Say No to SMS

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, boleh bilang dengan jari berapa kali aku gunakan SMS dalam sehari. Semenjak join Twitter awal tahun 2009 kebanyakan pesanan aku kirim melalui Twitter dan sedikit melalui Facebook. Aku hanya kirim SMS kepada kawan dan keluarga yang tak ada akaun Twitter dan Facebook. Hasilnya memang jimat tak sampai RM5 kos SMS setiap bulan. Twitter ni memang best tapi maaflah sebab aku tak dapat join #OctTwtFest 2011 yang mengikut amanz.my kabarnya pecah rekod dunia.

Beberapa bulan lepas aku terpaksa beli Blackberry kerana majoriti rakan perniagaan menggunakan BBM untuk berkomunikasi. Menarik jugalah BBM ni selain boleh berkomunikasi secara peribadi boleh juga berkomunikasi secara berkumpulan antara pengguna Blackberry.

Gambar Koleksi Smartpone - Sumber Google

Penggunaan BBM sekarang dah berkurangan setelah aku diperkenalkan dengan WhatsApp, Viber dan Tango. Yang menarik dengan WhatsApp, Viber dan Tango tidak tertakluk kepada mana-mana jenis smartphone. Kita boleh berkomunikasi secara bebas antara iPhone, Blackberry, Samsung, Nokia, HTC dan semua smartphone yang boleh download WhatsApp, Viber dan Tango.

Sekarang aku bukan sahaja boleh menghantar pesanan secara individu tapi sering juga meeting online dengan rakan kongsi secara online menggunakan WhatsApp dan yang paling best selalu juga kami berkomunikasi serentak sedang kami berada pada lokasi beribu batu ada yang di dalam negara dan di luar negara. Kepada yang belum pernah menggunakan kemudahan percuma ini boleh gunakan WhatsApp untuk SMS percuma, Viber untuk buat panggilan percuma dan Tango untuk buat video call percuma. Yang penting mesti download applikasi tersebut dan ada line internet ketika hendak menggunakan perkhidmatan yang disebut.

Memang best kalau pandai mengguna smartphone secara maksimum bukan sekadar buat panggilan, sms dan Facebook sahaja. Joom kita berubah dan katakan “Say No to SMS“. Teknologi memang boleh bantu menjimatkan kos perbelanjaan kalau pandai digunakan secara maksimum dan duit lebihan bolehlah disimpan untuk berniaga secara online.


Spread the love

215 Comments

  1. saya sekarang ni jarang topup, untuk sms or call. semua guna whatsapp. dan saya tak perlu beli fon mahal2 untuk semua ni. pakai nokia e72 je cukup. asal boleh berkomunikasi; senang whatsapp ni sebab saya ramai kawan2 belajar overseas, and ada yg mmg org jauh2 sana. kenalan2 internet. so nak msg ke apa guna whatsapp. mms pn sgt jarang digunakan sbb guna whatsapp pn boleh antar gambar. audio semua. mmg best! tapi free setahun je. hujung tahun ni terpaksa la saya beli hahaha
    Curahan rasa eyra @ ..Review: Real SteelMy Profile

  2. bukannya apa tapi tak ramai yang mampu untuk bayar pelan2 blackberry yang mahal dan untuk beli phone blackberry juga yang mahal.. lebih baik kita simpan duit untuk beli keperluan yang lebih penting

    1. Bro smartphone dah murah sekarang kalau 2nd lagi murah. 2nd pun ada kualiti sebab ramai yg tukar hp macam tukar baju jadi walaupun 2nd tapi masih kelihatan baru.

  3. baru orang rumahkan hadiah birthday dengan samsung GT. so sekarang guna applikasi wordpress android dengan blogaway untuk blogger, memang senang nak update blog. whatapp pun bagus, kalau rajin godek kat android market tu, macam – macam aplikasi yang best2, guna smartphone untuk main game pun best. hehehe
    Curahan rasa qimie @ ..Simoncelli Meninggal DuniaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!