Assalamualaikuma dan salam 1Dunia, tak sangka pulak entri “Renovasi rumah pengalaman yang sukar dilupakan” mendapat maklumbalas yang baik daripada Rakan Blogger terutama yang sudah ada pengalaman renovasi rumah. Bukan mudah sebenarnya nak renovasi rumah seperti tulisan Kak Jie kalau tak bincang betul-betul boleh bermasam muka suami isteri. Renovasi rumah untuk menjadikan rumah impian suatu proses yang panjang dan meletihkan terutama jika masih tinggal dalam rumah yang sama ketika renovasi berlansung.
Seperti yang dikongsikan Rakan Blogger ada dua masalah besar yang biasa berlaku ketika renovasi rumah iaitu perbelanjaan yang melebihi budget dan siap tidak mengikut jadual. Ada pepatah bahasa Inggeris berbunyi “Fail to plan, plan to fail” dan pepatah ini memang sesuai untuk renovasi rumah. Kalau tak percaya tanyalah mereka yang ada pengalaman renovasi rumah semua masalah adalah disebabkan perancangan yang tidak sempurna.
Aku juga melalui masalah yang sama iaitu perbelanjaan yang melebihi budget dan siap tidak mengikut jadual. Aku telah memilih kontraktor yang baik dan rekabentuk rumah yang baik dengan bantuan Bos Besar Al Ansar Properties. Rupanya itu semua tidak cukup banyak perkara-perkara kecil yang sangat penting perlu dirancang sebelum renovasi rumah.
Aku nak bagi beberapa cadangan yang boleh menjimatkan perbelanjaan dan masa ketika renovasi rumah berdasarkan pengalaman peribadi. Kedua-kedua ini sangat penting kerana ianya akan mempengaruhi kualiti renovasi dengan tidak menjejas kewangan kita.
1. Mengupah pelukis plan untuk melukis mereka bentuk rumah secara lengkap untuk luaran, dalaman, taman dan pendawaian. Lukisan plan dalaman mesti lengkap untuk semua ruang termasuk ruang tamu, bilik, dapur dan bilik air. Kalau tidak mampu membayar pelukis yang mahal kita boleh dapatkan khidmat pelajar daripada kolej tertentu. Jangan harapkan kontraktor untuk memahami apa yang kita impikan kerana belum tentu mereka boleh menterjemah perkataan kita ke rekabentuk impian kita. Tanpa lukisan plan yang sempurna akan mengakibatkan pembaziran perbelanjaan apabila kita minta kontraktor mengubahsuai dan sudah pasti juga akan membazirkan masa. Perkara ini berlaku pada aku dimana aku terlupa melukis rekabentuk bilik air seperti yang diinginkan yang mengakibatkan kontraktor mengubahsuai beberapa kali.
2. Sangat penting memilih kontraktor yang berkualiti dan faham lukisan plan. Kontraktor yang mahir akan hanya memesan bahan binaan mengikut keperluan yang tidak melebihi daripada keperluan renovasi dan ini akan menjimatkan perbelanjaan. Kontraktor yang mahir juga boleh menyiapkan renovasi rumah mengikut jadual yang ditetapkan dengan jumlah pekerja yang cukup. Salah pilih kontraktor akan menyebabkan renovasi rumah terbengkalai dan terpaksa tukar kontraktor yang lain.
3. Memilih bahan keperluan lebih awal mengikut kualiti dan budget yang ditetapkan seperti jubin ruang tamu, jubin bilik tidur, jubin tangga, jubin bilik air, jubin dapur, jubin dinding, jubin luar, frame tingkap, frame pintu, jenis siling, jenis lampu, jenis paip air, sinki, mangkuk tandas, jenis pintu, jenis tingkap, kabinet dapur, jenis atap, jenis dan warna cat dan sebagainya. Pemilihan lebih awal akan dapat mengawal perbelanjaan dan kualiti setiap bahan. Jangan sampai banyak belanja digunakan untuk membina bagunan tetapi akhirnya kekurangan budget untuk membeli bahan yang sesuai untuk menyempurnakan rumah dan akhirnya rumah impian tidak bertahan lama berbagai masalah akan dihadapi hanya beberapa tahun didiami.
4. Paling penting mesti membuat pengawasan sendiri ketika renovasi sedang berjalan supaya jika ada yang tidak betul boleh dibetulkan segera tanpa perlu meruntuhkan bahagaian yang tidak mengikut spesifikasi dan ini sudah pasti akan menambahkan belanja dan membazirkan masa. Perkara ini biasa berlaku apabila tuan rumah meletakan kepercayaan seratus peratus kepada kontraktor tanpa pnegawasan dan akhirnya perlu keluar belanja yang besar untuk mengubahsuai semula.
Semua yang aku kongsikan adalah dari pengalaman sendiri yang boleh dijadikan contoh kepada rakan-rakan yang sedang merancang untuk renovasi rumah. Benarlah kata bijak pandai pengalaman adalah guru yang terbaik.
