Redha ibu dan ayah sangat mahal dan ramai lupa

Spread the love

Menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibubapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka. Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Maksudnya“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

(Surah al-Isra’: 23)

Ibu bapa merupakan individu yang dijadikan oleh ALLAH SWT sebagai penyebab kewujudan setiap manusia di dunia ini. Mereka telah menabur banyak kebaikan dan bakti yang tidak terhitung kepada anak-anak termasuk mendidik dan membesarkan kita hingga dewasa. Mereka sanggup bersusah payah dan mengorbankan diri sendiri demi kebaikan anak-anak.

Perintah supaya melakukan kebaikan terhadap ibubapa juga dapat dilihat dalam firman Allah SWT:

وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Maksudnya“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa”

(Surah al-Nisa’: 36)

Rasulullah SAW juga telah menyebut berkenaan kelebihan dan keutamaan dalam menjaga dan berbakti kepada kedua orang tua. Daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau berkata:

سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ ‏”‏ الصَّلاَةُ لِوَقْتِهَا ‏”‏ ‏ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَىٌّ قَالَ ‏”‏ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ ‏”‏ ‏ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَىٌّ قَالَ ‏”‏ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏”‏ ‏

Maksudnya“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan amalan apakah yang paling afdhal, lalu Baginda menjawab: “Solat pada waktunya.” Kemudian aku bertanya lagi, apakah amalan yang seterusnya? Jawab Baginda: “Berbakti kepada kedua ibubapa.” Kemudian aku bertanya, apakah lagi seterusnya? Jawab Baginda: “Berjihad di jalan Allah.”

Riwayat al-Bukhari (85)

Antara cara berbakti Kepada Ibu Bapa

Salah satu cara berbakti ialah dengan berdoa untuk kedua ibu bapa sama ada semasa hidupnya mahupun selepas kematiannya.

Antara ayat di dalam al-Quran yang boleh digunakan sebagai doa untuk kedua ibu bapa kita, antaranya:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Ibrahim: 41

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami. Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

Selain itu, hadiahkan Al-Fatihah kepada ibu bapa. Cara dan kebaikannya : Ustazah Asma : Cara terbaik hadiah Al Fatihah kepada keluarga

Bagi mereka yang ibu bapanya sudah kembali ke Rahmatullah, masih ada peluang yang besar bagi si anak untuk berbakti orang tuanya yang sudah tiada.

Setiap insan yang bernyawa pasti akan menemui ajal dan ajal itu tidak akan cepat atau lambat walau sesaat pun. Apabila terpisahnya roh daripada jasad maka ia juga sebenarnya telah terpisah daripada alam dunia. Dengan itu, segala perkara atau amalannya ketika di dunia akan terputus daripadanya melainkan tiga perkara berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Imam Muslim:

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]

Akhiri perbincangan ini dengan mengajak kita semua untuk sama-sama mendoakan kerahmatan dan juga keampunan kepada kedua ibubapa kita.

رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksudnya“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

(Surah al-Isra’: 24)

@santapanminda

Seronok dengar ustazah tazkirah tentang tips didik anak cara Rasulullah. Kalini banyak part, semoga beri manfaat #ustazahisfadiah #fyp #part1

♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC
sebelum dapat anak yang soleh mendoakan kita, ibu bapa perlu usaha untuk didik anak semampunya mengikut cara islam


Spread the love

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!