Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terbaru, pesawat tempur Israel melakukan serangan balas melalui udara terhadap wilayah Gaza. Serangan tersebut dilapor dilancarkan semalam dan diarahkan ke kem Hamas yang terletak di Gaza.
Walau bagaimanapun, serangan daripada Israel itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan ataupun korban nyawa.
Menurut salah seorang tentera Israel, serangan menggunakan beberapa pesawat ini merupakan tindak balas terhadap sebuah roket yang dilancarkan oleh tentera Gaza pada Rabu lepas dan telah berjaya dipintas menggunakan sistem anti-peluru berpandu Dome Iron.
801 people are talking about this
Jet pejuang Israel menyerang sasaran Hamas di Gaza hari ini dalam serangan balas terhadap roket Palestin, kata tentera Zionis dalam pertembungan merentasi sempadan serius sejak meningkatnya keganasan bulan lalu.
Pertembungan terbaharu itu susulan penutupan perairan pesisir pantai Israel untuk nelayan Gaza semalam dalam apa yang dikatakan tindak balas terhadap penghantaran belon merentasi sempadan yang menyebabkan kebakaran ladang di selatan negara Yahudi itu minggu ini.
Dalam satu kenyataan, tentera berkata, jet pejuang menyerang ‘infrastruktur bawah tanah’ dalam kawasan milik Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza. Tiada laporan kecederaan diterima.
Tentera Zionis berkata, ia membalas serangan roket dilepaskan dari Gaza malam tadi yang dipintas sistem anti-pesawat Iron Dome.
Akibat daripada itu, kira-kira dua juta orang Palestin yang tinggal di Gaza berada dalam keadaan membimbangkan di bawah sekatan Israel dan Mesir. Lebih teruk, bantuan antarabangsa yang dihantar ke Gaza juga telah disekat baru-baru ini.
2 Comments
Kita lihat Yahudi Israel Laknatullah seperti berada dalam kedudukan yang baik dan penduduk Palestin dalam kedudukan yang teruk. Hakikatnya semua ini dalam ‘jadual’ Allah. Sebelum Islam menang, umatnya akan diuji.
Curahan rasa ayba @ ..Sebelumnya Tak Tahu Apa-Apa Pasal Ebay Tapi Tidak Sampai Satu Tahun Sudah jadi Top Rated Seller…Power Betul Panduan Dan Kursus Ebay Ni!
Tentera Pengganas Yahudi Israel hanya berani bom dari jauh je. Mahu serang berdepan-depan,,, tidak berani. Apa pun yang mereka lakukan kepada penduduk Palestin, hakikatnya mereka sendiri yang hidup dalam ketakutan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Jun 2019 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Comments are closed.