Puan Aliah kongsikan 5 telegram bot yang kalian perlu ada

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Siapa je yang tak kenal dengan aplikasi Telegram. Sekarang ini, kebanyakan usahawan-usahawan yang berjaya mempunyai channel telegram sendiri dan pengikutnya belas ribu malah ada yang cecah ratus ribu. Betul tak?

Selain itu, aplikasi Telegram juga terkenal dengan dunia download movie secara percuma. Kau orang boleh je search channel telegram yang beri kemudahan download movie secara percuma. Cuma saya tidak tahu ianya dibenarkan ataupun tidak.

Tambahan, aplikasi telegram mempunyai kemudahan ‘Bot’. Ini ada perkongsian daripada Puan Nur Aliah Mohd Nor tentang 5 senarai telegram bot yang kau orang perlu ada.

“kali ini Lia nak kongsikan lagi 5 Telegram Bot yang korang perlu ada. Let’s do it!”

1. Waktu Solat

Setiap kali masuk waktu solat dia akan bagi reminder dan akan keluar dekat notification HP kita.

2. Tracking Number / Whatsapp / Lain-lain

Fungsinya :- Boleh check tracking number- Boleh terus whatsapp tanpa save number. Maksudnya kalau kita nak whatsapp seseorang tanpa simpan nombor dia, boleh guna pandaibot ni.- Nak cari gambar, nak main teka teki, nak dapatkan idea pickupline, semua di bot inilah! Hehe.

3. Al-Quran MP3

Islamic Quran Bot ni kita boleh pilih nak dengar suara siapa dan surah apa. Ni memang Lia wajibkan untuk ada dalam telegram kita! Bukan apa, kelebihan pakai Telegram ni kalau kita play music MP3 dalam tu dan kemudian kita keluar dari apps, music tu still play dekat HP kita. So sambil buat kerja, boleh dengar ayat-ayat Al-Quran.

4. Download video from any website

Bot ni untuk download video from any website. Bagusnya Telegram ni dia tak makan space dalam HP kita. Cuma ada 1 kekurangan iaitu kita kena tunggu another 5 minutes baru boleh download video lain pula.

5. Kesan Identiti Scammer

Haa ni best! Lepas ni boleh la buat semakan pantas nombor telefon dan akaun bank daripada kenascambot dan CCID PDRM ni. Contoh baru je terjadi semalam kes scammer guna gambar kita dan dijadikan sebagai DP kemudian whatsapp kawan-kawan kita minta duit. So sebelum buat apa-apa, tolong cek dulu nombor telefon dan nombor akaun dekat telegram bot ni tau!

How is it? Best ke best sangat? Ahah! Ada banyak lagi sebenarnya.

Kau orang yang takde aplikasi telegram boleh download di sini. Semoga bermanfaat.

Sumber: Nur Aliah Mohd Nor


Spread the love

6 Comments

  1. kemudahan yang ada, tapi tak ramai yang tahu kepentingannya termasuk saya… pernah juga ternampak ikla kat telgram tapi tak berani nak guna … takut scammer

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!