Rakan Denaihati Network

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kerana membaca entri-entri menarik blog Denaihati.

Blogger IBB 2014 d

Ramai rakan pembaca yang sering singgah berhasrat nak menjadi ahli network Denaihati dan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Denaihati network.

Berikut cara-cara untuk menjadi rakan setia denaihati network :

Follower semua sosial media Denaihati.

  1. Fanpage Facebook (1.2 juta follower)
  2. Twitter (16,000 follower)
  3. Instagram (24,000 follower)
  4. Group Facebook (7500 follower)
  5. Santapan Minda (1 juta follower)
  6. Denaihati TV (2K follower)

Daftar percuma sebagai rakan Denaihati Network  yang kini sudah ada lebih 2000 ahli.

Semuga segala perkongsian dapat memberi manafaat kepada semua.

 

Jangan lupa singgah juga blog rangkaian kami

  1. Blog Travel Denai.my
  2. Blog umum Asamboi.my

Abang Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

325 Comments

  1. Salam.. Mama nih masih kira hijau dlm dunia blog nih.. Mostly entry berkisar ttg kehidupan dan personal. Sila singgah jika sudi.. 😉

  2. Salam buat semua Rakan-rakan DenaiHati,
    Serius JT masih baru. Perlu bantuan dan kasih sayang rakan-rakan sekalian.. 😛
    Pernah memiliki .com pada tahun 2003-2005, namun tidak kemana kerana kekangan
    belajar ketika itu, dengan kemudahan kewangan yang terhad lantas terkubur begitu sahaja.

    Kini setelah bertahun-tahun baru kembali berjinak-jinak. Banyak perbezaan kini dan dahulu. Blog dibina masih bayi, harus ada kayu pengukur dan rujukan, dan DH menambat hati JT. Rakan-rakan yang ingin kenal JT, jemput singgah ke teratak yang tidak seberapa.
    Curahan rasa Jomtonton @ ..Ciri Baru Chrome : Apa Itu Fungsi “Sign In To Chrome”?My Profile

  3. Salam.

    Saya pemblog yang masih belajar dan menjadikan blog sebagai lapangan meluahkan perasaan dan melontarkan pandangan. dan blog saya juga adalah tempat saya bermain bahasa yang menjadi permainan jiwa saya. 🙂

    Dah nak masuk 3 tahun menjadi pemblog dan saya mengenali blog denaihati.com ini melalui blog ariffshah.com.Apa yang diharapkan agar dunia blog terus hidup dan bersamalah kita berkongsi pendapat dan berkongsi teknik untuk memajukan blog dan mungkin teknik menjana pendapatan menerusi laman blog.
    Curahan rasa riffzam @ ..ISU : Kisah KFC, Rasis & EmosiMy Profile

  4. Salam. saya ni newbie dalam dunia blogger, dan blog saya pun berumur tak sampai seminggu. saya mula minat nak berblog ni pas selalu membaca article di blog denaihati.com dan justkhai.com. terima kasih kepada anda berdua kerana berjaya mempengaruhi saya hingga saya tak dapat menahan diri dari terjebak dalam dunia blogger hehehe…saya juga mengharapkan rakan-rakan blogger lain sudi berkongsi pendapat dan pandangan tentang blog saya yang seminggu jagung ni..
    Curahan rasa segalabenda @ ..Bacaan Yassin yang mengasyikkanMy Profile

  5. salam 1 Malaysia. satu lagi newbie nak jadi rakan denai hati network boleh? blog saya baru develop bulan januari lepas dan saya dah lama terpesona dgn blog DH yang kemas tersusun. sedap mata memandang nak scroll2 ke bawah lagi..

    blog saya berkisar tentang dua sahabat incik godam dan incik otak yang langsung tak ada persamaan antara satu sama lain. Mereka sering dibuli, abused, diperkotakmanciskan, dan digunakan ke arah yang negatif oleh sesetengah masyarakat dunia yang berhati busuk. Atas dasar kasihan, saya adopt dan cuba memberikan mereka kehidupan yang lebih baik. tapi sekarang ni saya kekurangan bekalan makanan untuk kami bertiga, harap DH dan semua yang ada di sini dapat membantu. sila beri tunjuk ajar (tunduk kepala).. 🙂
    Curahan rasa incik @ ..Jom tengok – Euro 2012 ToiletsMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!