Angka kematian akibat banjir di Libya meningkat lebih 5300

Spread the love

DERNA: Lebih daripada 5,300 orang disahkan terkorban dalam kejadian banjir besar yang melanda Derna, Libya, kata menteri dalam pentadbiran kerajaan di barat negara itu, Hisham Chkiouat, pada Rabu.

“Setiap hari puluhan mayat mangsa ditemui terdampar di tepi pantai,” katanya.

Dua empangan pecah selepas Taufan Daniel melanda petang Ahad lalu, melepaskan gelombang besar air, memburukkan lagi situasi banjir di sesetengah kawasan di negara itu.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan bangunan masih diteruskan namun harapan menemui mangsa masih hidup semakin menipis.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 10,000 orang dilaporkan hilang manakala 30,000 lagi kehilangan tempat tinggal di Derna sahaja.

Banjir turut melanda bandar Benghazi, Beyda, Merc dan Suse.

Tempoh berkabung selama tiga hari diisytiharkan bagi mereka yang kehilangan nyawa dalam banjir dan bandar-bandar yang terjejas oleh banjir diisytiharkan sebagai ‘zon bencana’.

Pasukan kecemasan Médecins Sans Frontières (MSF) akan tiba di Derna pada Khamis bagi mengedarkan kit kesihatan kecemasan dan membantu Persatuan Bulan Sabit Merah Libya dalam memberi rawatan kepada manga cedera.

Awani


Spread the love

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!