Sudah Nipiskah Pertimbangan Wartawan Hiburan?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Seringkali kita terbaca berita-berita tentang gossip dunia hiburan sama ada di media cetak mahupun media elektronik. Tetapi pernah tak kita fikir adakah berita itu 100% betul atau hanya khabar angin yang belum diketahui kesahihannya? Namun ada yang percaya setiap berita yang dilaporkan. Bagaimana agaknya kesan dan akibat daripada berita gossip yang disiarkan tu? Jomm kita baca pandangan dari penulis jemputan yang merupakan graduan undang-undang dan bekas eksekutif di sektor korporat, serta cenderung menulis tentang isu-isu kehidupan.

Tulisan kali ini adalah luahan rasa HATI mantan Ketua Editor Majalah Corporate Petronas (Subsidiary), writer & editor bulletin di company website dan speechwriter untuk company CEO. Sekarang menetap di Australian. Boleh di hubungi dengan email ini. Jooom kita baca tulisan beliau …

Pada pemerhatian saya akhir-akhir ini, kecenderungan melaporkan khabar-khabar angin semakin kritikal. Terma ‘khabar angin’ atau gossip ini saya gunakan untuk merujuk kepada berita-berita hiburan yang penulisnya terima daripada sumber-sumber yang tidak kuat sehinggakan pembaca boleh tertanya-tanya keseorangan; sudahkah si penulis ini bertanya kepada empunya badan?

Contoh yang klasik, artis A diberitakan mempunyai skandal dengan artis B di belakang isterinya C, tetapi sebelum bertanya sendiri kepada A atau B atau C, berita tersebut sudah pun tersebar di semua media online. Berita ditulis lengkap dengan nama semua individu!

Kecuali nama sumbernya.

Saya tertanya-tanya, di manakah etika kewartawanan penulis-penulis berita hari ini? Pada ketika penulis berita menghubungi A, B dan C untuk memastikan khabar angin tersebut, barangkali pinggan mangkuk di rumah A dan isterinya sudah berterbangan dan pecah seribu. Ya, saya sengaja exagerate kesan contoh ini untuk menggambarkan the extent of damage that a one liner gossip could do to a marriage.

Being well-known celebrities does not make their marriage any immune than ours when it comes to gossip, semua hubungan suami isteri adalah vulnerable terhadap fitnah apatah lagi jika dianjurkan dalam skala yang besar. Sebagaimana tidak berakhlaknya untuk kita pusing seluruh kampung dan memberitahu orang ramai bahawa Pak Abu telah berjumpa Kiah Janda secara senyap-senyap tanpa pengetahuan isterinya, begitulah tidak berakhlaknya juga untuk kita menyebarkan berita-berita tidak pasti tentang rumahtangga artis dan hal-hal yang sewaktu dengannya tanpa kebenaran artis itu sendiri.

Ya, saya menggunakan perkataan ‘kebenaran’ dan bukan ‘pengesahan’. Dalam Islam, jika sekalipun berita itu disahkan oleh empunya badan, adalah tidak boleh untuk kita menyebarkannya kerana ia melibatkan aib isteri, suami, dan orang ketiga. Manusia memang dilahirkan dengan sedikit sebanyak rasa ‘teruja’ untuk mendengar tentang masalah rumahtangga orang tetapi itu tidak bermakna bahawa kita perlu menghidangkan berita tersebut kepada mereka.

Teruskan berkarya dengan entri yang bermanafaat.

Trend melaporkan gossip-gossip yang tidak pasti ini saya katakan semakin kritikal kerana di zaman saya membesar dulu (1990an) sekurang-kurangnya para penulis berita tidak meletakkan nama dalam berita tersebut. Justeru, saya amat bersimpati dengan artis-artis hari ini yang kisah peribadi mereka (yang tidak tepat) pernah menjadi hidangan berita nasional apabila berita itu terlebih dahulu dipaparkan oleh media SEBELUM mereka sendiri mendengarnya.

