Assalamualaikum dan salam satu dunia, kini Denaihati mengorak satu lagi langkah baru dalam dalam industri blogging dengan memperkenalkan Akademi Denaihati. Di akademi ini kami menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja di internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan.
Untuk merealisasikan projek ini, pihak kami memperkenalkan Seminar WordPress sebagai kursus awalan untuk mereka yang berminat menyertai Akademi Denaihati. Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:
SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI | |
TEMPAT | Hotel Singgahsana, Petaling Jaya |
TARIKH | 14 – 15 April 2012 |
MASA | 9 Pagi – 6 Petang |
YURAN | RM 250 (Mendaftar sebelum 5 April 2012) RM 350 (Mendaftar 6 April – 12 April 2012) |
Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:
- Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu
- Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien
- Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media
- Sebuah domain dan hosting selama setahun
- Sebuah eBook “Blogging For Beginners”
- Sebuah eBook perkongsian daripada Ariffshah bertajuk “SEO Untuk Semua”
- Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati
- Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan
- Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd
- Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.
Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang WordPress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke WordPress atau mereka yang sudah mempunyai blog Wordpress dan ingin mendalami WordPress.
Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh daftar dan buat pembayaran ke akaun berikut:
CIMB – 12360003070058 (Ultimate Brilliant Services and Trading)
Setelah selesai buat pembayaran, sila emailkan kepada kami butiran berikut ke akademi@denaihati.com
- Nama
- No Telefon
- Bukti pembayaran
- 3 Nama pilihan domain
Anda boleh hadir ke seminar ini dengan kereta (RM 4 sahaja/entry untuk parking) atau melalui LRT dan berhenti di Stesen Taman Jaya. Hotel Singgahsana terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Taman Jaya. Di bawah adalah map untuk ke Hotel Singgahsana:
Ini merupakan event pertama seumpama ini di adakan oleh pihak Akademi Denaihati. Akademi Denaihati ingin pergi lebih jauh lagi dengan menghasilkan lebih ramai graduan yang boleh membina kerjayanya melalui internet. Adakah anda ingin bersama kami?
Update: Top Up bernilai RM10 akan diberi kepada sesiapa yang mempromosikan entri ini di blog masing-masing. Entri boleh copy paste. Untuk tebus hadiah yang ditawarkan, sila tinggalkan link entri masing-masing di bahagian komen beserta ayat “Hadiah topup RM10 dari Akademi Denaihati”
No related posts.
408 Comments
menarik sgt2……insya allah…kalau berkesempatan mmg saya nak join…..berapa org yg bleh join ni………takut2 sy tak sempat nak daftar pulak…
Curahan rasa lepak @ ..Mayat rentung sah milik Nurul Nadirah @ Dirang
wahh..dah ada akademi sendiri. cayalahhh…
Curahan rasa titan @ ..Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012
wow thats amazing….
Perkembangan yang positif dengan wujudnya akademi denaihati. Tahniah…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2011
semoga membantu kita untuk menjadi blogger yang sukses.
Curahan rasa salsabila @ ..Aftershave For Men
tak available tarikh tu
iA buat lagi akan pergi!
Curahan rasa joegrimjow @ ..Tips : Rugi kalau tidak meniaga di Blog
menarik ni..kalau saya ada kat malaysia time tu, bolehlah pergi..huhu..bulan 7 atau 8 ada buat tak DH?
Curahan rasa bardboo @ ..Wordlesss Wedneday #08: Ammar Blogger
sejak bila ada akedemi denaihati ni ? baru tahu jek
Curahan rasa puanbee @ ..Top Ten Commentators Feb2012
kak, sy xblh nk bukak blog akak la..napa ek
Curahan rasa bardboo @ ..Wordlesss Wedneday #08: Ammar Blogger
bila bard ? td akk pun tk boleh buka blog akk..pelik tp benar ..hukss
Curahan rasa puanbee @ ..Eksotik : Siput Belintung
Saya berminat. tp utk blogger picisan mcm saya yang dah ada domain dan webhosting, boleh tak mintak diskaun.. hehehehe.. (kalau blh la..)
Curahan rasa sohoque @ ..Sebab-sebab Orang Ber”blogging”
boleh, bincang after registration.. dalam rm200 fee dia kalau dah ada diskaun..
Curahan rasa Jaws @ ..Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati
pergh…. macam best je bunyi seminar, banyak ilmu , tapi nanti buat la pulak kat area utara naa 🙂
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..The Windows Godmode
Menarik dan rasa interested nak sertai..tapi dah dekat sangat ngan due date isteri…..
Curahan rasa eyriqazz @ ..Saya Minat SpongeBob
eyriqazz pon berminat.. apa lagi saya.. (i know you tru mrjocko.com)
Curahan rasa sohoque @ ..Appoinment Ku Dibatalkan
fuyoo dah ada akedemi denaihati, semoga lebih maju jaya, antara impian saya juga anjur seminar ni hehe
Curahan rasa Harian Post @ ..Kemaskini: Senarai Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia
wah ada akademi wordpress.. menarik.
Curahan rasa Izzat Aziz @ ..10 Teknik SEO yang aku tahu
alamak.. 15 April tu dah kena balik u.. cuti mid sem skjap sangat..
Curahan rasa zhazmi @ ..Ganjaran buat pengunjung zhazmi.net
Acara yang sangat bagus, pastilah akan mendapat banyak ilmu…
Curahan rasa Dadan @ ..Top 5 Facebook Page Pertumbuhan Tercepat
Cuma sayangnya, saya ada Indonesia….
Curahan rasa Dadan @ ..Top 5 Facebook Page Pertumbuhan Tercepat
sehingga tak bisa ikut acara ini, karena jarak yang jauh….
Curahan rasa Dadan @ ..Top 5 Facebook Page Pertumbuhan Tercepat
oh ya, saya ucapkan tahniah ! buat DH yang telah bisa mengadakan seminar ini, dan semoga berjaya !
Curahan rasa Dadan @ ..Top 5 Facebook Page Pertumbuhan Tercepat
Kepada Rakan Blogger semua khususnya yang ada di Malaysia, daftarlah segera…!
Curahan rasa Dadan @ ..Top 5 Facebook Page Pertumbuhan Tercepat
Pastinya Mas Dadan.
Curahan rasa salsabila @ ..Best Perfumes For Women
Khidmat Sewa Lori (Perak – Semenanjung)
saya menyediakan perkhidmatan sewa lori untuk bawa barang
lokasi
dari seluruh semenanjung malaysia ke semua daerah di perak
dari semua daerah di perak ke mana mana lokasi di semenanjung malaysia
berminat sila hubungi saya di talian
012-571 2456 / 05-776 6646
rosli bahari
tq
Comments are closed.