PM Anwar: Israel Biadab Tuduh Aktivis GSF Pengganas

Spread the love

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengecam keras tindakan Israel yang melabel aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas, menyifatkannya sebagai tuduhan biadab dan tidak berasas.

Menurut beliau, pelayaran flotilla ini adalah misi murni berteraskan kemanusiaan, membawa bekalan makanan, air, dan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin di Gaza yang terus ditekan oleh rejim Zionis.

“Itu suara siapa? Suara pengganas Israel, pengganas besar. Aktivis GSF tidak membawa senjata atau membunuh sesiapa. Mereka membawa bekalan makanan, air dan ubat-ubatan. Bagaimana mungkin mereka dilabel pengganas? Tuduhan itu amat biadab,” kata Anwar selepas solat Jumaat di Masjid Al-Khadijah, Lembah Pantai.

Kenyataan itu hadir sebagai respons terhadap Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, yang dalam satu video mendakwa aktivis GSF adalah pengganas.

Anwar menegaskan, tuduhan tersebut hanyalah usaha Israel untuk menutup kekejaman sebenar mereka terhadap rakyat Palestin serta cuba memesongkan fakta bahawa flotilla itu merupakan solidariti antarabangsa melibatkan lebih 500 aktivis dari 44 negara.

Misi GSF turut disertai tokoh-tokoh terkenal dunia serta aktivis kemanusiaan Malaysia termasuk Heliza Helmi, Zizi Kirana, Farah Lee, Ardell Aryana, dan PU Rahmat.

Kerajaan Malaysia terus menyatakan sokongan penuh kepada aktivis yang ditahan, dan pasukan guaman antarabangsa kini sedang berusaha keras memastikan pembebasan mereka.

Sumber : Astro Awani


Spread the love
author avatar
Amirul Fahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!