Sungguhpun saya meragui keberkatan yang ada dalam kerjaya artis-artis, namun dari perspektif Islam, adalah tetap berdosa kita memperlakukan mereka sebegitu apabila membuat laporan tentang mereka. Ia membawa kepada fitnah, perpecahan rumahtangga, dan budaya mempercayai khabar angin tentang aib-aib manusia. Saya menyeru agar pihak wartawan dan media (sama ada offline atau online) agar lebih berhati-hati dalam menerbitkan sesuatu berita. Elakkanlah laporan-laporan yang melibatkan rumahtangga artis dan cukuplah sekadar melaporkan hari kahwin mereka, kelahiran zuriat, dan perkara-perkara yang baik. Jika anda terdengar kisah mengaibkan di pihak suami atau isteri, simpanlah berita itu untuk iktibar sendiri.

Sebagai renungan, Allah telah berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Semoga tulisan ini memberi pengajaran kepada semua yang membacanya.


Spread the love

138 Comments

  1. salam semua.. sangat suka dengan ayat “Manusia memang dilahirkan dengan sedikit sebanyak rasa ‘teruja’ untuk mendengar tentang masalah rumahtangga orang”. Bukan hanya teruja dengan hal rumahtangga, malah segala yang buruk. Yang baik hanya jarang-jarang diceritakan,
    Curahan rasa fara @ ..Gingersnaps For All ContestMy Profile

        1. Interaksi akan semakin menjadi lebih nyata karena pada umumnya tayangan gosip juga memberi ruang komunikasi. Tidak sekedar suara tetapi juga gambar nyata, sebab seseorang siapapun dia bisa punya kesempatan untuk ’masuk TV’ jika mempunyai informasi yang valid berkaitan dengan issue yang sedang dibahas.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Dirgahayu 67 Tahun TNIMy Profile

  2. suka jugak baca2 gossip pasal artis.. tapi kalau macam isu artis kawin cerai kawin cerai, artis berkhalwat, artis bergaduh, artis hisap dadah dan lain2, memang saya tak berminat langsung nak baca.. sah2 berita tu sesuatu yg mengaibkan (walaupun tak bagitau identiti sebenar).. buang masa je baca..

    p/s: rasanya ada sesetengah artis ‘SUKA’ berita atau khabar angin tu keluar paper/majalah..
    Curahan rasa Anarm @ ..Pertama Kali Terpandang Hati Rasa TerpautMy Profile

      1. Hanya saja kita juga harus berpatokan pada landasan agama kita juga, bahwasannya ikut serta menyebarkan berita apalagi “gossip, issue” berkaitan dengan kehidupan rumah tangga dan sejenisnya juga adalah termasuk hibbah dan tidakdibenarkan dalam agama kita
        Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Pemeriksaan KehamilanMy Profile

        1. Sepakat dengan sahabat DH, lebih baik memberikan entri yang bermanfaat kepada para pembaca tanpa ikut dalam alur hibbah dan gossip walaupun itu sedang trends dan mendatangkan banyak traffik pula. Semuanya kembali kepada diri kita sendiri dan apa tujuan semula kita membuat BLOG, website….
          Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Pemeriksaan KehamilanMy Profile

        2. Betul Mas…. GHIBAH adalah salah satu jenis penyakit hati yang sangat berbahaya dan berimplikasi luas. Penyakit hati ini tidak saja dapat merusak tatanan dan relasi sosial, tetapi juga dapat mengganggu stabilitas personal orang yang gemar melakukannya.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Dirgahayu 67 Tahun TNIMy Profile

            1. Berapa banyak kita menyaksikan pertengkaran dan pertikaian di tengah-tengah masyarakat akibat penyebaran berita-berita tidak bertanggung jawab tersebut. Ghibah tidak saja bisa merusak hubungan antar individu, tetapi juga dapat merusak keharmonisan komunal masyarakat.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Dirgahayu 67 Tahun TNIMy Profile

            2. Itulah sebabnya mengapa Islam secara tegas melarang untuk melakukan ghibah. Dalam bahasa kiasan, Al-Quran menyebut pelaku ghibah seperti orang yang gemar memakan bangkai daging saudaranya sendiri (QS. Al-Hujarat: 12).
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Dirgahayu 67 Tahun TNIMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!