PENYANYI terkenal dengan lagu Umbrella, Rihanna dikecam hebat di media sosial selepas didakwa tidak sensitif terhadap agama Islam.
Hal itu berpunca apabila penyanyi antarabangsa itu menggunakan petikan hadis bagi mengiringi pertunjukan fesyen pakaian dalam jenamanya, Savage x Fenty, 2 Oktober lalu.
Rihanna menerima pelbagai reaksi daripada netizen selepas menggunakan lagu Doom oleh Coucou Chloe yang merangkumi hadis untuk pertunjukan koleksi baju dalam.
Pertunjukan fesyen yang diadakan secara maya itu memaparkan aksi model memakai pakaian dalam menari dengan latar belakang muzik tersebut.
Rihanna is messed up for using a song with a Hadith in it to play at her LINGERIE show. What is up with artists using Islam as an aesthetic?? Have some respect.
— neli (@nelirv_) October 4, 2020
Tambahan pula, seorang lagi pengguna media sosial itu, @nelirv mempersoalkan tindakan artis menggunakan Islam dalam karya seni mereka.
i can’t let Rihanna have a pass w appropriating Islam like for her first show the models wore a scarf around their heads and it looked like HIJAB and her second show she used a track that remixed a HADITH….why is no one talking about this, my religion is not y’all’s aesthetic
— . (@reversecocunut) October 4, 2020
this is the person who’s hadith is being played as an entertaining song in Rihanna’s show. this is who we’re defending. this is who we look up to when we’re trying to learn kindness and equality. don’t ever invalidate us being upset over the man who taught us humanity. pic.twitter.com/IR0g71C3lp
— sania ☽ (@peppycamila) October 4, 2020
Rihanna minta maaf
Dalam pada itu, Rihanna tidak menunggu lama dan terus membuat permohonan maaf di laman Instagramnya.
Menurut penyanyi yang kini juga merupakan seorang usahawan kosmetik, dia sangat berterima kasih kepada mereka yang membangkitkan isu tersebut.
“Saya nak berterima kasih kepada komuniti Islam yang telah membangkitkan isu ini.
“Kami faham kami telah melukakan hati ramai saudara-saudara Islam, penggunaan lagu itu di dalam pertunjukan tersebut sangat-sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.
Rihanna turut memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang.
Pada masa sama, laporan media antarabangsa turut melaporkan bahawa, Coucou Chloe yang menghasilkan lagu tersebut turut meminta maaf, dengan mengatakan dia tidak menyedari bahawa lagu itu mengandungi ayat-ayat yang diambil dari hadis Islam.
Sumber: Awani
5 Comments
Kadang-kadang terfikir juga, adakah ianya disengajakan semata strategi perniagaan? Lagi dikecam lagi ramai ingin tahu dan menjengah medsos beliau. Walau apa pun, cara umat menghadapinya perlu juga bertamadun dan hindari kegansn. Apabila beliau mohon maaf, itu adalah lebih baik.
mungkin dia tidak sedar perbuatannya salah..
nasib baik cepat memohon maaf..
kalau tidak susah jadinya
Mujur Rihanna tarik balik keterlanjurannya dan meminta maaf kepada peminat muslim. Mungkin juga kontroversi ini juga dapat meraih lebih banyak populariti.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, perahu netizen menyerang nanti Nasib baik pandai minta maaf
Tentera Bawang semua dah ready ke? Jabatan Netizen? Nasib baik dia yang bersalah cepat cepat minta maaf.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jana RM500 Ribu Dengan Dropship USD
Comments are closed.