Selepas 5 bulan berahsia, Rihana Oksana Petra tunjukkan wajah anaknya

Spread the love

Kisah kontroversi perkahwinan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V masih lagi menjadi tanda tanya.

Walaupun pihak istana telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah berpisah, namun bekas ratu cantik itu masih lagi dilihat cuba mengaitkan institusi beraja negeri itu dengan anak yang dilahirkannya pada bulan Mei yang lepas.

Sebelum ni sorok muka baby

Umum sedia tahu bahawa Oksana telah melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra. Walau bagaimanapun, dia tidak pernah sekalipun menunjukkan wajah bayi tersebut.

Tayang anak lepas 5 bulan

Akan tetapi, sebentar tadi Oksana telah memuat naik gambar bayinya itu selepas berusia lima bulan. Ternyata wajah anaknya sangat comel dan sudah mulai membesar dengan sihat.

Memuat naik gambar anaknya dengan memperkenalkan diri sebagai Ismail Leon, Oksana memberitahu bahawa hero ciliknya itu amat menyayanginya.

Perkongsian yang dibuat telah menyebabkan ramai netizen meninggalkan komen yang pebagai di ruangan Instagramnya. Rata-rata memuji kecomelan bayi tersebut yang sudahpun menjangkau usia 5 bulan.

Sebelum ini, Oksana dan Sultan Muhammad V telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018. Walaupun perkahwinan tersebut tidak diuar-uarkan, namun gambar-gambar semasa hari persandingan mereka telah tular.

Tidak lama selepas itu, pihak kerajaan negeri Kelantan telah memaklumkan bahawa pasangan tersebut sudah berpisah dan hal itu menggemparkan negara apabila Oksana didakwa meminta sebuah rumah agam dan lain-lain tuntutan bernilai jutaan ringgit.

Sumber : Instagram Rihana , OMM


Spread the love

9 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!