Rayuan Haji kini dibuka dalam talian melalui THiJARI

Spread the love

“Alhamdulillah, Rayuan Haji KINI DIBUKA dalam talian melalui THiJARI!” Kenyataan yang dimuatnaik oleh Tabung Haji dan di respost oleh YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Instagram miliknya.

Kini, melalui pengumuman yang telah dinyatakan oleh Tabung Haji, rayuan Haji boleh dilakukan secara atas talian, iaitu melalui aplikasi THiJARI.

Rayuan ini boleh dilakukan bermula hari ini, 22 Disember sehingga 13 Februari 2021 untuk musim 1442H/2021M.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play atau App Store yang memudahkan pengguna bukan sahaja melakukan pendaftaran haji tetapi juga semakan status haji dan urusan pertanyaan baki.

Bagi mengakses sistem THiJARI untuk rayuan haji, anda boleh menyemak status pendaftaran Haji dan melakukan rayuan pada bahagian tersebut.

Cara-cara untuk membuat rayuan haji di aplikasi THiJARI

  1. Klik pada bahagian perkhidmatan haji
  2. Kemudian, anda boleh memilih ke bahagian Rayuan Haji
  3. Seterusnya, klik pada bahagian Permohonan Rayuan Haji.
  4. Anda akan dibawa kepada garis panduan Pengurusan Rayuan Menunaikan Fardu Haji dan tekan pada bahagian ‘Saya Faham’.
  5. Seterusnya, anda perlu memasukkan nombor akaun dan kad pengenalan bakal haji.
  6. Kemudian, anda perlu klik untuk Perakuan Istito’ah, iaitu akad.
  7. Akhir sekali, anda sudah boleh muat turun Surat Akuan Terimaan Rayuan Bakal Haji.

Untuk tutorial penuh rayuan haji, anda boleh menonton video ringkas yang disediakan pihak Tabung Haji.

Sebelum ini, Tabung Haji telah melancarkan aplikasi telefon pintar THiJARI sebagai objektif untuk memudahkan pendeposit dalam sistem perkhidmatan atas talian.

Melalui aplikasi ini, urusan berkaitan Tabung Haji lebih mudah dan pantas. Buat anda yang kali pertama menggunakan aplikasi ini, anda memuat turun melalui pautan ini; THiJARI

Kemudian, anda boleh mula menggunakan aplikasi ini dengan membuat pendaftaran akaun THiJARI.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut;

  1. Selepas muat turun aplikasi ini, anda boleh mendaftar dengan menekan butang Daftar Kali Pertama.
  2. Selepas itu, anda akan diminta untuk memasukkan maklumat yang diberikan, iaitu; nombor kad pengenalan, nombor akaun tabung haji dan nombor telefon yang berdaftar.
  3. Kemudian, sebelum tekan untuk memohon nombor TAC, semak maklumat yang telah dimasukkan terlebih dahulu.
  4. Klik butang ‘Mohon TAC’ dan anda boleh mengisi butiran yang diperlukan selepas berjaya memasukkan nombor TAC.
  5. Kemudian, anda sudah boleh menekan butang ‘Terima’ pada ruang terma dan syarat bagi menjadikan proses pendaftaran anda selesai.

Baca: Cara Menggunakan Akaun THiJARI Tabung Haji

Baca: Cara Untuk Mendaftar Akaun THiJARI Tabung Haji

Sumber: Tabung Haji


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!