Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Seringkali kita terbaca berita-berita tentang gossip dunia hiburan sama ada di media cetak mahupun media elektronik. Tetapi pernah tak kita fikir adakah berita itu 100% betul atau hanya khabar angin yang belum diketahui kesahihannya? Namun ada yang percaya setiap berita yang dilaporkan. Bagaimana agaknya kesan dan akibat daripada berita gossip yang disiarkan tu? Jomm kita baca pandangan dari penulis jemputan yang merupakan graduan undang-undang dan bekas eksekutif di sektor korporat, serta cenderung menulis tentang isu-isu kehidupan.
Tulisan kali ini adalah luahan rasa HATI mantan Ketua Editor Majalah Corporate Petronas (Subsidiary), writer & editor bulletin di company website dan speechwriter untuk company CEO. Sekarang menetap di Australian. Boleh di hubungi dengan email ini. Jooom kita baca tulisan beliau …
Pada pemerhatian saya akhir-akhir ini, kecenderungan melaporkan khabar-khabar angin semakin kritikal. Terma ‘khabar angin’ atau gossip ini saya gunakan untuk merujuk kepada berita-berita hiburan yang penulisnya terima daripada sumber-sumber yang tidak kuat sehinggakan pembaca boleh tertanya-tanya keseorangan; sudahkah si penulis ini bertanya kepada empunya badan?
Contoh yang klasik, artis A diberitakan mempunyai skandal dengan artis B di belakang isterinya C, tetapi sebelum bertanya sendiri kepada A atau B atau C, berita tersebut sudah pun tersebar di semua media online. Berita ditulis lengkap dengan nama semua individu!
Kecuali nama sumbernya.
Saya tertanya-tanya, di manakah etika kewartawanan penulis-penulis berita hari ini? Pada ketika penulis berita menghubungi A, B dan C untuk memastikan khabar angin tersebut, barangkali pinggan mangkuk di rumah A dan isterinya sudah berterbangan dan pecah seribu. Ya, saya sengaja exagerate kesan contoh ini untuk menggambarkan the extent of damage that a one liner gossip could do to a marriage.
Being well-known celebrities does not make their marriage any immune than ours when it comes to gossip, semua hubungan suami isteri adalah vulnerable terhadap fitnah apatah lagi jika dianjurkan dalam skala yang besar. Sebagaimana tidak berakhlaknya untuk kita pusing seluruh kampung dan memberitahu orang ramai bahawa Pak Abu telah berjumpa Kiah Janda secara senyap-senyap tanpa pengetahuan isterinya, begitulah tidak berakhlaknya juga untuk kita menyebarkan berita-berita tidak pasti tentang rumahtangga artis dan hal-hal yang sewaktu dengannya tanpa kebenaran artis itu sendiri.
Ya, saya menggunakan perkataan ‘kebenaran’ dan bukan ‘pengesahan’. Dalam Islam, jika sekalipun berita itu disahkan oleh empunya badan, adalah tidak boleh untuk kita menyebarkannya kerana ia melibatkan aib isteri, suami, dan orang ketiga. Manusia memang dilahirkan dengan sedikit sebanyak rasa ‘teruja’ untuk mendengar tentang masalah rumahtangga orang tetapi itu tidak bermakna bahawa kita perlu menghidangkan berita tersebut kepada mereka.
Trend melaporkan gossip-gossip yang tidak pasti ini saya katakan semakin kritikal kerana di zaman saya membesar dulu (1990an) sekurang-kurangnya para penulis berita tidak meletakkan nama dalam berita tersebut. Justeru, saya amat bersimpati dengan artis-artis hari ini yang kisah peribadi mereka (yang tidak tepat) pernah menjadi hidangan berita nasional apabila berita itu terlebih dahulu dipaparkan oleh media SEBELUM mereka sendiri mendengarnya.
Sungguhpun saya meragui keberkatan yang ada dalam kerjaya artis-artis, namun dari perspektif Islam, adalah tetap berdosa kita memperlakukan mereka sebegitu apabila membuat laporan tentang mereka. Ia membawa kepada fitnah, perpecahan rumahtangga, dan budaya mempercayai khabar angin tentang aib-aib manusia. Saya menyeru agar pihak wartawan dan media (sama ada offline atau online) agar lebih berhati-hati dalam menerbitkan sesuatu berita. Elakkanlah laporan-laporan yang melibatkan rumahtangga artis dan cukuplah sekadar melaporkan hari kahwin mereka, kelahiran zuriat, dan perkara-perkara yang baik. Jika anda terdengar kisah mengaibkan di pihak suami atau isteri, simpanlah berita itu untuk iktibar sendiri.
Sebagai renungan, Allah telah berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Semoga tulisan ini memberi pengajaran kepada semua yang membacanya.
No related posts.
138 Comments
rancangan gosip kat tv tu kononya nak carik kebenaran betulke?
