Selamat tinggal Utusan Malaysia, Kosmo!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syarikat akhbar tertua di negara iaitu Utusan Melayu (M) Berhad akan menghentikan cetakan dua akhbarnya, Utusan Malaysia dan Kosmo! dengan edaran terakhir pada Rabu ini.

Hari ini lebih 300 kakitangan, termasuk bekas pekerja skim pemisahan sukarela (VSS) berpiket di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur, bagi menuntut gaji mereka yang didakwa tidak dibayar selama tiga bulan.

Difahamkan, pihak Kumpulan Utusan menanggung kerugian sehingga RM3 juta sebulan sejak dua tahun lalu.

Setakat ini pihak Utusan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan status operasi mereka.

Kakitangan yang enggan dinamakan mendakwa pemberhentian penerbitan kedua-dua akhbar itu dipercayai bagi memberi ruang pelabur baru mengambil alih syarikat.

Mereka turut dimaklumkan pihak pengurusan akan mengadakan pertemuan dengan kakitangan kedua-dua akhbar esok, berkemungkinan bagi memaklumkan mengenai pemberhentian operasi itu secara terperinci.

Esok mungkin hari terakhir Utusan beroperasi. Penerbitan terakhir akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! adalah pada Rabu.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan, Mohd Taufik Razak, mengesahkan kakitangan syarikat ada dimaklumkan pihak pengarang bahawa penerbitan kedua-dua akhbar itu akan diberhentikan.

NUJ Utusan menganggap perkara itu belum boleh dianggap muktamad kerana belum ada pekeliling dikeluarkan oleh pihak syarikat buat masa ini.

Dilaporkan memang pihak pengarang sudah maklumkan kepada kakitangan, tetapi belum ada hitam putih setakat ini.

Pihak pengarang mungkin dimaklumkan dalam satu taklimat dengan pihak atasan dan terus memaklumkan kepada kakitangan.

“Buat masa ini, ia masih belum muktamad. Selagi tak ada pekeliling, NUJ Utusan menganggapnya sebagai khabar angin,”

Terdahulu, lebih 100 kakitangan Utusan, ahli NUJ cawangan syarikat itu serta beberapa bekas kakitangan yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS) melancarkan piket di luar ibu pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin, di sini.

Piket selama sejam bermula jam 1 tengah hari hingga 2 petang itu bertujuan menuntut pihak pengurusan menyelesaikan segera tunggakan gaji kakitangan syarikat akhbar berusia 80 tahun itu yang mencecah hampir dua bulan.

Ketika ditemui pemberita selepas piket itu, Mohd Taufik berkata, pihak pengurusan memaklumkan kepada NUJ Utusan bahawa Utusan mungkin ditutup jika pengurusan gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji itu.

Dalam mesyuarat pengurusan bersama Abd Aziz pagi tadi, beliau maklumkan jika syarikat gagal selesaikan tunggakan gaji lebih sebulan setengah ini, langkah terakhir adalah menghentikan operasi Utusan.

Pengurusan tidak maklumkan tempoh untuk selesaikan sebelum menutup operasi, tapi mereka akui sudah tiada langkah dan kehabisan idea bagaimana mahu selesaikan isu ini.

Pengurusan berdepan masalah untuk mendapatkan dana, khususnya menerusi penjualan aset syarikat, bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji kakitangan yang hampir mencecah dua bulan.

Ada beberapa masalah teknikal, antaranya ada aset yang nak dijual, antaranya di Petaling Jaya, didapati tidak memiliki Sijil Perakuan Kelayakan (CF).

Disebabkan tiada CF, aset itu tidak boleh dijual kerana terpaksa mendapatkan kelulusan pihak berwajib seperti bomba dan pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu.

Pada 9 Ogos lalu, NUJ Utusan dalam satu sidang akhbar mendedahkan kira-kira 250 ahli kesatuan kalangan wartawan, jurugambar dan artis grafik yang tidak mendapat bayaran gaji sejak dua bulan lalu.

Ada kakitangan Utusan dilaporkan terpaksa memberi sirap kepada bayi bagi menggantikan susu kerana tidak mampu membelinya, selain ada yang mendapatkan pinjaman ceti haram serta dikejar bank kerana gagal membayar pinjaman.

Mana-mana pihak yang mahu meringankan beban mereka boleh berbuat demikian dengan memberi sumbangan ke akaun CIMB Tabung Kebajikan NUJ – 8000822560.

Utusan Malaysia mula diterbitkan pada 29 Mei 1939 dan memainkan peranan mendokong perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.


Spread the love

9 Comments

  1. kesukaran bersaing dengan maklumat digital menyebabkan akhbar dan bahan bercetak sukar bertahan..

    kini rakyat Malaysia lebih suka berada di media sosial berbanding meluangkan masa untuk membaca..

    sejujurnya saya telah membaca utusan online sejak tahun 2009 lagi.

    sebelum itu membeli paper.

    dah ada online rasa macam tidak praktikal beli paper
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua rahsia orang berjaya yang wajib diketahuiMy Profile

  2. Akhbar utusan yg dh lama bertapak akhirnya terpaksa mengalah dgn ledakan teknologi semasa. Moga ada sinar utk pekerja2 utusan.

    Kosmo..anak suke sgt baca kosmo..mesti dia sedih bila tahu kosmo dah takde nnti..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!