Assalamualaikuma dan salam 1Dunia, tak sangka pulak entri “Renovasi rumah pengalaman yang sukar dilupakan” mendapat maklumbalas yang baik daripada Rakan Blogger terutama yang sudah ada pengalaman renovasi rumah. Bukan mudah sebenarnya nak renovasi rumah seperti tulisan Kak Jie kalau tak bincang betul-betul boleh bermasam muka suami isteri. Renovasi rumah untuk menjadikan rumah impian suatu proses yang panjang dan meletihkan terutama jika masih tinggal dalam rumah yang sama ketika renovasi berlansung.
Seperti yang dikongsikan Rakan Blogger ada dua masalah besar yang biasa berlaku ketika renovasi rumah iaitu perbelanjaan yang melebihi budget dan siap tidak mengikut jadual. Ada pepatah bahasa Inggeris berbunyi “Fail to plan, plan to fail” dan pepatah ini memang sesuai untuk renovasi rumah. Kalau tak percaya tanyalah mereka yang ada pengalaman renovasi rumah semua masalah adalah disebabkan perancangan yang tidak sempurna.
Aku juga melalui masalah yang sama iaitu perbelanjaan yang melebihi budget dan siap tidak mengikut jadual. Aku telah memilih kontraktor yang baik dan rekabentuk rumah yang baik dengan bantuan Bos Besar Al Ansar Properties. Rupanya itu semua tidak cukup banyak perkara-perkara kecil yang sangat penting perlu dirancang sebelum renovasi rumah.
Aku nak bagi beberapa cadangan yang boleh menjimatkan perbelanjaan dan masa ketika renovasi rumah berdasarkan pengalaman peribadi. Kedua-kedua ini sangat penting kerana ianya akan mempengaruhi kualiti renovasi dengan tidak menjejas kewangan kita.
1. Mengupah pelukis plan untuk melukis mereka bentuk rumah secara lengkap untuk luaran, dalaman, taman dan pendawaian. Lukisan plan dalaman mesti lengkap untuk semua ruang termasuk ruang tamu, bilik, dapur dan bilik air. Kalau tidak mampu membayar pelukis yang mahal kita boleh dapatkan khidmat pelajar daripada kolej tertentu. Jangan harapkan kontraktor untuk memahami apa yang kita impikan kerana belum tentu mereka boleh menterjemah perkataan kita ke rekabentuk impian kita. Tanpa lukisan plan yang sempurna akan mengakibatkan pembaziran perbelanjaan apabila kita minta kontraktor mengubahsuai dan sudah pasti juga akan membazirkan masa. Perkara ini berlaku pada aku dimana aku terlupa melukis rekabentuk bilik air seperti yang diinginkan yang mengakibatkan kontraktor mengubahsuai beberapa kali.
2. Sangat penting memilih kontraktor yang berkualiti dan faham lukisan plan. Kontraktor yang mahir akan hanya memesan bahan binaan mengikut keperluan yang tidak melebihi daripada keperluan renovasi dan ini akan menjimatkan perbelanjaan. Kontraktor yang mahir juga boleh menyiapkan renovasi rumah mengikut jadual yang ditetapkan dengan jumlah pekerja yang cukup. Salah pilih kontraktor akan menyebabkan renovasi rumah terbengkalai dan terpaksa tukar kontraktor yang lain.
3. Memilih bahan keperluan lebih awal mengikut kualiti dan budget yang ditetapkan seperti jubin ruang tamu, jubin bilik tidur, jubin tangga, jubin bilik air, jubin dapur, jubin dinding, jubin luar, frame tingkap, frame pintu, jenis siling, jenis lampu, jenis paip air, sinki, mangkuk tandas, jenis pintu, jenis tingkap, kabinet dapur, jenis atap, jenis dan warna cat dan sebagainya. Pemilihan lebih awal akan dapat mengawal perbelanjaan dan kualiti setiap bahan. Jangan sampai banyak belanja digunakan untuk membina bagunan tetapi akhirnya kekurangan budget untuk membeli bahan yang sesuai untuk menyempurnakan rumah dan akhirnya rumah impian tidak bertahan lama berbagai masalah akan dihadapi hanya beberapa tahun didiami.
4. Paling penting mesti membuat pengawasan sendiri ketika renovasi sedang berjalan supaya jika ada yang tidak betul boleh dibetulkan segera tanpa perlu meruntuhkan bahagaian yang tidak mengikut spesifikasi dan ini sudah pasti akan menambahkan belanja dan membazirkan masa. Perkara ini biasa berlaku apabila tuan rumah meletakan kepercayaan seratus peratus kepada kontraktor tanpa pnegawasan dan akhirnya perlu keluar belanja yang besar untuk mengubahsuai semula.
Semua yang aku kongsikan adalah dari pengalaman sendiri yang boleh dijadikan contoh kepada rakan-rakan yang sedang merancang untuk renovasi rumah. Benarlah kata bijak pandai pengalaman adalah guru yang terbaik.
