Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah, beberapa majlis (SBB 2012/2013, Seminar WordPress, Private Training) anjuran Denaihati Network sebelum ini mendapat sambutan dan maklum balas yang baik daripada rakan-rakan blogger sehingga mendapat liputan media massa. Kali ini pihak Denaihati telah merancang satu lagi majlis ilmu untuk rakan-rakan blogger iaitu Seminar Buat Duit Dengan Blog (SBDDB).
Ramai yang menjadi blogger kerana ingin menjana pendapatan setelah melihat cek besar yang dikongsikan Blogger Eyriqazz dan Shakiddo. Namun begitu, ramai blogger hanya tertumpu kepada satu teknik semata-mata iaitu pengiklanan dan akhirnya kecewa kerana kurang mahir dengan teknik menjana pendapatan dengan blog. Dalam seminar kali ini, kita akan berpeluang untuk mempelajari beberapa teknik lain seperti affiliate, e-book dan sebagainya yang ada sesetengahnya tidak pernah dicuba. Beberapa rakan blogger berpengalaman dan telah menjana pulangan lumayan dari aktiviti blogging akan berkongsi bagaimana mereka melakukan pelbagai aktiviti penjanaan pendapatan mereka.
Seminar Buat Duit dengan Blog
- Tarikh : 19/5/2013
- Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
- Masa : 8.30 am – 1.30 pm
- Seminar akan menggunakan Bahasa Melayu
- Yuran penyertaan RM50 sehingga 11/5/2013. Selepas tarikh 11/5/13 yuran penyertaan adalah RM100.
Siapa yang boleh menyertai seminar ini?? Seminar ini bukan hanya untuk Blogger sahaja tetapi terbuka untuk :
- Suri Rumah yang mencari pendapatan sampingan
- Pelajar Sekolah berusia 15 tahun ke atas
- Siswa/Siswi Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
- Penganggur sangat-sangat diwajibkan
- Blogger ensem dan cantik
- Aktivis Sosial Media
- Kakitangan swasta, badan berkanun dan awam
- dan Semua yang berminat menjana pendapatan sampingan secara online
BERMINAT??? Tempat terhad hanya untuk 300 peserta pertama. Untuk mendaftar sila klik SINI.
INSENTIF PESERTA SEMINAR
Berbagai insentif menarik akan disediakan untuk peserta Seminar Buat Duit dengan Blog antaranya :
- Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah gadget terkini yang menarik seperti iPad mini dan package kembara Kemboja.
- Hadiah istimewa untuk peserta ke 100, 200, 300 dan 400.
- Dan insentif-insentif lain yang akan diumumkan.
RAKAN NIAGA DENAIHATI
Blogger dan Aktivis Sosial media juga diberi peluang untuk menjadi Rakan Niaga Denihati. Pendaftarn percuma dan mendapat link affiliate “Seminar Buat Duit dengan Blog” untuk dipromosi di Blog, Facebook dan Twitter. Setiap peserta seminar yang didaftar melalui link affiliate Rakan Niaga Denaihati akan mendapat komisen RM5. Kepada yang berminat menjadi Rakan Niaga Denaihati sila daftar di SINI.
Insentif Untuk Rakan Niaga Denaihati
- Tambahan komisen RM100 untuk yang mendaftar 10 peserta.
- Tambahan komisen RM200 untuk yang mendaftar 20 peserta.
- Tambahan komisen RM300 untuk yang mendaftar 30 peserta.
- Tambahan komisen RM400 untuk yang mendaftar 40 peserta.
- Mendapat sebuah iPad Mini 16GB untuk yang mendaftar 50 peserta.
Kepada semua yang dah mendaftar menjadi Rakan Niaga Denaihati apa lagi mulakan kempen dan dapatkan insentif yang menarik.
PENAJA
Kepada Syarikat, Usahawan Persendirian dan Rakan Blogger ingin jenama mereka menjadi tatapan ratusan Blogger bolehlah menjadi sebagai PENAJA. Tajaan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai, gadget, perkhidmatan dan produk. Semua nama penaja akan disiarkan di blog Denaihati dan di umumkan oleh MC dalam majlis SBDDB. Blog Denaihati akan menyediakan satu ruang advetorial khas untuk penaja yang melebihi nilai RM1000. Kepada penaja yang melebihi RM3000 selain satu ruang advetorial juga disediakan gerai khas untuk mempromosi produk. Yang berminat sila DM Blogger Anarm.
