Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pejam celik begitu cepat masa berlalu rasanya baru semalam kita menyambut Maulidur Rasul memperingati hari kelahiran Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W kali ini sekali lagi Allah pinjamkan nyawa kita untuk memperingati kelahiran Rasulullah SAW di tahun hijrah 1433. Kesedihan masih terasa ketika dapat menziarahi makam Baginda di Masjid Nabawi dan ada rasa rindu untuk menziarahi lagi. Kepada yang belum menziarahi Baginda azamlah bersungguh-sungguh pasti Allah SWT akan menjemput kita untuk menjadi tetamu Rasulullah SAW.
Kali ini aku nak berkongsi kisah sebelum Nabi diangkat sebagai Rasulullah di zaman mudanya. Setelah sampai masanya dan ketika yang baik Nabi bersama rombongan niaga telah berangkat membawa barang dagangan Siti Khadijah ke negeri Syam. Selama dalam perjalanan Nabi tidak henti-henti daripada berzikir dan tidak akan bercampur dengan para ahli rombongan yang akan bernyanyi dan bersyair apabila berhenti berehat. Sikap Nabi yang amat berlainan dari sikap kawan-kawan yang lain diperhatikan oleh Maisarah orang kanan Siti Khadijah.
Apabila sampai di negeri Huran semua rombongan niaga dari selatan khususnya dari Mekah akan berhenti rehat di Kota Busra. Nabi akan mengasingkan diri di bawah pokok kayu yang rendang sementara menunggu rombongan bergerak semula ke destinasi yang sebenar negeri Syam. Tempat yang biasa para khafilah Arab singgah ini adalah dekat dengan gereja atau biara rahib Nasrani atau paderi Kristian.
Ketika rombongan Nabi sedang berehat tiba-tiba muncul seorang paderi bernama Nastura dari dalam biara bertemu Maisarah bertanyakan tentang pemuda yang sedang duduk berehat di bawah pokok kayu rendang.
“Siapakah pemuda yang duduk di bawah pokok sana itu”
Nota : Gambar Pohon Sahabi tempat Nabi berteduh yang masih hidup sehingga sekarang
“Dia adalah pemuda yang berasal dari Tanah Haram dan berasal dari keturunan Quraisy” beritahu Maisarah.
“Adakah dalam kedua matanya ada tanda merah” tanya paderi Nastura. Maksud tanda merah di mata Nabi ialah terdapat bintik-bintik kecil berwarna merah di mata putih Nabi.
” Ya!” Jawab Maisarah.
“Itulah dia penghabisan nabi-nabi Allah. Mudah-mudahan nanti akan manusia mengetahui di kala dia diangkat menjadi Nabi” Jawab paderi Nastura. Paderi Nastura bergegas ke tempat Nabi terus tunduk mencium kepala dan kaki Nabi dan berkata ;
“Aku percaya kepada engkau dan aku menyaksikan bahawasanya engkaulah yang disebut oleh Allah dalam Taurat. Sesungguhnya wahai Muhamad, aku telah melihat tanda-tanda kenabian yang ada pada diri engkau sebagaimana yang telah disebut dalam kitab-kitab yang terdahulu. Hanya tinggal satu tanda yang belum aku lihat pada dirimu. Kerana itu bukalah belakangmu untuk aku lihat.”
Setelah Nabi membuka pakaian baginda dan Nastura melihat belakang Nabi, dia berkata kepada Nabi ;
“Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah, dan saya naik saksi bahawa engkau Utusan Allah yang ummi dari bangsa Arab Bani Hasyim yang berasal dari penduduk Mekah.”
Dengan berjumpanya Nabi dengan paderi Kristian bernama Nastura di Kota Busra ini bererti dua orang paderi Nasrani yang telah baginda temui mengakui kerasulan baginda sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi Musa dan Nabi Isa sebelumnya. Kali pertama adalah paderi Buhaira ketika Nabi berusia 12 tahun mengikut rombongan perniagaan Pak Ciknya Abu Talib. Dengan pengakuan para ulama besar Kristian pada zaman kehidupan Nabi Muhamad SAW tentang kerasulan baginda menunjukkan betapa tanda-tanda atau alamat kedatangan Rasulullah SAW telah diberitahu oleh Allah SWT terlebih dahulu semoga manusia tidak akan ragu-ragu terhadap kerasulan dan kenabian Nabi Muhamad SAW.
