Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
penulisan blog sudah wujud sejak sekian lama, saban hari ada ramai blogger-blogger baru yang menceburkan diri dalam bidang penulisan ini. Ianya memang mudah untuk dimulakan, namun sekiranya kita sekadar menulis tanpa perancangan, ianya akan menjadi sekadar hobi.
Penulisan sebagai hobi
Suatu ketika dahulu, ramai yang memulakan penulisan blog ini sebagai hobi, dan apabila mereka telah menulis untuk tempoh yang lama, sedikit demi sedikit, penulisan tersebut telah bertukar menjadi sumber pendapatan mereka.
Perkara ini menyebabkan lebih ramai yang ingin menjadi blogger juga. Namun begitu, jika kita mula menulis dengan bermotivasikan duit, kita akan cenderung untuk kecundang lebih awal. Ini disebabkan proses menjana pendapatan melalui blog tidak berlaku dengan cepat.
Ianya memerlukan tempoh yang tertentu sebelum kita boleh mengutip hasil. Walaupun memang ada ramai blogger berpengalaman dapat mempercepatkan perkara ini, ianya belum tentu boleh dilakukan oleh blogger-blogger baru.
Program Elite Blogger
Program Elite Blogger ini adalah inisiatif kami di Denaihati Network Sdn Bhd untuk membantu rakan-rakan blogger meningkatkan kualiti blog masing-masing. Yuran komitmen yang dikenakan adalah untuk menilai siapa rakan blogger yang benar-benar berkeinginan untuk meningkatkan kualiti blog mereka.
Program Elite Blogger ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada rakan-rakan blogger yang telah menguruskan blog mereka sekurang-kurangnya 8 bulan dengan penulisan yang konsisten.
Akademi Denaihati menyediakan latihan demi latihan untuk peserta Elite Blogger ini. Latihan yang diberikan setakat ini semuanya percuma, mungkin juga akan ada latihan berbayar pada harga yang sangat rendah.
Kelebihan Elite Blogger
Antara kelebihan yang akan dinikmati oleh peserta Elite Blogger adalah mereka bukan sahaja akan menerima latihan percuma, mereka juga akan menerima projek berbayar daripada Denaihati Network pada kadar yang lebih tinggi daripada blogger biasa yang ditawarkan projek yang sama.
Ini berlaku apabila peserta Elite Blogger telah berjaya menulis dengan standard yang telah ditetapkan. Standard ini ditetapkan untuk memberikan impak pemasaran yang lebih baik kepada syarikat yang mendapatkan perkhidmatan pemasaran daripada Denaihati Network Sdn Bhd.
Kami mensasarkan, dengan wujudnya program Elite Blogger ini, lebih ramai blogger akan dapat menulis dengan baik dan konsisten untuk menjana pendapatan tambahan setiap bulan.
Semoga usaha yang dibuat ini, akan menyumbang kepada peningkatan industri penulisan blog tanahari insyaALLAH.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai program Elite Blogger ini, boleh buat pendaftaran di halaman berikut
51 Comments
Tempat terbaik untuk menambah ilmu pengetahuan. Kena kosongkan masa dulu demi mendalami “ilmu yang betul” di dalam berblogging.
Menarik. Baru saja berjinak-jinak dalam dunia blog. Kalau ada kesempatan nak join juga.
Bestnya program-program macam ni. Bukannya senang nak naikkan blog, kan? Moga dapat jadikan blog sebagai platform perkongsian maklumat, selain jana pendapatan juga..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Bagaimana Wanita Ini Tangani Sakit Bartholin Cyst Yang Dialaminya
Menarik program ni. Banyak kelebihannya bila dah jadi elite blogger, cuma detail masa dan tarikh atau sesi tu kalau ada jadual lagi senang.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Ni Mungkin Boleh Bantu Korang Selesaikan Masalah Berserabut Tu!
Satu jer masalah saya ni, benda benda macam ni selalunya buat di KL/Selangor, jadi susah nak ikut, tp progran ni menarik sebab terasa juga nak tahu apa ilmu yang saya masih x tahu dan perlu saya tahu
Curahan rasa Bisnes Online @ ..Sistem Online Payment Gateway Terbaik Di Malaysia
yup. betul2.. susah nak sertai program blogger sebab kebanyakkan event dan kelas berlangsung di KL
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Semak Huawei Original
siapa ada masa, better ikut.
lebih baik ada orang guide, dari tak ada.
hoho..
Curahan rasa titan @ ..9 Rules for Becoming Successful Blogger
Menarik betul program ini.. Ada syarat-syarat lain ke tuan selain dari konsisten menulis lebih dari 8 bulan? Contohnya, konten penulisan ke, jumlah visitor ke?
Curahan rasa arnie @ ..Rawatan Psoriasis Cara Alternatif Dengan Vivix
buat masa ni memang kita hanya tetapkan syarat untuk perlu ada blog selama 8 bulan atau lebih.
lain-lain keperluan buat masa ni tidak ada, ke hadapan mungkin akan diketatkan lagi syarat kemasukan
Curahan rasa Eizil @ ..Perkongsian asas penulisan blog bersama kumpulan usahawan hebat Shaklee
blogger baru kena buka mata bahawa tulis blog bukan semudah disangka. ada teknik tertentu utk dapatkan viewers tinggi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tips Bisnes Aiskrim
Program yang sangat bagus untuk semua blogger. Berminat juga untuk mengikutinya
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..3 TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG RANAU SABAH YANG WAJIB DILAWATI
Amat hebat program ini. Saya akan bersama team untuk belajar menjadi penulis. Harap diterima.
Curahan rasa Che Rizal @ ..Daun Durian Belanda 1000 kali lebih kuat Membunuh Sel Kanser Dari Kemoterapi!
Peluang untuk blogger yang rajin dan serius untuk menjana pendapatan melalui blog.
Kalau macam Mrs. A nih! hew!hew!hew! suka beralasan macam tak sessuai… sedeh!!
Curahan rasa Mrs. A @ ..Jenis Flats Pilihan Wanita
saya mau juga belajar di tempat ini …tapi sayang jarak yang jauh….
Curahan rasa OYONG ILHAM @ ..Inilah Amalan Yang Bisa Menghindarkan Siksa Kubur
Semoga tuan dapat terus mendidik anak bangsa untuk mengembangkan potensi dalam penulisan blog. Inshaa Allah disamping seronok dengan hobi boleh juga menjana pendapatan tambahan menerusi penulisan blog 🙂
Curahan rasa Ubat Kuat Lelaki Gambir Emas @ ..Gambir Emas Performance Gel 4 in 1
Menjadi hasrat hati juga nak jana income dari blog. Insyallah dengan usaha yang berterusan akan membuahkan hasil.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..58 Kelebihan Wanita Solehah Dalam Kitab Riyadus Solihin
Bagus ada kelas macam ni. Boleh belajar terus dari mereka yang tahu. Ada masa nanti nak sertai juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..58 Kelebihan Wanita Solehah Dalam Kitab Riyadus Solihin
itulah, berminat juga dengan kelas sebegini. boleh tambah ilmu dan menambah kenalan
Curahan rasa raihanah @ ..12 Suplemen Shaklee Selamat Untuk Pesakit Kanser
Comments are closed.