178 Comments
Menyerahkan kepada ahlinya dalam hal merenovasi rumah juga salah satu cara agar renovasi rumah kita berjalan baik dan memuaskan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Anemia Kurang Darah
Kalau membuat rumah memang tentunya kita tidak main-main dalam mendesainnya karena kelak rumah itu kan akan kita diami untuk seterusnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Insomnia Gangguan Tidur
moga rumahnya jadi lebih ok
Curahan rasa Internet Gratis @ ..Trik Internet Gratis Telkomsel via PC Juni 2012
renosai rumah serahkan pd ahlinya
Curahan rasa Bokep Bugil @ ..Tante Girang Bugil di Facebook
memang nak renovate rumah kena teliti..kena cari kontraktor yang mahir..kalau x, ada je yang kena..
Curahan rasa wanabe @ ..Virus Stuxnet Dicipta Oleh US Dan Israel
tambah ilmu untuk renovate rumah yang dah dibeli..sebab kecil..so kena pandai²lah maksimumkan keluasan tanah yang ada
Curahan rasa cikgu naman @ ..Radix Fried Chicken Kini di Seksyen 9 Bangi
Nak renovate ni tak perlu kelulusan ker?
Curahan rasa Sara @ ..Susah Senang Peniaga Online
Setakat ini belum berani buat renovasi secara besar-besaran. Perancangan untuk membesarkan bahagian dapur sahaja.
Curahan rasa akubiomed @ ..Speedlight untuk kamera DSLR Canon
Ada beberapa kebimbangan antaranya kos pelukis pelan dan kebenaran membina ruang tambahan dari Majlis Perbandaran tempatan.
Mungkin bro DenaiHati boleh terperincikan prosedur sebelum perlaksanaan projek.
Curahan rasa akubiomed @ ..Hero-hero kacak AkuBiomed dan Pandak didalam promo Semanis Kurma
waktu saya merenovasi rumah tak diawasi sendiri, sehingga banyak yang tidak betul….
Curahan rasa Dadan @ ..[dot] Lol Domain Lucu dari Google
Kalau saya malah ikutan kerja Kang…
terima kasih atas tips2 yg sudi dikongsi ni. mmg ada keinginan nak merenovasi rumah. tp lebih ke arah penambahbaikan dan bukan pengubahsuaian.
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Bilik Tidur Tergantung Di Kediaman Perancis Ilham ECDM Architects
Btol tu, sebenarnya kerja renovasi sebenarnya memang kena pantau btol-btol. Kerana kontraktor (kebanyakan) suka menipu selagi boleh, untuk mendapat keuntungan maksimum.
kalau boleh ambil kontraktor ikut nasihat drpd kawan2 atau ahli keluarga yg dh ada pengalaman buat renovasi
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Bilik Tidur Tergantung Di Kediaman Perancis Ilham ECDM Architects
Rule of thumb kos pembinaan adalah lebih kurang nilai harga bahan. Contoh harga binaan bernilan RM5k dan kos pembinaan juga lebih kurang RM5k atau mengikut kaki persegi tidak salah saya RM47sekaki.
Curahan rasa akubiomed @ ..Wordless Wednesday – # Awak busuklah!
saya setuju dengan DH, renovasi rumah harus kita awasi sendiri…
Curahan rasa Dadan @ ..DISKON.COM Murah Mudah Fantastis
kalau tak di awasi tentu tak sempurna seperti yang di ingini…
Curahan rasa Nana @ ..Angkara Cintakan Isteri Orang, Lelaki Cedera Dibelasah
yang pastinya buat perbelanjaan mengikut budget yang ada… hehehe..
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Hujan Juara Versus Dan Zizan Juara Super Spontan
Nanti tak payahlah pusing kepala pasal nak fikirkan masalah yang akan datang… Tapi itu semua hanya perancangan kita… Allah yg menentukan…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Hujan Juara Versus Dan Zizan Juara Super Spontan
baget mesti lebih, baru ler semuanya ok…
Curahan rasa Nana @ ..Angkara Cintakan Isteri Orang, Lelaki Cedera Dibelasah
kalau tak pasti semua kerja tak menjadi…
Curahan rasa Nana @ ..Angkara Cintakan Isteri Orang, Lelaki Cedera Dibelasah
Assalam, betul tu DH.. kalau kita memberi kepercayaan 100% dekat kontraktor mesti nanti ada masalah… apa yg kita nak lain pula dibuatnya… masalah tu. >.<
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Hujan Juara Versus Dan Zizan Juara Super Spontan
pemilihan kontraktor mmg penting…anggaran kos spttnya dipersetujui lebih awal..xnak nnt rumah x siap..tp asyik minta duit jer..
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Komentator Tegar Mei 2012
Comments are closed.