Trengganu vs Selangor Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2011

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bahang Piala Malaysia semakin hangat dan sudah masuk peringkat separuh akhir kedua. Selangor tewas kepada Trengganu 0 – 2 dalam perlawanan separuh akhir pertama dan Negeri Sembilan menewaskan T-Team 4 – 2. 22/10/2011 jam 8.00 malam Trengganu vs Selangor dan Negeri Sembilan vs T-Team untuk perlawan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2011.

Gambar Selangor vs Trengganu - Sumber Google

Di atas kertas pasukan Treangganu dan Negeri Sembilan kelihatan cerah untuk melangkah ke pertandingan akhir Piala Malaysia 2011 tetapi bola itu bulat macam-macam boleh berlaku dalam tempoh 90 minit. Selangor pasti akan berjuang bermati-matian untuk mengatasi Trengganu manakala T-Team akan berusaha sedaya upaya untuk mencipta sejarah final Piala Malaysia dua pasukan dari negari yang sama.

Keputusan Trengganu vs Selangor : 2 – 1

Keputusan Negeri Sembilan vs T-Team : 2 – 1

Kepada semua peminat bola sepak Malaysia boleh menonton live Trengganu vs Selangor di RTM TV1 dan live Negeri Sembilan vs T-Team di Astro Arena 801 atau boleh mendapat update keuputasan melalui twitter. Apa pilihan team anda yang bakal masuk final Piala Malaysia 2011?

Macam tak best je kalau final nanti Trengganu vs T-Team.

Update terkini : Final Piala Malaysia Trengganu vs Negeri Sembilan

49 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!