Racun dalam hidangan masakan, elakkan guna perkakas plastik

Spread the love

Sekarang terdapat pelbagai pilihan perkakasan dapur. Ada yang diperbuat daripada kayu, besi dan juga plastik.

Tetapi kenapa penggunaan perkakasan plastik tidak digalakkan?

Amaran yang dikeluarkan oleh German Federal Institute For Risk Assessment (BFR) ini berdasarkan bukti bahawa plastik yang digunakan dalam industri makanan mengandung banyak racun berbahaya yang boleh menyerap masuk ke dalam makanan.

BFR juga menggesa khalayak umum untuk menjauhkan sebarang sebarang alatan plastik daripada makanan yang panas

Hasil uji kaji kepada haiwan yang dijalankan, menunjukkan bahan kimia dapat meningkatkan tumor dalam hati, pankreas dan buah zakar pada tikus. Dalam masa yang sama, bahan kimia ini juga menjejaskan aspek kesuburan.

Walaupun terdapat kekurangan data yang membuktikan kesan bahaya bahan kimia oligomer kepada manusia.

Tetapi badan keselamatan makanan ini menganggarkan risiko yang sama boleh berlaku kepada manusia kerana struktur bahan kimia yang sama.

Dalam satu pendekatan yang dipanggil pengkelasan Cramer, pengkaji membuat kesimpulan bahawa jumlah kecil oligomer – 90 mikgram – akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan seseorang individu dengan berat 60 kilogram.

Bagaimanapun, saintis mendapati dalam tinjauan amalan kegunaan harian perkakasan plastik ini, jumlah bahan kimia ini adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang anggaran bagi kegunaan setiap hari.

Berdasarkan tinjauan ini, para pengguna dinasihatkan untuk menggurangkan dan mengelakkan penggunaan peralatan plastik sebanyak yang mungkin ketika makanan masih panas dalam suhu anggaran melebihi 70 °C.

Risiko bahaya perkakasan plastik

Menurut penyelidik, penggunaan perkakasan dapur yang diperbuat daripada plastik boleh “mengalirkan” bahan kimia toksik kepada makanan yang dimasak.

Ini kerana kebanyakan perkakasan plastik dapur mengandungi bahan berbahaya yang dipanggil oligomer.

Kebanyakan perkakasan dapur yang berada di pasaran diperbuat daripada bahan kimia sintetik. Ini adalah untuk menjadikan alatan tersebut mampu bertahan lama dalam suhu yang tinggi serta kalis minyak.

Pada suhu melebihi 70 °C, bahan kimia oligomer boleh mengalir kepada makanan atau minuman.

Sekiranya ditelan dalam dos yang tinggi, bahan ini boleh mencetuskan penyakit hati dan tiroid. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan, kanser dan kolesterol yang tinggi.

Jika kita lebih banyak menggunakan barangan perkakasan plastik di rumah untuk memasak, mungkin anda boleh mengurangkan penggunaannya.

Ini kerana terdapat pelbagai pilihan alatan dapur lain yang boleh digunakan. Bukankah mencegah itu lebih baik?


Spread the love

6 Comments

  1. Penggunaan Lunch Box atau biasa dipanggil ‘Tapau Putih’masih berleluasa patut kerajaan tegas utk haramkan penggunaannya.

  2. Di setengah setengah kampung kalau mahu buat kenduri, masih ada orang yang berkenduri akan menggunakan pinggan mangkuk koperasi Kampung (yang masih mengadakan rewang kenduri-tidak pakai katering)

    Dulu pinggan mangkuk semuanya kaca. Sekarang kalau pun masih mengamalkan pinggan mangkuk koperasinya ni… semua sudah bertukar kepada bekas plastik. Untuk elak pecah dan mudah angkut sebab ringan.
    Curahan rasa Usahawan Air Balang @ ..Ikut 9 Panduan Ini Supaya Jualan Bisnes Air Balang Anda Laku Keras!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!