Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah, beberapa majlis (SBB 2012/2013, Seminar WordPress, Private Training) anjuran Denaihati Network sebelum ini mendapat sambutan dan maklum balas yang baik daripada rakan-rakan blogger sehingga mendapat liputan media massa. Kali ini pihak Denaihati telah merancang satu lagi majlis ilmu untuk rakan-rakan blogger iaitu Seminar Buat Duit Dengan Blog (SBDDB).
Ramai yang menjadi blogger kerana ingin menjana pendapatan setelah melihat cek besar yang dikongsikan Blogger Eyriqazz dan Shakiddo. Namun begitu, ramai blogger hanya tertumpu kepada satu teknik semata-mata iaitu pengiklanan dan akhirnya kecewa kerana kurang mahir dengan teknik menjana pendapatan dengan blog. Dalam seminar kali ini, kita akan berpeluang untuk mempelajari beberapa teknik lain seperti affiliate, e-book dan sebagainya yang ada sesetengahnya tidak pernah dicuba. Beberapa rakan blogger berpengalaman dan telah menjana pulangan lumayan dari aktiviti blogging akan berkongsi bagaimana mereka melakukan pelbagai aktiviti penjanaan pendapatan mereka.
Seminar Buat Duit dengan Blog
- Tarikh : 19/5/2013
- Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
- Masa : 8.30 am – 1.30 pm
- Seminar akan menggunakan Bahasa Melayu
- Yuran penyertaan RM50 sehingga 11/5/2013. Selepas tarikh 11/5/13 yuran penyertaan adalah RM100.
Siapa yang boleh menyertai seminar ini?? Seminar ini bukan hanya untuk Blogger sahaja tetapi terbuka untuk :
- Suri Rumah yang mencari pendapatan sampingan
- Pelajar Sekolah berusia 15 tahun ke atas
- Siswa/Siswi Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
- Penganggur sangat-sangat diwajibkan
- Blogger ensem dan cantik
- Aktivis Sosial Media
- Kakitangan swasta, badan berkanun dan awam
- dan Semua yang berminat menjana pendapatan sampingan secara online
BERMINAT??? Tempat terhad hanya untuk 300 peserta pertama. Untuk mendaftar sila klik SINI.
INSENTIF PESERTA SEMINAR
Berbagai insentif menarik akan disediakan untuk peserta Seminar Buat Duit dengan Blog antaranya :
- Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah gadget terkini yang menarik seperti iPad mini dan package kembara Kemboja.
- Hadiah istimewa untuk peserta ke 100, 200, 300 dan 400.
- Dan insentif-insentif lain yang akan diumumkan.
RAKAN NIAGA DENAIHATI
Blogger dan Aktivis Sosial media juga diberi peluang untuk menjadi Rakan Niaga Denihati. Pendaftarn percuma dan mendapat link affiliate “Seminar Buat Duit dengan Blog” untuk dipromosi di Blog, Facebook dan Twitter. Setiap peserta seminar yang didaftar melalui link affiliate Rakan Niaga Denaihati akan mendapat komisen RM5. Kepada yang berminat menjadi Rakan Niaga Denaihati sila daftar di SINI.
Insentif Untuk Rakan Niaga Denaihati
- Tambahan komisen RM100 untuk yang mendaftar 10 peserta.
- Tambahan komisen RM200 untuk yang mendaftar 20 peserta.
- Tambahan komisen RM300 untuk yang mendaftar 30 peserta.
- Tambahan komisen RM400 untuk yang mendaftar 40 peserta.
- Mendapat sebuah iPad Mini 16GB untuk yang mendaftar 50 peserta.
Kepada semua yang dah mendaftar menjadi Rakan Niaga Denaihati apa lagi mulakan kempen dan dapatkan insentif yang menarik.