178 Comments
belajar drpd kesilapan lalu..
tq bro, turut membantu w/pon entah bila nak laksanakannya ni.. 🙂
Kisah2 renovasi ni mmg meletihkan 🙂
betul tu, kalau tak kuat hati…mesti terbengkalai lagi…![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Nana @ ..Angkara Cintakan Isteri Orang, Lelaki Cedera Dibelasah
kalau bugdetnya biasanya dari mana DH ? semoga lekas cepat beres sesuai dgn planning
semoga lekas selesai gan ngebangun rumahnya…
betul, kena pantau kerja pembinaan (renovasi) tu sbb kalau tuidak, bazir masa dan duit lagi utk betulkan semula seperti yg kita mau…
alhmdllh suami sy mmg memantau kerja2 renovasi, hampir2 mereka tersilap buat tp berjaya ditegur awal2… 😉
Memang dengan dipantau secara langsung, pekerjaan akan bisa terselesaikan dengan baik dan lancar
Para pekerja pun bila dipantau oleh orang yang mempekerjakannya biasanya bekerja lebih giat lagi
Saya malah belum punya rumah sendiri. Semoga dimudahkan Allah Ta’ala untuk memiliki rumah sendiri aamiin
Dimudahkan untuk mendapatkan rejeki yang halal dan bisa membuat rumah untuk keluarga anak serta istri
Rumah adalah merupakan kebutuhan bagi kelangsungan kehidupan dalam sebuah rumah tangga
Betul tu, DH…blueprint tu penting sangat sebagai pemandu arah…tak kira dalam apa pun perancangan yang kita nak buat…![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa dinar @ ..Emas tak akan hilang “mojo” nya…
Tidak bisa mengesampingkan akan manfaat blue print ini dalam merenovasi sebuah rumah
Semoga semua rencana berjalan dengan lancar. Amiiiin !
Sukse selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
Salam kembali Pak Indra, bertemu kembali disini…![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Dadan @ ..Kegiatan Rehab Bangunan Waqaf Untuk TKA Al-Muhajirin
aamin…semoga saja sahabat
Tentunya segala sesuatu diharapkan bisa berjalan lancar renovasi rumahnya aamiin![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyakit Demam Berdarah DHF
Semoga pula berjalan dengan baik dan segera selesai renovasinya sahabat![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Anemia Kurang Darah
Pemilihan kontraktor yang baik juga turut berpartisipasi dalam mewujudkan hasil renovasi rumah yang baik dan memuaskan![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Anemia Kurang Darah
mudah-mudahan smuanya berjalan lancar seperti yg diharapkan…![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Pesanan Bellamy Buat Nazmi Faiz – Dengar Baik-Baik Tu Nazmi
Segala sesuatunya tentunya kita mengingkan yang terbaik sahabat dan juga berlangsung dengan lancar serta hasil yang memuaskan
Nak buat juga renovasi kat rumah. tapi tengah menyewakan dulu.. tunggu bila rumah dah tak sewa dan si Zool punya teman untuk duduk kat sana.. mana nak cari teman ek???![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa zool @ ..EURO 2012 – Pasukan pilihan anda ?
Ternyata baru dalam tahap perencanaan yah sahabat renovasi kat rumahnya
ila nak masuk umh baru next year. budjet ila buat masa nie ada utk dapur n almari je dulu
Bila budget sedikit berarti harus pelan-pelan sahabat
Tips berguna bagi kami yang masih belum membeli rumah ne![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Razlan @ ..Biru Kelapa Contoh Resume
Berguna serta bermanfaat bagi saya yang masih belum memiliki rumah sendiri
Membina rumah baru mungkin tidak sesukar mana, tapi merenovasi rumah sedia ada perlu fikir panjang-panjang![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa ahmadyani @ ..Jenama Yang Membelenggu Dan Membebaskan Kehidupan
betul tu. banyak kena kemasnya nanti. keluarkan barang yg sedia ada.![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kita Memang Berdisiplin
betul tu byk perlu difikirkan 🙂![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa auc dot com @ ..Cara Proses Ayam Kampung
Perlu dipikirkan dan juga dipertimbangkan ulang
masa dan baget tu mesti ada…![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Nana @ ..Angkara Cintakan Isteri Orang, Lelaki Cedera Dibelasah
Sepakat dengan pendapat sahabat ini
Masih belum memiliki rumah sendiri.![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Semoga nantinya bisa membangun rumah sendiri bagi anak serta istri aamiin…aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Insomnia Gangguan Tidur
amin.. semoga dipermudahkan![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kita Memang Berdisiplin
aamiin…terima kasih sahabat
suatu masa nanti sudah pasti tu 🙂![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa auc dot com @ ..Cara Proses Ayam Kampung
Bila memang sudah mempunyai ruma, tentunya suatu saat rumah tersebut akan direnovasi
Insya Allah , Amin…. semoga cepat terlaksana Mas.![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cinta di Saku Celana
Insay Allah nantinya aamiin
Comments are closed.