Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Jihad dalam konteks Islam bermaksud berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar Mujahid. Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan Ad-Din (agama) Allah dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan Al-Quran.
Sebahagian umat Islam beranggapan bahawa jihad hanya disyariatkan selepas Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah ke Madinah. Sebelum itu, umat Islam tidak mengenali istilah jihad dan hukumnya. Padahal kenyataannya bukanlah begitu. Ini kerana terdapat ayat al-Quran yang diturunkan pada zaman Mekah yang menyuruh nabi agar berjihad. Ayat ini ialah dalam surah Al-Furqan ayat 52. Allah berfirman yang bermaksud:
“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir dan berjihadlah kepada mereka dengan al-Quran dengan jihad yang benar.”
Dalam kehidupan kita sebagai umat Islam, tidak lari dalam perkara yang membabitkan jihad. Samada jihad untuk diri sendiri, keluarga, komuniti mahupun jihad bisnes. Kali ini, peluang untuk anda semua pelajari apa itu Jihad. Tinggal kurang dari 7 hari menghampiri Seminar Fiqh Jihad yang menampilkan tokoh ternama dalam merungkai permasalahan dan salah faham mengenai prinsip dan amalan sebenar jihad.
Kesemua aktivis masyarakat, ahli akademik, pengkaji, penyelidik, anggota keselamatan, pelajar dan masyarakat awam dijemput bagi menghadiri program ini yang kemudian menjadi agen menyampaikan manfaat ilmu kepada akar umbi. Kerana di AIM, kita percaya bahawa memajukan masyarakat harus dimobilisasi oleh wisdom dan knowledge.
Atas semangat memahami Islam sebagai agama Rahmatan Lil ‘Alamin dan demi menghayati usaha keamanan sejagat, kali ini Akademi Intelektual Muda (AIM) membawakan Seminar Fiqh Jihad. Ayuh kita dengar dan pelajari diskusi isu semasa mengenai salah faham pensyariatan jihad oleh mereka yang cukup berpengalaman. Seminar Fiqh Jihad dengan ini menampilkan :
Ucaptama dari SS. Syeikh Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, (Mufti Wilayah Persekutuan) bersama panel pembentang :
1. Dr. Muhamad Razak Idris (UKM)
Tajuk : Isu Radikalisme Dalam Diskusi Pemikiran Islam Semasa
2. Ustaz Fauwaz Fadzil (MURSHID)
Tajuk : Jihad Madani
3. Ustaz Ahmad El-Muhammady (UIAM)
Tajuk : Salah Faham Terhadap Jihad: Mengapa, Bagaimana, dan Apa Penyelesaiannya?
Tarikh : 27 Disember 2014 (Sabtu)
Tempat : Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam
Masa : 8.30 pagi hingga 5 petang
Yuran Penyertaan : RM 70 (Awam) & RM 35 (Pelajar-bawa ID)
*Yuran termasuk pakej makanan, kertas pembentangan, dan Majalah i.
Daftar sekarang! Tempat adalah terhad! Daftar sekarang di : http://bit.ly/seminarfiqhjihad
No related posts.
41 Comments
Memandangkan permasalahan jihad dan pensyariatannya kurang difahami oleh masyarakat , maka sewajarnyalah seminar ini diadakan. Semoga ia dapat memberi kefahaman yang sebenar kepada masyarakat.
Curahan rasa Ummi Naimie @ ..LELAKI AKTIF BERSUKAN TAK PERLU MAKAN VITAMIN???
kalaulah saya ada rezeki yang mencurah-curah memang saya tak akan lepaskan majlis ilmu begini..terbaik la
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Review Buku: Serangga Dan Manusia
semoga program ini dapat memberi pencerahan berkaitan jihad dengan jelas kerana sebahagian pihak menganggap jihad ini suatu perkara yang negatif.
Curahan rasa ikhwan fahmi @ ..Komisyen Affiliate Rendah Apa Masalahnya
wah…ada ustaz Zulkifli Mohammad al Bakri. Best tuh…
tapi on that day ada program pula di penang..
Curahan rasa maria @ ..Cara Terbaik Atasi Sakit Belikat Supaya Tulang Tak Jem Terus
tak dapat datang.
bertembung plak dengan program lain.
kalau tak, memang teringin juga nak pergi.
Curahan rasa titan @ ..Seminar LIMA Lejen IM yang masih dan kekal BERBISA.
Seronok kalau dapat sertai seminar sebegini. Boleh dapat banyak ilmu dari guru2 yang hebat ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
banyak ilmu boleh diperolehi daripada guru-guru ni, semoga bermanfaat kepada semua peserta
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cara Memutihkan Hitam Bawah Ketiak dan Leher
alangkah untungnya sapa yang dapat join segmen ni bnyak ilmu berguna akan di kongsi tuuu
Curahan rasa adna2029 @ ..Motivasi Jumaat
Allah… serentak pula dgn IM di KL..
moga tuan dapat kongsikan nanti dgn kami ya disinj
Curahan rasa nurmisnan @ ..Salon muslimah Medina penjagaan rawatan dan aurat wanita
Assalamualaikum Denaihati,
Jihad adalah satu skop yang luas di dalam Islam. Jadi bila diadakan seminar begini dan disampaikan oleh individu yang ada autoriti, masyarakat Islam khususnya akan lebih memahami tuntutan jihad yang sebenar.
Barulah non-muslim akan nampak kecantikan Islam yang sebenar. Non muslim menentang jihad kerana mereka dikelirukan oleh umat Islam itu sendiri.
Curahan rasa Abdullah Idris @ ..3 Tip Cepat Bagaimana Mulakan Perniagaan Internet Anda Dengan Segera
aku rasa isu jihad ini pelru diperluas ke seluruh negara..sebab tak semua orang faham akan makna jihad yang sebenar…tanggapan yang cukup berbeza dan hanya ingat jihad itu hanya pergi berperang menentang musuh Islam
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
bro,, rasanya ramai yang dah tahu jihad tu bukan sekadar berperang, apa yang kita perlu lakukan adalah mengubah persepsi orang bukan islam terhadap konsep jihad dalm islam, takut mereka salah faham – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com @ ..Kedai Online Lawak AC Mizal – Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 7
Seminar Fiqh Jihad ini diharap dapat menambahkan ilmu dan kefahaman kita tentang isu jihad yang kian hangat diperkatakan. Jadi, elok benar kita menghadiri seminar sebegini.
Curahan rasa ummi naimie @ ..PINTU-PINTU PAHALA PELEBUR DOSA (SIRI 2)
Seminar yang bagus.. Melalui seminar seperti ini akan dapat memberi motivasi kepada umat islam.. Terutamanya dalam menghadapi tahun baru 2015 yang jauh lebih mencabar berbanding sekarang.
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Menarik isu yang bakal diperbincangkan ini.
Menambah ilmu di dada juga adalah salah satu jihad dalam diri sendiri menghapuskan kejahilan.
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Mudah Menang iPhone 6
bagus seminar seperti ini diadakan. sekurang-kurangnya kita boleh menambah ilmu agama yang kita ada.
Comments are closed.