Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Paimuzi Yahya, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru di Hospital Sungai Buloh, kira-kira 1 tengah hari, hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan berita itu diterima daripada seorang pegawai khas Allahyarham sebentar tadi.
Katanya, beliau dimaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kuang untuk urusan pengebumian.
Ya, itu berita yang saya terima daripada pegawai khasnya. Kita doakan arwah ditempatkan bersama orang beriman.
Seluruh warga Jakim merasa kehilangan dengan pemergian Allahyarham. Mohon sedekahkan doa,”
Abdul Aziz berkata, beliau tidak dapat menziarahi jenazah kerana masih di dalam kuarantin.
Dilahirkan di Terengganu pada tahun 1961, Allahyarham berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (1985) dan Ijazah Sarjana (1995) dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya.
Beliau mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1986 dengan memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan Islam Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Sebagai pegawai yang berpengalaman dalam perkhidmatan awam, Allahyarham memegang beberapa portfolio penting antaranya pengarah di beberapa bahagian di Jakim iaitu Pengarah Jakim Sabah pada tahun 2005, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia tahun 2008, Pengarah Darul Quran tahun 2010 dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tahun 2013.
Pada 5 Oktober 2016, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim dan pada 1 Mei 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan manakala Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim pada 1 April 2018.
Ketika menjadi Pengarah Jawi, beliau juga pernah mengambil tindakan ke atas dua kes besar iaitu Ustaz Kasanova dan ajaran sesat Millah Abraham, kira-kira enam tahun lalu.
Al-Fatihah.
5 Comments
Sumbangan arwah dalam hal ehwal kemajuan Islam termasuk JAKIM begitu penting dalam memartabatkannya ke tengah masyarakat. Doa dititipkan untuk arwah terus tenang di alam sana.
Innalillah.. semoga amalan dan jasanya di dunia ini akan menjadi penyumbang pahala yang berterusan sehingga akhirat kelak.
Salam takziah untuk semua mereka yang rapat dengan arwah. Allah ambil yang baik untuk digantikan dengan yang lebih baik, Insya-Allah.
Salam takziah kepada keluarga Datuk Paimuzi Yahya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.
Curahan rasa Cendol Syoknya Ummi @ ..ABC sedap di muar dan Cendol Sedap di Muar – CONTEST
Salam takziah kepada keluarga Datuk Paimuzi Yahya, semoga ada pengganti yang boleh menjalankan amanah seperti beliau.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jana RM500 Ribu Dengan Dropship USD
Comments are closed.