Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setinggi mana pun ego seorang lelaki, tak mustahil bagi dirinya untuk tidak terasa cemburu melihat orang yang disayangi rapat dengan lelaki lain. Pasti akan ada rasa cemburu apabila anda lelaki lain yang memuji pasangannya malah cuba untuk mendekatinya.
Kalau cemburu wanita ini mudah dilihat, akan tetapi cemburu lelaki ini tidak mudah dilihat. Mereka ini bijak untuk menyimpan dalam diam walaupun dalam hati penuh dengan perasaan yang membara, resah serta ingin tahu.

Lelaki ini kalau cemburunya diketahui, tentu sahaja akan merendahkan egonya. Akan tetapi, kalau dah sayang tak akan tak ada rasa cemburu pula.
Buat wanita yang merasakan lelaki ini sukar untuk rasa cemburu, anda silap. Mereka ini cemburu, sama seperti anda cuma gerak geri mereka akan manyatakan bahawa mereka ini cemburu. Macam mana?
1. Memantau kegiatan isteri
Mereka ini bila cemburu tak luah, akan tetapi dia mula memantau kegiatan isterinya. Nak tahu apa yang isterinya lakukan, waktu lunch makan dengan siapa?, siapa yang cuba mendekati isterinya di pejabat dan macam-macam lagi. Mereka ini memantau dan memerhati sebabnya takut kalau ada cuba yang mendekati.
2. Selalu menuduh
Bila dah rasa cemburu, mulalah rasa curiga. Maka dia akan mula menuduh tapi jarang perkara ini belaku melainkan kalau cemburunya sudah sampai tahapnya. Bila dia bertanya seakan-akan menuduh ini jangan kerohkan keadaan tetapi cuba untuk jelaskan keadaan. Barulah ia tidak semakin rumit.

3. Mula tarik muka
Orang lelaki kalau mula cemburu, dia pun akan tarik muka sebenarnya. Ini adalah salah satu cara merajuk orang lelaki. Nak-nak lagi kalau dia kata “siapa yang cemburu” sambil buat muka. Itu tanda dia cemburu cuma tak nak mengaku sahaja.
4. Perubahan sikap
Eh, tiba-tiba jadi begitu penyayang atau baik dengan anda tentu ada perkara yang dia mahukan. Sama ada dia ada hajat tersendiri atau dia takut hilang anda. Tapi bila lelaki cemburu dia pun akan berbuat baik dengan anda malah menjaga hati anda sekali.

5. Selalu nak ikut isteri
Kalau dulu dia selesa kalau isterinya pergi ke mana-mana bersendirian, akan tetapi kini dia rajin pula temani anda. Itu tandanya adalah yang dia cemburukan itu. Dia ikut pun sebab tak nak isterinya kena kacau.
Cemburu orang lelaki ini memang anda tak akan nampak kalau setakat biasa-biasa je. Malah mereka juga sukar cemburu, tapi bila cemburu anda pula yang tak larat nak melayaninya nanti.
5 Comments
Selalu saya share location dengan isteri bila keluar, kalau ada apa apa, dia tahu saya di mana.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Ujian Psikometrik
cemburu itu penting. kadang kala pasangan nak uji samada sayang atau tak itu yang nak tengok sifat cemburu ada tak. cuma cemburu itu perlu dikawal. cemburu melampau harus dielakkan.
Curahan rasa Keluarga Bahagia @ ..Betulkan cara berfikir kita, Penat lelah suami mencari nafkah, kesusahan isteri di rumah masih memerlukan bantuan suami
jangan biarkan suami cemburu ..
kalau isteri cemburu ok la kot..
cemburu juga tanda sayang
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bagaimana jadi pemimpin yang baik dan disukai ramai ?
Memang kalo sudah cemburu seorang istri tidak bisa menyembunyikannya. Aoalagi kalo cemburu berat.
Comments are closed.