Curahan rasa fandyzblog @ ..Tips Keselamatan Rumah
Tak tahu nak kata apa, apa maksud tersirat diterbitkan di TV, radio atau mana2 media maasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Cukuplah sekadar kita membaca saja di akbar, majalah atau media elektronik secara online cukuplah, tak perlu dibuat entri. Silap haribulan dapat dosa free2 jika silap berita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
salam.. saya juga agak rimas dengan gosip-gosip yang entah dari mana datangnya.. tak tau benar ke tidak.. walaupun tak kena pada diri saya.. tapi macamana kalau kena pada diri kita.. berdosa dah satu hal.. hmm tak paham betullah..
Curahan rasa fandyzblog @ ..2kg rambut, kapur dalam perut
Dosa membuat fitnah yg tidak sahih/mengelirukan/mencurigakan patut dielakkan. Biasanya dosa dan pahala ni tak nampak, sbb tulah ramai yg gian dan hangat utk disiarkan di entri mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Kepada yg mereka telah terbitkan artikel ttg kisah mereka di blog kita, hrp2 cuba ditiadakan, bialah pihak akhbar atau majalah saja yg terbitkan artikel mereka. Jika mereka kena saman sekalipun, mereka dpt membayarnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Kalau utk temu sesi utk majalah yg telah dimereka aturkan, itulah yg memdapat kebenaran drp mereka, kalau yg lain2 tak sahih/mencurigakan. Ini pasti tidak diterima oleh mereka. Silap hari bulan boleh disaman oleh mereka. Bagaimana kita nak buat jika mereka saman kita, Saman pula berjuta-juta.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
tu yg tak minat sgt cerita tentang artis ni 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Review Buku: Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
kawan pun tak berapa berkenanlah cerita diaorang nih he he.. 🙂
Curahan rasa fandyzblog @ ..Perempuan Terkaya di Dunia
Minatjigak, tapi sekadar membaca atau ingin tahu tapi bukan utk mempercayai atau mengesahkan penerbitan mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Sedih melihat kisah2 mereka di media elektronik, blog2, entri2 yg begitu byk sekali memasuki emel saya., sampai tak tahu nak klik yg mna dulu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Ya benar sekali, di emel saya penuhfgn berita artis kita yg sensasi, walaupun blog nama saya sensasi2020, tapi belum pernah melaporkan ttg kisah hidup mereka , lebih2 lagi membuat entri ttg kisah mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
memang tidak dinafikan hampir semua orang suka membaca gosip walaupun ianya banyak menjurus kepada fitnah tak kiralah sama ada ia melibatkan golongan artis atau juga ahli politik TETAPI golongan ini lah yang banyak sekali menjadi sasarannya… sedih
Curahan rasa sweetkurma @ ..terasa kehilangan
kalo cerita itu tidak benar..mmg dosa berpanjangan jika dipublish di blog..
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Buah Longan Brazil
Semaoga kita fikir2kan dulu, baik atau baguskah di buat di blog kita, membuat entri ttg kisah hidup mereka, lebi2 lagi gosip2 hangat/hot.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Setuju…kadang2 sengaja disensasikan walhal kebenaran belum diketahui…demi mencari sensasi..
Curahan rasa Weschairs @ ..Resort World of Genting – FREEZE 2
Di mana mereka mencari berita ni, dah tanya ke nak tulis rntri kisah tu dgn mereka. Pasti tidak meminta izin drp mereka bukan, oleh itu cuba kurangkan kisah2 mereka di blog kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
itu lahhh.. lagi2 kalau kisah artis yang tak tahu cerita sebenar dari mereka yang terlibat, baik kita diamkan aje.. huhuhu.. tak minat sangat gossip artis ni.. banyak propa.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..TIGA TOKOH TERULUNG ANUGERAH MERDEKA 2012
Kalau begitu, cukup bagus..lihat saja blog KiD, byk tip2 bgaimana menjana/income drp churp2, nuffnang dan say.my, itu lebih bagus. Betul tak KiD?….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
kebanyakan gosip adalah mungkin fitnah…tapi gosip la yang melariskan majalah mereka
Curahan rasa Shahrul @ ..Niche Surat Khabar di Malaysia
Kadang2, yg hot/gosip ni dpt melariskan jualan sesuatu majalah, akhbar, blog dll.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Berita gossip memang banyak diburu para wartawan
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pemeriksaan Pap Smear
Apalagi para pemburu berita infotainment
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pemeriksaan Pap Smear
Makanya beberapa waktu yang lalu di Indonesia MUI mengeluarkan fatwa haram Infotainment.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Dirgahayu 67 Tahun TNI
Dan sejak itu saya selalu berupaya untuk tidak nonto.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Dirgahayu 67 Tahun TNI
Mending pindah channel aja, cari film kartun.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Dirgahayu 67 Tahun TNI
kalau saya malah jarang buka TV bang hanya nonton kalau master chef
Curahan rasa munir ardi @ ..Pemandian Air Panas Sulili Pinrang
Wartawan itu dah sudah kerja mereka, tapi ikut prosidur yg telah ditetapkan, tapi bagaimana dgn entri yg kita terbitkan?? 🙁
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Comments are closed.