PENAJA
Kepada Syarikat, Usahawan Persendirian dan Rakan Blogger ingin jenama mereka menjadi tatapan ratusan Blogger bolehlah menjadi sebagai PENAJA. Tajaan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai, gadget, perkhidmatan dan produk. Semua nama penaja akan disiarkan di blog Denaihati dan di umumkan oleh MC dalam majlis SBDDB. Blog Denaihati akan menyediakan satu ruang advetorial khas untuk penaja yang melebihi nilai RM1000. Kepada penaja yang melebihi RM3000 selain satu ruang advetorial juga disediakan gerai khas untuk mempromosi produk. Yang berminat sila DM Blogger Anarm.
SOALAN
Jika ada sebarang persoalan sila bertanya di SINI (pastikan anda menjadi rakan FB Denaihati).
Semuga SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG akan dapat membantu Rakan Blogger menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesional yang bukan sekadar mendapat pulangan lumayan tetapi memberi manafaat kepada seluruh alam.
243 Comments
Program yang menarik dan berguna.Hajat di hati memang nak pergi sangat2 tapi kalau ikutkan jadual,memang ada hal penting pada hari dan tarikh tersebut.Tapi saya akan bantu dari segi mempromosikan program ni dengan program affiliate yang disediakan.
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Melayari Kenangan Sungai Di Galeri Pengangkutan Air,Pekan Pahang
ok nak join Ggak…
Curahan rasa Cik Lily Putih @ ..REZEKI Dari Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam
Sebuah seminar yang bisa merubah hidup seorang blogger, mantap!!
Aekarang juga akan mendaftar jadi Rakan Niaga Denaihati dan segera mempromosikan Seminar ini 🙂
cantiklah kalo sabtu..boleh gk nk join ni..
jom jom jom… kita join!!! banyak cara nak buat duit nih.. kena rajin. jangan malas.. JOM JOIN!
Curahan rasa KiD @ ..Terbakor dengan Burger Bakar Kampung!
bestnye kalau dapat join
Curahan rasa amirul hakim @ ..7 Tips Terbaik Menulis Tentang Pengarang [Bonus Widget]
fuyoo … memang best kalau dapat join nih …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..beautiful kashmir 1 @ http://dunia-kembara.blogspot.com
Menarik ni harap2 tiada sebarang aktiviti sekolah
Curahan rasa Noor Aini Samsusah @ ..Semakan Keputusan SPM 2012 Secara Online – Pesan Seorang Guru
boleh kita berjumpa lagi.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Terbakor dengan Burger Bakar Kampung!
jadual penuh la pulak masa tu
teringin sgt ni, nnti cuba di ajus kalau boleh
Curahan rasa auc @ ..AUC Bakal Muncul Dalam Rancangan Sarapan TV3
nak join tapi payah transpport tak de, agak2 dekat ker jauh dari UM
Curahan rasa jal @ ..Burger Bakar Abang Burn meleleh habis
Seronok dapat sertai ni. Konfem banyak info dan rahsia-rahsia tersembunyi yang wajib diselongkar peserta.
Jika saya di Malaysia, insyaAllah saya hadir.
Saya hanya di Malaysia pada bulan 7 dan keatas.
Sedih.
Curahan rasa Asyrof Asri @ ..AsyrofAsriStudio.com, MuazFaris.com Kenali Blogger Kacak, Comel Dan Bergaya
alaa.. ada program lain plak dgn family time tu. tiket plak dah booking.. ruginya.. takpe la.. tlg promotekan seminar pun jadi la.. huhuu
Curahan rasa fariq @ ..Belajar WordPress Secara Offline
hmmm… teringin tapi jauh….
Curahan rasa rozita @ ..seksi sangat!
skang nie nk daftar sbg rakan niaga DH dulu..
Curahan rasa syu90 @ ..CINTA BERSAIZ XXL – Aliesha Kirana
wow,menarik nye..tp nk kena pikir dlu free ke x waktu tu..
Curahan rasa syu90 @ ..CINTA BERSAIZ XXL – Aliesha Kirana
Comments are closed.