Rasa cinta dan rindu di Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. dan Para Sahabat R.A. di PWTC, Kuala Lumpur

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kehebatan tamadun Islam tidak boleh dinafikan kerana sejarah telah membuktikan memiliki kegemilangan yang panjang bukan sahaja menyinari dunia Islam tetapi menyumbang kepada kebangkitan peradaban dan kemajuan di barat sehingga hari ini.

Banyak artifak dan peninggalan berkaitan sumbangan Islam terhadap dunia masih boleh dilihat sehingga kini dan tidak lain adalah bertitik-tolak daripada peranan dan amanah besar yang dimainkan Rasulullah SAW.

Justeru, penganjuran di Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) amat bertepatan sekali dalam mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW.

Kira-kira 150,000 pengunjung dijangka hadir menyaksikan Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bermula 22 Julai ini hingga 4 Ogos depan.

Pameran anjuran sepenuhnya Manhajj Brothers Sdn. Bhd.(Manhajj Brothers) ini akan menampilkan lebih 40 artifak Rasululllah SAW, artifak Sahabat RA serta artifak kerajaan Uthmaniah.

Sidang Media Pameran Artifak Rasulullah SAW 2019

Pengarah Urusan Manhajj Brothers, Datuk Anuar Hassan berkata, pameran ini akan member peluang kepada masyarakat untuk melihat sendiri artifak yang turut menjadi rakaman sejarah kehidupan dan perjuangan Baginda.

Pameran ini juga bermatlamat untuk memberi pendidikan, sumber inspirasi dan pengetahuan kepada pengunjung mengenaià kegemilangan tamadun Islam.

Antara artifak yang boleh dilihat ialah rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zamzam, pasir makam Rasulullah dan kunci makam tersebut.

Artifak lain adalah pedang Muaz bin Jabal, pedang Sultan Al-Fatih, Kiswah Kaabah Merah, Kiswah Kaabah Hijau dan kunci Makam Saiditina Fatimah.

Turut dipamerkan artifak peninggalan Kerajaan Uthmaniah seperti kunci, baju perang, tandu, al-Quran Emas kiswah Kaabah, Kiswah Pintu Taubat di mana semua artifak ini merupakan koleksi dari Tanah Arabah seperti Mekah dan Madinah serta negara Yemen dan Turki.

Dato Anuar Hassan dan Dato Adi Putra
Dato Adi Putra
Pameran Artifak di Masjid Shah Alam, 2017
Raja Muda Selangor
Ulama Pakistan
Serban Nabi

Pameran tersebut mendapat sokongan penuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Kuala Lumpur menjadi destinasi pilihan selepas beberapa negeri sebelum ini seperti di Johor dan Melaka.

“Tiket masuk hanya RM20 untuk dewasa, RM10 untuk mahasiswa dan RM5 untuk kanak- kanak serta pameran dibuka setiap hari mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Lebih menarik pameran ini menawarkan cabutan bertuah apabila pengunjung boleh membawa pulang hadiah utama iaitu motosikal Yamaha Y15.

Cabutan itu diadakan menerusi peraduan ‘Ride To Y-Suku’ di mana pengunjung hanya perlu mengambil gambar di Manhajj Photobooth Rasmi berharga RM15 yang melayakkan mereka mendapat satu nombor bertuah.

Pameran ini merupakan anjuran Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Manhajj Brothers dengan kerjasama Dragon Heart Sdn Bhd, Jopana.my, Denaihati Network, ADP Studios, Jabatan Agama Islam Wilayah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Putra World Trade Centre Malaysia.

Jumpa anda semua di Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA di PWTC.

Tarikh : 22 Julai – 4 Ogos 2019
Masa : 10 pagi – 10 malam

Harga tiket:
Dewasa: RM20
IPTA/IPTS/STPM: RM10
Kanak-kanak : RM5 (17 tahun dan kebawah)

Tiket boleh di dapati di booth tiket di pintu masuk pameran di:
Dewan Tun Razak 4, Tingkat 4, PWTC

Atau secara online di website www.tamadunislam.com atau di http://t2u.asia/e/14407


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!