu apabila membuat laporan tentang mereka. Ia membawa kepada fitnah, perpecahan rumahtangga, dan budaya mempercayai khabar angin tentang aib-aib manusia. Saya menyeru agar pihak wartawan dan media (sama ada offline atau online) agar lebih berhati-hati dalam menerbitkan sesuatu berita. Elakkanlah laporan-laporan yang melibatkan rumahtangga artis dan cukuplah sekadar melaporkan hari kahwin mereka, kelahiran zuriat, dan perkara-perkara yang baik. Jika anda terdengar kisah mengaibkan di pihak suami atau isteri, simpanlah berita itu untuk iktibar sendiri.
Sebagai renungan, Allah telah berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Semoga tulisan ini memberi pengajaran kepada semua yang membacanya.
No related posts.
138 Comments
Sudah lama saya tidak membaca blog-blog atau majalah hiburan atas sebab ini, semuanya hanya mementingkan pembaca yang ramai atau berita yang hangat sahaja, tetapi tidak memikirkan perkara-perkara yang akan berlaku kerana gossip yang disebarkan.
Curahan rasa Eizil @ ..Hebatnya sedekah
bape share yg dia dpt bila sebar cerita tak betul tu?
Curahan rasa Fara @ ..DUIT + DO IT
Terbaik entry.. sekarang ni memang teruk sangat.. bukan kisah curang artis jer kisah kematian pun diaorang boleh sebarkan main main jer.. x takut betul..
Curahan rasa Nurul @ ..Kisah Ma Saya
nice topic, benar yang laku nya cuman gossip karena itu banyak yang di buru oleh pembaca berita
Curahan rasa awila @ ..Simbol Kepedulian Duka Cita
harap saya lebih berhati-hati lepas nie dalam menulis artikel berita dan gossip semoga tidak memudaratkan orang lain.
Curahan rasa hatiputera @ ..Cari keyword popular guna google trends
kesian ngan artis yg rumahtangga hancur ranap sebab gosip liar dan dusta..yg peliknya boleh pulak lepas dengan editor..
Tengok sini ==>> Kartun Perosak Minda Kanak-Kanak
Sedih juga berita dilaporkan tanpa mendapat kesahihah. Letih pihak yang digossipkan untuk menepis berita tidak benar.
Curahan rasa akubiomed @ ..Fenomena Sun Halo @ Halo Matahari
Mengejar deadline memanglah trending para wartawan.Kerana itu jugalah yang menyebabkan mereka adakalanya akan kehilangan pertimbangan semata-mata memenuhi deadline. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan mereka sepenuhnya jika kita mengambil kira kekangan masa. Apa yang pentingnya kita sebagai pembaca perlu tahu had sendiri dan tujuan kita membaca sesuatu artikel.
Diakhir zaman fitnah menjadi satu kebiasaan dan apabila kita mendapat sesuatu berita terutama berita gossip maka kita perlulah menyelidikinya dahulu. Kebanyakkan blogger yang menyiarkan artikel tulisan mereka berkaitan dengan berita sensasi atau disensasikan dari gosip-gosip yang telah tersedia maka sebenarnya tujuan mereka adalah untuk mendapatkan trafik yang banyak untuk tujuan menjana pendapatan. wal hal mereka tidak mengambil kira kesan, dosa dan pahala berbuat begitu.
Curahan rasa Syarih @ ..Tips Untuk Mendapatkan Anak Kembar.
Bukan setakat berita hiburan, kalau diamati betul2 berita lain di newspaper sekarang ni pun banyak dicedok dari sumber online dan kadang2 ada yang tidak diedit betul2 sehinggakan ada meninggalkan link yg tidak sepatutnya seperti “click link di sini” , “refer the next link” dan pelbagai lagi.
Kalau bab sumber plak, memang tak payah cerita,.. main hentam ikut suka je… paling2 apa yang diorang akan sebut… “mengikut satu kajian….” siapa, di mana, bila dibuat takde pulak disebut. IMHO
Curahan rasa shraqs @ ..Best Global Brand 2012 – Top 100
setuju !! …mereka malas nak buat kajian
Curahan rasa Syarih @ ..Tips Untuk Mendapatkan Anak Kembar.
Tak salah klu dikatakan wartawan skrg menulis artikel hanya semata2 utk melariskn akhbar mereka. Mereka tak peduli akan kesahihan sumber berita itu sendiri. Wartawan perlu ikut code of ethics yg ditetapkn…
rasanye ade wartawan tabloid pun dah cedok cerita dari blog-blog sensasi juga sekarang nih..
Curahan rasa Syarih @ ..Tips Untuk Mendapatkan Anak Kembar.
pemberitaan yang tak konfirmasi dulu bisa jadi sama dengan gibah, meskipun benar adanya
Curahan rasa Dadan @ ..Allah Tidak Akan Tinggalkan Kita
dan kalau salah bisa jadi fitnah
Curahan rasa Dadan @ ..Allah Tidak Akan Tinggalkan Kita
Insaflah, aib kita terlalu banyak. Ada masa lagi untuk kita membuka aib orang lain? Ingat pesan Nabi, barangsiapa menutup aib saudaranya di dunia, Allah akan tutup aibnya di akhirat nanti. Apa lagi yang kita harapkan waktu tu nanti. Dimana Allah tayangkan satu-satu perbuatan kita di dunia. Kecualilah berharap Allah tidak menayangkan segala aib kita.
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Dah diberi amaran, masih juga degil, kan dah kena
rasanya dunia blog pun sudah begitu banyak yang menulis gosip tentang kehidupan seseorang tanpa konfirmasi terlebih dahulu
Curahan rasa munir ardi @ ..Champions League results Matchday 2. Thursday, October 4th, 2012
Ramai yang suka buat blog copy n paste.
Curahan rasa shraqs @ ..Best Global Brand 2012 – Top 100
mereka yang buat kerja copy paste nih tak akan tahan lama blog mereka….
Curahan rasa Syarih @ ..Tips Untuk Mendapatkan Anak Kembar.
klu nak buat gosip pun jgn la mnyusahkan hidup org… 🙂
Curahan rasa mohd nasyit @ ..Feri kenderaan dan penumpang Labuan terbakar
Comments are closed.