Restoran Melayu bila lagi nak berubah?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hampir dua tahun aku tidak menjejaki kaki ke Alor Star, kali terakhir ketika menziarahi Universiti Antarabangsa Al Bukhary pada Februari 2013. Kali ini misi menziarahi Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah di Kuala Nerang sambil memberi semangat kepada anak sahabat yang terpilih melanjutkan pelajaran di sini.

Walaupun perjalanan hanya 12 jam sempat juga kami jalan-jalan cari makan dibeberapa tempat makan menarik di Alor Star yang menjadi kesukaan sahabat kami yang pernah bekerja di sini. Aku sangat tertarik dengan kisah Restoran Iman Koey Teow yang berbelas tahun dahulu bermula hanya dengan gerai roda tiga.

Di tapak lokasi yang sama Iman Koey Teow berkembang dari gerai roda tiga kemudian menjadi gerai tetap dan hari ini sudah ada tiga pintu rumah kedai yang dibanjiri puluhan pelanggan.

restoran iman koey teow alor star

Kami sempat merasa sebungkus nasi lemak dan koey teow kerang yang mejadi menu kesukaan ramai. Dari pemerhatian aku di papan menu harga termahal RM7 untuk koey teow super special. Aku berpuashati dengan rasa makanan yang dihidangkan, perkhidmatan yang diberikan oleh pertugas dan kebersihan restoran luar dan dalam.

Sehari selepas trip ke Alor Star aku dan keluarga pergi pula ke Muar menziarahi anak yang belajar di Madrasah An Nur. Sekembali dari Muar kami singgah di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi untuk menjamah koey teow kerang versi Bangi. Porsi terlalu banyak sesuai kepada yang memang lapar gila, kepada yang tak lapar boleh kongsi sepinggan untuk berdua dan rasanya bolehlah tahan.

Yang tak bagus kebersihan restoran memang kurang dan perkhidmatannya sehingga perlu angkat entah berapa kali tangan untuk buat bayaran. Blogger dan wartawan Hilal Azmi kabarnya pun ada pengalaman teruk makan di restoran Melayu ketika berhoneymoon dengan wife.

keow teoy kerang special alor star
Koey Teow Kerang Iman

Selepas menunggu entah berapa minit seorang pembantu datang kata bayar di hadapan tapi tak nampak pun kaunter. Rupanya kena bayar pada pengoreng koey toew dan pelanggan kena sebut satu persatu apa yang dimakan dan minum. bayangkan kalau kita datang 10 orang jenuh juga nak ingat semula yang dimakan. Aku tegurlah apa punya sistem yang restoran ini guna dan dia sengih sahaja dan kata tak cukup pekerja.

Kalau pembaca pernah baca entri-entri lama pasti tahu aku pernah terlibat dalam industri makanan berbelas tahun. memang sedih bila melihat prestasi toke restoran Melayu yang majoriti tidak pernah kisah untuk memajukan perniagaan mereka seiring dengan kemajuan teknologi dan tahap ekonomi pelanggan.

Kalau nak dibandingkan dengan toke restoran Mamak dan Cina jauh sangat kerana mereka sudah berubah menjadi Bistro dan Cafe sehingga ada yang sudah disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur. Kedai mamak pun sudah guna smartphone dan aplikasi untuk ambil pesanan dan buat bayaran.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Berjaya dengan Bisnis Burger! Klik Sini

Rahsia Bejaya Bisnis CupCake di Rumah! Klik Sini

Rahsia buat Roti Canai & Muratabk yang SEDAP! Klik Sini[/box]

Setiap kali menjejaki kaki ke pasaraya besar punyalah susah nak cari restoran Melayu yang pasti halal, kalau di Mid Valley hanya ada satu sahaja iaitu Restoran Belanga. (sekarang dah tutup)

Nak kata restoran Melayu tidak berjaya tidak juga kerana ada banyak restoran Melayu yang penuh dengan pelanggan cuma ada yang sudah berbelas tahun dengan imej yang sama tidak pernah dan mungkin tidak mahu berubah seperti Restoran Iman Koey Teow yang berani berubah. Restoran Melayu lain bila agaknya nak berubah?


Spread the love

170 Comments

  1. Koey teow iman mmg da best…lg 1 dikalangan sesetengah peniaga makan ni asal tgk kedai makan tu rmai mula la nk mandrem2 bgai..akhirnya…tutup cmtu ja….byk org meniaga makan main taktik2 mandrem…

  2. Koteow Iman…mmg best, tokeynya pun murah dgn senyuman. Pot lepak saya dan kwn2 hjg 90’an dulu.

  3. Paling tipikal kat restoran melayu ialah… Baik besar baik kecik

    1. Tandas majoriti kotor mcm tongkang pecah.
    2. Harga makanan standard bukan main, tapi sabun basuh tangan kat sinki tak provide.
    3. Tisu, kena ambil kat kaunter konon takut habis.

  4. Ada peniaga yang masih ditakuk lama seperti duduk dibawah tempurung…Dengan persaingan yang ramai, banyak faktor akan diambil kira pelanggan sebelum mereka bertandang. Pelanggan suka mudah, cepat dan menyenangkan…Maklumlah merekalah raja…
    Curahan rasa Sani Yunus @ ..29 Tips Pemasaran FacebookMy Profile

    1. Mana-mana sekalipun, pelanggan mesti diutamakan.
      Customer always right kalau dalam bab urusniaga.
      Lagipun, para pelanggan membayar sejumlah wang untuk menikmati semua makanan termasuk menerima servis yang baik di kedai makan tersebut. Baru pelanggan akan cenderung untuk datang semula.
      Curahan rasa mohdridzwan @ ..Contest Petua dan Herba KongsibersamanoraMy Profile

  5. bab nie bangsa kita agak kurang ; kemahiran berniaga. tak cukup setakat makanan yg sedap, pengurusan, servis, kebersihan pun kena selalu dijaga kalau nak bertahan lama dalam dunia perniagaan. di area kami tinggal nie pun boleh nampak beza antara kedai makan melayu yg sering penuh dgn pelanggan dengan yang lengang sampai akhirnya terpaksa ditutup.
    Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Mudah Basuh Kasut Sekolah Tanpa Perlu Penat MenyentalMy Profile

  6. ramai yang beranggapan mereka ada duit, mereka boleh buka rest tanpa mengetahui selok-belok bisnes mkn ini… bukan senang juga sebenarnya.. tapi sebab tu la bisnes org Melayu banyak yang tak boleh maju ke hadapan…

  7. Itulah permasalahan jika kemahiran berniaga tak ada. Yang ada hanya kemahiran memasak. Tahu masak atau masak sedap, terus buka kedai makan.

    Tak belajar tentang pengurusan kedai dan pengurusan pelanggan.

    Apapun, kita perlu mendidik para peniaga kedai makan melayu ini supaya lebih mementingkan layanan terhadap pelanggan. Bukan. Semata mata fokus pada kesedapan mknn.
    Curahan rasa razis @ ..Gambar: 5 Gambar Akibat Terlalu Lama Duduk Dalam TrainMy Profile

      1. Setuju dgn pandangan ramai orang..kedai makan melayu 80% nak kira untung sahaja tapi kualiti tahap 30% sahaja. Bila komplent pasal makanan tersengih je.. harga tetap macam tu.. berlainan dgn restoren mamak.. kalau kita komplen makanan dia.. cepat2 dia buat lain dan tanya masakan kali kedua ok ke tak.. mereka prihatin pasal kualiti.. tak sama dgn kedai makan melayu

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!