Selepas peristiwa bertemu Paderi Nastura Nabi bersama rombongan meneruskan perjalanan ke negeri Syam untuk menjual barang-barang dagangan yang dibawa.
Kisah ini petikan dari buku “Sejarah Rasulullah Uul Azmi Terbesar Nabi Muhamad SAW” susunan Tarikuddin Haji Hassan mukasurat 79 – 81.
Sekadar peringatan, pernahkan kita membaca dan menjiwai sirah Nabi Muhamad SAW. Kalau sudah alahmdulillah dan kalau belum usahakanlah sekurang-kurang sekali seumur hidup. Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.
Entri Maulidur Rasul yang lepas
- Pesanan terakhir Rasulullah SAW pada umat akhir zaman
- Detik-detik akhir Rasulullah SAW menghadapi sakaratulmaut
100 Comments
Hayati pesanan terakhir Rasulullah SAW, supaya kita tidak terpesong jauh apa yg diperkatakannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
setuju bro, karena setiap pesanan Nabi adalah sebuah pedoman
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
Walhal sudah termaktub pada kitab2 terdahulu sebelum turunnya ayat2 al-quran, bahawasannya akan muncul/kelahiran nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad utk memimpin seluruh semesta alam utk menuju ke landasan/jalan yg benar, maka dengan sendirinya tidak boleh diguna pakai lagi agama lain setelah kedatangan Agama Islam.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
bahkan sebelum dunia ini diciptakan Nabi sudah masyhur di jagat raya..
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
Pengajaran yg penuh bermakna utk dikongsi oleh generasi selepasnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
pengajaran yang harus diteruskan oleh setiap generasi Islam…
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
Cerita beginilah yang saya tunggu dan membuatkan saya datang dan datang lagi ke blog DH
Curahan rasa Norasikin @ ..Apa Ada Pada Telur
bener Mbak, DH selalu dirindukan karena entrynya bagus2
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
Allahumma Sholli àla sayyidina muhammadin wa àla äli sayyidina muhammadin sholatan ta àdìlu jamiià sholawatin àla mahabbtika wa sallim àla sayyidina muhammadin wa àla äli sayyidina muhammadin salaman ya’dilu salamahum
MasyaAllah…moga kita diakui baginda sebagai umatnya dan mendapat syafaatnya…
Curahan rasa dinar @ ..Kenaikan harga emas dan perak semakin “hangat”
teuskan berselawat ke atas nabi 🙂
Di jaman itu para pendeta kristiani telah mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai nabi setelah Nabi Isa AS namun sayang sumber otentik yang menerangkan ciri2 adanya nabi penerus Nabi Isa AS dalam injil telah dihapus. Andai saja tidak, sebagian umat manusia akan memeluk Islam.
Ulasannya sangat luar biasa, salut buat denaihati yang selalu menyuguhkan ulasan berkualitas
Curahan rasa Rina As @ ..Update Pertama Google Pagerank Februari 2012
salam maulidur rasul 🙂
Curahan rasa puterinuur @ ..Penting ke perlindungan insurans?
Selamat menyambut Hari Maulidul-Rasul, perbanyakkanlah selawat keatas nabi junjungan kita Rasulullahs.a.w, supaya kita mendapat syafaatnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Salam Maulidur Rasul
Curahan rasa wazy @ ..Salam Maulidur Rasul 2012
Maulid Nabi adalah peringatan Kelahiran Nabi Muhammad SAW semoga kita semua akan mendapatkan safaatnya kelak
Curahan rasa asyiqin @ ..Memiliki Asuransi : You Do It for Love
terimaksih atas informasinya denia,,,
Curahan rasa xamthone plus @ ..Kenali Faktor Resiko Kanker Payudara
good info.seronok je bila dengar kisah2 nabi
Comments are closed.