SOALAN
Jika ada sebarang persoalan sila bertanya di SINI (pastikan anda menjadi rakan FB Denaihati).
Semuga SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG akan dapat membantu Rakan Blogger menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesional yang bukan sekadar mendapat pulangan lumayan tetapi memberi manafaat kepada seluruh alam.
243 Comments
peluang yang bagus untuk kita jana wang di internet 🙂
Peluang keemasan yg tdk harus dilepaskan.. kena tgk schedule ni.. kalau free time tu, bolehlah consider utk mendaftar..
Curahan rasa Admin ReloadBiz.Net @ ..ReloadBiz – Peluang Menjana Pendapatan Tambahan
Terbaik, kena update jadual presentation final year project dulu huhu, insyaAllah akan cuba hadir kali ini 🙂
Curahan rasa Kazen @ ..Jadual Update Google Pagerank 2013
Ok DH dah daftar dan akan join sekali..
rugi rasanya tidak pergi.. Im going from
Brunei – PJ.. See u there..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Giveaway teka tepat dia dapat – memo
Blogger dari Brunei sanggup datang apalah sangatkan kalau dari Johor atau Kedah atau Kelantan heeeee
saya ingin menjadi penaja dalam bentuk wang ringgit, berapakah nilai minimum yang disetujui oleh denaihati untuk penaja dlm bentuk wang ringgit
Curahan rasa Juan @ ..Tip-Tip Usahawan bagi Bakal dan Para Usahawan Kecil Malaysia
Bro sila DM FB denaihati utk perbincangan nilai RM utk menaja.
Membuat blog menjadi sumber uang itu banyak macamnya, yang penting kita harus fokus dan paham ilmunya. aklodiambil semuanya malah gak jadi-jadi
Curahan rasa oceanoffish.blogspot.com @ ..Inilah 6 perlengkapan yang harus anda bawa pada saat akan melakukan presentasi
menarik ni…menarikk..tertarik nak join. saya daftar skrg jugak..
Curahan rasa wandisini @ ..FAM Gantung Pemain Selangor Dan ATM
semoga seminarnya lancar, amin
Curahan rasa ume45 @ ..Manfaat Air Putih Bagi Kesehatan
Tentunya akan banyak yang tertarik dan mengikuti seminar yang bagus seperti ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Pemberian ASI Eksklusif
Apalagi mendapatkan ilmu dan pengalaman dari pakar yang telah tepercaya seperti halnya sahabat Blogger Eyriqazz dan sahabat Blogger Shakiddo.
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Pemberian ASI Eksklusif
Peluang besar sudah dihidang. Apakah kita berani sahut cabaran?
P.s. Mungkin ada yg tertanya siapakah ahli panelnye?
Curahan rasa hafizmd @ ..Awasi Percakapan Kita!
Sebuah peluang emas untuk menimba ilmu dari para pesohor blogger.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Nikmat Allah Yang Tak Ternilai
Selalu saja ada ide terbaik disini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Nikmat Allah Yang Tak Ternilai
Pantaslah denaihati.com menjadi the winner Most Creative Blog 2013
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Nikmat Allah Yang Tak Ternilai
hehehe 4 orang blogger tersohor tu termasuk si Titan tak? Dia la sifu pertama aku dalam buat duit dekat blog ni hohoho
Curahan rasa topo @ ..Makhluk Comel yang Diperbuat Daripada Makanan Seharian
Tahniah Denaihati kerana akan mengadakan seminar untuk menjana duit dengan blog. Semoga ramai yang hadir. Semoga perjalanan seminar ini lancar dan tiada gangguan .
Curahan rasa sensasi2020 @ ..sensasi2020 – Seminar Buat Duit Dengan Blog
Semoag seminar berjalan dgn lancar tanpa gangguan
~ http://aljukimong.blogspot.com/2013/03/apa-bezanya-kapal-pemusnah-dengan-kapal.html
Sangat menarik seminar ini. Dah menjadi rakan niaga Denaihati. Semoga seminar ini mendapat banyak manfaat kepada rakan-rakan blogger.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..sensasi2020 – Seminar Buat Duit Dengan Blog
Comments are closed.