Rakan Denaihati Network

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kerana membaca entri-entri menarik blog Denaihati.

Blogger IBB 2014 d

Ramai rakan pembaca yang sering singgah berhasrat nak menjadi ahli network Denaihati dan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Denaihati network.

Berikut cara-cara untuk menjadi rakan setia denaihati network :

Follower semua sosial media Denaihati.

  1. Fanpage Facebook (1.2 juta follower)
  2. Twitter (16,000 follower)
  3. Instagram (24,000 follower)
  4. Group Facebook (7500 follower)
  5. Santapan Minda (1 juta follower)
  6. Denaihati TV (2K follower)

Daftar percuma sebagai rakan Denaihati Network  yang kini sudah ada lebih 2000 ahli.

Semuga segala perkongsian dapat memberi manafaat kepada semua.

 

Jangan lupa singgah juga blog rangkaian kami

  1. Blog Travel Denai.my
  2. Blog umum Asamboi.my

Abang Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

325 Comments

  1. Valid lagi tak ni? Hehehe rasa macam segan pulak nak storikan blog picisan zida dalam blog Denaihati ni. ehemm~ bismillah.

    blog http://colleen-kawaii.com/ tengok nama je dah tau macam budak-budak kan? Tapi jangan pandang sebelah mata. Hehe apa yang saya kongsikan dalam blog ini adalah mengenai MESIR – negara tempat saya belajar dan menimba ilmu sebagai seorang pelajar. Nak tau kisah2 menarik boleh la jenguk. Selain tu jugak saya selitkan sedikit sebanyak ilmu agama dan pandangan saya terhadap apa yang berlaku di negara Malaysia 🙂

  2. Terima kasih untuk Denaihati bagi peluang kepada kak aya, blogger baru. Kak aya kerap ke sini sebagai silent reader je.

    Blog Jendela Hidup adalah blog rojak yang menceritakan tentang kehidupan kak aya dan keluarga, ada juga petua dan tip kesihatan yang boleh dijadikan panduan bersaman.

    Sekarang sedang belajar cara untuk meningkatkan traffic ke blog Jendela Hidup.
    Curahan rasa rohaya @ ..Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100 (RM1599)My Profile

  3. salam kenalan.

    sudilah singgah ke blog kakyong.com

    saya blog tentang local drama/filem, tapi bukan semua, yang saya minat ajer.. saya tak copy paste tapi menulis ikut cara saya sendiri, review saya pun saya buat ikut sesuka hati saya.. dan kekdang ade lah juga update selebriti yang saya suka, tapi blog saya bukan ruang gossip 🙂

    jika anda peminat drama/filem tempatan, meh lah singgah ke blog kakyong.com.

    motto saya “menulis sesuka hati asal bahagia”

    saya juga masih baru dlm dunia self-hosting & masih banyak yg saya perlu belajar untuk memahirkan diri dalam dunia blogging ni.
    Curahan rasa kakyong @ ..ost drama Hilang – tv9My Profile

  4. Saya bercerita tentang saya, cinta baru, impian, citacita, anak2 n perjuangan saya dalam merebut kembali hak jagaan anak sulung saya.

    saya juga sedang cuba untuk bisnes on line…tq denai hati!!!

  5. Kamarul Azri™ (formerly known as Ceqla)

    sebenarnya blog ini target kepada golongan lelaki, masih belum ramai yang bercerita tentang lelaki, tapi kadang² bercerita juga tentang persekitaran, tips kesihatan dan juga perniagaan online, ada orang kata blog rojak tapi KA mengatur langkah untuk branding blog tersebut. Supaya dapat beri manfaat kepada semua. http://penanti.com
    Curahan rasa Kamarul Azri™ @ ..Alexa turun mendadak dalam masa 14 hari.My Profile

  6. Wanwidget.com sebenarnyer blog peribadi aku. Sekarang masih dalam proses nak branding atau memperkenalkan blog “wanwidget”. Mesti korang nak tau kan apa ada dalam wanwidget ni. Pertama sekali wanwidget adalah blog peribadi TETAPI blog wanwidget kepunyaan aku ni ada “RADIO, TV1 dan TV2 STREAMING, LIVE FOOTBALL, BYPASS BLOCK WEBSITE, dan kepada sesiapa yang minat download movie aku dah sediakan link link member member uploader movie di bahagian DOWNLOAD AREA. Senang citer kat blog wanwidget ni korang boleh layan radio, tv, bola, download dan info personal project akan datang aku di wanwidget.com
    Selamat singgah yer 🙂
    Curahan rasa Juan @ ..Israk Mikraj 2011My Profile

  7. Trima kasih pd denaihati dgn ruangan yg ckup bmakna terutamanya blogger yg newbie mcm sy…

    Blog sy rilekslah.com berkonsepkan ‘rojak’ di mana semua bahan cerita ada d situ tp sy cuba berkongsi ilmu kpd semua org dgn tutorial atau info yg ada d rilekslah.com, harap2 sdikut sbanyak blh mbantu… Rilekslah! Isu semasa, hiburan, info, tutorial dan banyak lagi!!!
    Curahan rasa Mr Rileks @ ..Perhimpunan Bersih 2.0 akan Sebersih Bersihnya?My Profile

    1. Sory, nak post skali lagi sebab berlaku kesilapan kat link untuk ke blog saya (sy budak baru blajar)

      KASI GEGAR SIKIT!

  8. Salam,

    Terpanggil untuk menyertai denaihati network…baru terbaca dalam facebook fanpage tadi.

    Blog mankuchai.com adalah blog peribadi,mula menulis blog tahun lepas dan pada bulan june ni dah cukup setahun.Masih lagi newbie dalam arena blogging dan sedang dan masih lagi belajar selok belok untuk menjadi blogger yang berjaya pada masa hadapan 🙂

  9. ulasan ringkas : kisah seorang pelajar kejuruteraan UIAM.Mengolah pengalaman hidup dengan cara tersendiri.Terdapat tips blogging terbaik,blogsphere,isu semasa,hidup kampus dan lain-lain.

    p/s : tak dapat nak letak link entri paling popular kat comluv,feed tak detect.cuma letakkan link feed baru comluv detect. terima kasih. 🙂
    Curahan rasa Izwan @ ..SEO Contest – Tip Blogging TerbaikMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!