Pakar Sosial Media kongsikan cara bagaimana untuk sentiasa ada posting di sosial media walaupun ketika sibuk

Hari ini sudah 27hb Disember. Lima hari lagi menuju 2020. Kebiasaannya saya sudah susun content mapping untuk penulisan tahun hadapan.

Saya beritahu serba sedikit mengapa saya sentiasa ada posting untuk ditulis:

1. 80% posting saya adalah posting yang saya rancang.

2. Rancang bermaksud tulis lebih awal di laptop kemudian susun untuk dimuat naik di media sosial.

3. Posting cerita, educate, step by step semuanya termasuk dalam 80% tersebut.

khairul-hakimin

4. Baki 20% ialah selfie, serta hal-hal adhoc yang saya jumpa di mana-mana.

5. Mengapa saya rancang? Kerana saya sibuk bekerja menguruskan beberapa buah syarikat. Jadi saya sudah susun dan atur supaya media sosial saya sentiasa hidup.

6. Saya hanya balas komen sekiranya sempat. Tak sempat saya akan beri reaction seperti like, haha, love serta wow di komen kalian. Setiap komen, saya hargai sangat-sangat.

7. Ya, saya masih ada sekitar 200 posting di dalam bank content saya yang belum lagi dimuat naik di wall ini, juga ada lebih 40 resepi dalam simpanan. Hihi.

8. Posting saya tersusun mengikut masa.

9. Saya berpegang kepada susun atur itu lebih baik dari membantai sana sini. Sedang waktu solat pun Allah atur untuk menambah baik nilai diri, bersyukur dan berhubung dengan Allah, inikan benda yang kita nak buat dan ada kaitan dengan rezeki.

10. Semua rahsia penulisan ini bermula dari pemilihan topik sehinggalah ia jadi posting viral, saya dedahkan dalam 3 kelas sepanjang tahun ini, dan ia akan berakhir esok. Tiada lagi kelas tersebut.

tuan-khairul-hakimin

Yang ada hanya kelas apprentice bagi mereka yang benar-benar serius mahu belajar dan dalami hal ini sahaja sepanjang tahun hadapan.

Semua orang ada alasan mengapa nak guna media sosial, bermula tahun 2015, saya tekad untuk bina penulisan yang beri manfaat kepada yang membaca.

Saya bersyukur, penulisan pertama dulu tiada yang share, saya juga belajar bersyukur ada tulisan yang sentiasa dapat share ratus dan ribu pada setiap bulan.

Alhamdulillah, semoga kalian semua dapat manfaatnya.

Serta semoga hajat itu terus saya pegang selagi akaun ini wujud dan saya masih hidup.

Ingat kawan, main media sosial ini boleh jadi kebaikan, boleh jadi keburukan. Jadi gunakan sebaiknya. Bersyukur kita masih boleh gunakan medan percuma ini dengan baik. Bersyukur sungguh-sungguh, kerana boleh jadi hal-hal kecil ini adalah rahmat yang Allah beri kepada kita dalam bab rezeki yang kita makan serta berkawan dalam sedar tak sedar.

Begitulah.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”(Ibrahim: 7)

Khairul Hakimin Muhammad

Baca banyak lagi tulisan yang bagus oleh Tuan Khairul Hakimin di blog Denaihati.

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!