Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah lama juga kami tidak menjengok rakan-rakan di Kemboja kerana sibuk dengan Pilihan Raya Umum ke 13. Kami dalam eQurban memang mempunyai fahaman politik yang berbeza tetapi tetap boleh bekerjasama dengan harmoni kerana mengamalkan kesederhanaan. Kita sering melaungkan slogan demokrasi tetapi ramai yang tidak dapat mengamalkan dengan memaksa orang lain mengikut fahaman kita. Demokrasi itukan maksudnya bebas memilih ideologi dan sanggup menerima kemenangan pilihan majoriti biar pun hanya dengan kelebihan satu undi.
Kembara musafir Kemboja kali ini agak mencabar kerana dalam tempoh tiga hari kami akan bergerak dari Siem Reap terus ke Battambang dan berakhir di Phnom Penh. Perjalanan ratusan kilometer kali ini pasti tidak akan membosankan kerana kami akan ditemani oleh Ustaz Noehas dan Hj Zainal yang memang banyak ceritanya. Banyak program telah diatur oleh rakan kongsi kami, Koperasi Muslim Kemboja yang akan dikongsikan di entri ini.
Sampai seawal lima pagi dan sempat ngopi di LCCT sementara menunggu AirAsia ke Siem Reap.
Alhamdulillah tepat jam 7.50 am waktu Kemboja lewat satu jam daripada waktu Malaysia pesawat AirAsia selamat mendarat.
Daripada Angkor International Airport Siem Reap kami dibawa terus ke Restoran Muslim Family kepunyaan Ustaz Hj Musa (hp +85512946220) untuk sarapan pagi. Restoran Halal ini disebelah masjid terletak di Stung Thmey Village, sebuah perkampungan Islam di pinggir bandar Siem Reap. Restoran ini dilengkapi dengan kemudahan WiFi yang membuatkan semua terpaku mengadap smartphone update facebook dan whatsapp.
Lokasi pertama tujuan kami selepas sarapan pagi adalah Tongle Sap, tasik tawar terbesar di Asia Tenggara. Musim sekarang musim panas jadi air memang surut dah keroh. Tasik ini dikelilingi kampung terapung dan mencari sumber pendapatan kepada penduduk yang menjadi nelayan.
Dalam perjalanan pulang dari Tongle Sap kami singgah di Masjid Ar Rafee’ah yang selesai pembinaan pada tahun 2012 dan Madrasah Ar Rafee’ah dalam proses pembinaan.
Kami makan tengahari di Restoran Muslim Family dengan hidangan istimewa “Daging Lembu Naik Bukit”, pelik namanya tapi sedap rasanya. Banyak juga restoran halal di Siem Reap antaranya D’Wau dan KFC. Setelah solat jamak Zuhur dan Asar di Masjid Al Nikmah, masjid terbesar di Siem Reap sebelah restoran Muslim Family kami bergerak ke Angkor Watt.
Rugi kalau datang Siem Reap tak merasa makanan istimewa yang dinamakan Kelan seperti lemang tapi dengan resipi berbeza ada tambahan kacang. Cuaca panas memang segar bila dapat basahkan tekak dengan air tebu yang segar dan manis kemudian pekena air kelapa yang muda, sejuk dan manis.
Setelah melawat Angkor Watt dengan bayaran masuk usd20 seorang yang merupakan antara tapak sejarah dunia kami bergerak menuju ke Battambang. Kami sampai di Hotel Khemara Battambang sebelum maghrib setelah mengharung perjalanan lebih 3 jam. Selepas membersihkan diri kami dibawa ke Masjid Dhia Uddin untuk solat Jamak Isyak dan Magrib, makan malam dan mengikuti majlis ceramah oleh mufti Kemboja, Datuk Kamaruddin.
Selesai majlis kami berehat di hotel kerana hari kedua akan ada majlis perasmian sekolah dan bergerak pula ke Phnom Penh dengan perjalanan lebih 300 km.
59 Comments
https://www.facebook.com/WauRestaurantCambodia
Wau restaurant serve malaysian and cambodian food (HALAL). Our restaurant located at Phnom Penh : New York Hotel {Ground Floor ), No 256 Monivong Blvd, Phnom Penh, Cambodia (Hp : +855 081 88 7090 ). We also have branch at Siem Reap : Angkor Shopping. Arcade, #E09 National Road No.6, Siem Reap, Cambodia ( Hp : +855 016 673 211/ +855 096 2 5555 81) Or also can email to us at ( [email protected] ) —
Please share our page to your friends and family.. 🙂
Thanks for your support..
best baca entry yang ini..
Alhamdulillah. seronoknya baca perkongsian DH.
Curahan rasa fyna @ ..Suamiku Mengaku Bujang
Alhamdulillah. Dapat jgak baca pengembaraan tuan DH dan rakan2 e-qurban..moga dipermudah urusan sekarang dan mendatang..
terima kasih tuan dh berkongsi pengalaman
Curahan rasa hafizmd @ ..Live Streaming Pahang vs Lions:Pahang Wajib Menang!
Sebuah perjalanan yang banyak menambah ilmu dan juga berbagi kebaikan
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pendaftaran CPNS Tahun 2013
semoga selamat sampai tujuan
Curahan rasa cara diet aman @ ..agen herbalife padang
nikmatnya kalau lihat kru denaihati jalan jalan terus,, moga sukses dengan tujuan yg akan di capai
Curahan rasa agen herbalife @ ..Agen Herbalife Padang
seronok kalau dapat mengenali tempat orang..
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Tema Hari Guru 2013
Jauh perjalanan luas pemandangan byk ilmunya
Curahan rasa tipsonlines @ ..Neuroleptic Malignant Syndrome (NMS)
Comments are closed.