Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Jangan terlalu mementingkan kecantikan fizikal sehingga memakai sesuatu yang boleh menyebabkan air wuduk tidak lalu dan solat tidak sah. Rata-rata anda boleh lihat bahawa kecantikan telah dijadikan sebagai perkara paling penting bagi setiap wanita. Malahan, ada juga yang sanggup menambah bulu mata palsu semata-mata untuk nampak lebih anggun dan cantik.
Mereka juga menambah bulu mata palsu dengan tujuan untuk menampakkan bulu mata lebih lentik dan panjang berbanding dengan bulu mata asal. Kononnya ingin kelihatan bak ‘anak patung’, namun sebenarnya bulu mata palsu akan menyebabkan solat anda tidak sah dan banyak lagi kesan buruk lain.
Dengar penjelasan daripada pakar bedah mata iaitu Prof Dr. Muhaya di bawah mengenai isu ini:
Di dalam video tersebut beliau juga menjelaskan bahawa mengikut statistik, kira-kira 90 peratus orang di Malaysia tidak solat cukup 5 waktu. Malah, yang cukup solat pula masih belum dapat dipastikan sama ada mereka mengambil wuduk dengan sempurna atau tidak.
Salah satu perkara yang menjadikan wuduk anda tidak sah adalah dengan pemakaian bulu mata palsu (eyelash extension) yang kini semakin berleluasa dalam golongan wanita.
Wuduk tidak sah memakai bulu mata palsu?
Kenapa wuduk anda menjadi tidak sah jika anda memakai bulu mata palsu? Ini kerana plastik yang digunakan dan diletakkan pada bulu mata anda mempunyai gam tebal yang boleh menutup dan juga menghalang air daripada mengalir pada bahagian bulu mata anda.
Sekaligus menjadikan wuduk anda tidak sah kerana air tidak terkena pada bahagian tersebut. Jika anda terus solat tanpa memastikan setiap bahagian yang perlu sudah terkena air wuduk, manakala solat anda juga secara automatik menjadi tidak sah.
Ia juga telah menjadi salah satu kebimbangan Prof Dr. Muhaya terhadap isu pemakaian eyelash extension ini.
Kesan memakai eyelash extension
Ingin tahu apa kesan pemakaian eyelash extension ini? Lihat video di bawah:
Di dalam video tersebut beliau telah menunjukkan bagaimana bulu mata palsu anda dilekatkan dengan gam yang agak tebal. Malah, bukan setakat itu sahaja, kesan pemakaian ini juga akan menyebabkan mata anda tidak sihat, merah dan juga berair. Sangat membahayakan.
Prof Dr. Muhaya juga turut menjelaskan bahawa bagi orang Islam, pemakaian bulu mata palsu ini akan menyebabkan wuduk dan solat anda tidak sah. Jadi, elakkan daripada memakainya.
Kredit: SEISMIK
4 Comments
dah ada kecantikan semulajadi pun kita masih lagi nak menambah kecantikan tersebut,
betul juga la manusia tidak akan rasa pernah puas dengan apa yang ada.
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 pesanan hebat dari Afnan Rosli
Sakit untuk kelihatan cantik itu biasa..tapi kalau sakit sampai bagi kesan buruk sebegini, eloklah dielakkan saja
Curahan rasa JMR @ ..Teringin Nak Ke Western Australia
Bagi Mrs. A tak perlulah nak menyiksa diri untuk kelihatan cantik.
Nauzubillah moga dijauhkan air wuduk tak sampai jadilah tak sah.
Lagi satu ntah orang perasan ke tidak kita duk pi buat eyelash extension tu nak-nak sejenis Mrs. A ni memang tak perati details pun muka orang hahahaaa
Curahan rasa Mrs. A @ ..Pengalaman Pertama Menyertai Acara Larian – Georgian Charity Run 2019
Nak cantik memang diorg sanggup buat apa sahaja..tp bila dah kene jangkitan kuman kt mata barulah sedar..
Curahan rasa Kambing Aqiqah Murah @ ..Hukum Mewakilkan Pihak Lain Melaksanakan Aqiqah
Comments are closed.