Sayangkan Isteri Tinggal-Tinggalkan

Spread the love

Isteri selalu mengharapkan suami sentiasa bersama keluarga setiap hari dan majoriti isteri mencurahkan kasih sayang segalanya kepada suami. Kerana itulah ramai isteri yang hilang pedoman apabila ditinggalkan suami samada dimadukan, diceraikan atau ditinggalkan untuk selama-lamanya.

Pepatah orang tua ada mengatakan “Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”. Dalam Islam telah diajar bahawa kasih sayang kita jangan diutamakan kepada manusia termasuklah kepada suami atau isteri. Kita mesti paling utama menyayangi Allah swt, Nabi saw dan kemudian barulah suami ibubapa, suami dan isteri. Apabila kita terlalu menyayangi manusia apa akan berlaku apabila manusia itu tiada lagi kerana manusia ini pasti akan pergi. Tetapi apabila kita menyayangi Allah swt pasti DIA kekal abadi.

Tak kurang ramai isteri yang mengongkong suami supaya duduk di rumah sahaja bersama keluarga kerana takut dikebas wanita lain. Yang terbaik galakkan suami supaya mencari ilmu terutama ilmu agama untuk keperluan keluarga. Jangan terlalu risau apabila suami meninggalkan keluarga untuk beberapa waktu jika tujuannya baik. Jangan ada prasangka buruk apabila suami keluar kerana itu juga doa yang terus pada Allah tanpa hijap.

Isteri adalah hak untuk suami dan suami adalah insan yang mesti dipatuhi oleh isteri tetapi suami bukan hak seorang isteri. Syurga suami di bawah tapak kaki ibunya tetapi syurga isteri di bawah tapak kaki suaminya. Tugas isteri mendidik anak-anak yang dilahirkan. Tugas suami mendidik isteri yang dikahwini jika tidak mampu wajib suami mencarikan guru. Apa yang isteri buat akan dipersoalkan kepada suami kelak tetapi apa yang suami buat tidak akan dipersoalkan kepada isterinya kelak.

Kita pasti berharap bahawa kita juga kelak akan bertemu sebagai suami isteri di syurga yang kekal abadi.
[ad#advertlets336]


Spread the love

331 Comments

  1. suami yg diizinkan oleh isteri untuk keluar mencari nafkah akan rindu utk cepat2 kembali ke pangkuan keluarga. Sedangkan suami yg ditahan-tahan daripada keluar oleh isterinya akan selalu rindu utk berada di luar rumah.

    kata-kata dipetik drp saifulislam.com
    Curahan rasa ummuuswah @ ..Kempen Jom Dirikan SOLAT Sticky PostMy Profile

  2. @steward john, haha steward buat lawak pulak…keke…kawah, boleh ar tu, mmg laju gile ar hahahahahahahaha :mrgreen:
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

  3. @aduka, waahh…lame sgt tu..huhu..kalau traffic slow lg la lame nk dpt..huhu tkpelah nk buat mcm mane..at least dh berusaha..rezeki atas Allah la pulak
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

  4. @steward john, hehe boleh sangat kalau nk menuntut ilmu bab2 jaga anak ngan encik DH, tp kalau nk amalkan tu lmbt lagi la kot hehe….
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!