Sindrom goncang bayi, kes pengasuh dera di Taska Putrajaya meningkat. Apa pilihan ibubapa?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menggoncang bayi boleh menyebabkan trauma kepala dan memusnahkan sel-sel yang boleh menghalang oksigen ke otak.

Tetapi apabila ibu bapa atau pengasuh menghadapi cabaran untuk menjaga bayi yang asyik menangis, kadang-kadang ini boleh menyebabkan mereka menggoncang bayi itu akibat tekanan dan rasa marah.

Sindrom Goncang Bayi sebenarnya dianggap sebagai satu bentuk penderaan kanak-kanak. Kecederaan pada otak boleh berlaku apabila seseorang menghempas bayi ke arah satu objek, melambung, menyentak atau menggoncang bayi itu. 

Bayi mangsa sindrom ini biasanya telah digoncang oleh orang dewasa pada bahagian tangan, kaki, dada atau bahu bayi tersebut.

Pembedahan ‘Burr Hole’ untuk mengeluarkan darah beku

Kesan Sindrom Goncang Bayi akan :

  • menyebabkan tisu otak, salur darah dan saraf pada otak terkoyak
  • mengakibatkan otak terhentak pada tempurung kepala kerana ia disokong oleh otot-otot tengkuk yang tidak kuat
  • menyebabkan tisu otak berdarah dan membengkak kerana saluran darah di dalam otak bayi masih lembut

Bagaimanapun, kecederaan ringan tidak akan menunjukkan tanda-tanda SBS yang ketara. Kebanyakan kes kanak-kanak yang mengalami kecederaan pada otak ini secara fizikalnya tidak mempunyai apa-apa tanda yang berbahaya pada bahagian luar tubuh mereka.

Yang paling sedih, mangsa-mangsa bayi tidak berupaya untuk memberitahu ibu bapa mereka tentang kesakitan yang dialami.

Muhammad Farhan berumur 4 bulan ketika pendarahan di kepala

Bayi atau kanak-kanak itu mungkin akan: 

  • muntah-muntah,
  • terlalu sensitif,
  • merungut,
  • lembap dan tidak lalu makan,
  • sawan,
  • mempunyai denyutan jantung yang perlahan,
  • masalah pendengaran atau
  • pendarahan di dalam mata bayi tersebut.

Dalam kes serius bayi tersebut boleh menjadi lumpuh ataupun koma.

Oleh itu, ibu bapa, penjaga ataupun pengasuh dinasihatkan supaya jangan menggoncang bayi atau kanak-kanak kerana ia boleh memudaratkan kesihatan mereka. Walaupun rasa stress apabila anak tak berhenti-henti menanggis cubalah kaedah-kaedah lain untuk menenangkan mereka.

Jika ada pendarahan di mata, maka ia adalah sindrom goncang bayi atau ada hentakan dari luar kepala

Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak / kes pembuangan bayi?

  • Talian telefon Talian Kasih 15999.
  • Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor.
  • Melaporkan kepada mana-mana balai polis / Pondok Polis yang berhampiran.
  • Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak / Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan.
  • Merujuk terus ke hospital yang berhampiran.

Bagi taska yang tidak mempunyai lesen, maka hendaklah dibuat aduan dengan merujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan membuat laopran polis dengan segera. Pengusaha taska yang tidak ambil berat tentang penderaan yang dilakukan pengasuh juga perlu diberikan hukuman yang setimpal.

Di Putrajaya, banyak kes-kes yang melibatkan kecederaan bayi dan anak di taska. Kekurangan bukti serta saksi kejadian merupakan antara cabaran yang dihadapi apabila membabitkan kes kanak-kanak yang dihantar ke tempat pengasuh.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menganggarkan Malaysia memerlukan lebih 38,000 pusat asuhan untuk menampung 50 peratus daripada jumlah 2.3 juta kanak-kanak di Malaysia.

Namun kita hanya mempunyai kurang daripada 5,000 taska berdaftar dan ia dianggap antara cabaran serta kesukaran yang dihadapi kementerian berkenaan. Apa pula pilihan ibubapa?


Spread the love

2 Comments

  1. Dalam youtube ada dikongsikan bagaimana menenangkan anak yang menangis. Bacakan alQuran di telinga mereka. Anak kecil akan terdiam dan tenang.

    Kebanyakkan ulama berpendapat anak-anak menangis kerana masalah alami…lapar, tidak selesa dengan lampin yang basah, sejuk, bising dan sebagainya. Selesaikan isu-isu ini. Bila isu ini selesai tapi anak kecil masih menangis…itu tandanya syaitan ganggu!

    Bacakan alQuran ke telinga anak. Syaitan akan lari. Bila penjaga menggoncang si anak…itu tandanya, penjaga juga diganggu syaitan!
    Curahan rasa ahmadyani @ ..Reunion Kali kedua Sahabat Sekelas Dunia Akhirat Thanawi Kg Sempadan Di Kuching Sarawak Mengukuhkan Ikatan UkhwahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!