Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Pinjaman memang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan kita. Masuk universiti majoriti ambil pinjaman PTPTN. Bila dah abis belajar lagi banyak pinjaman yang kita buat antaranya pinjaman perniagaan, pinjaman kereta, pinjaman kooperasi, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan yang paling menakutkan pinjaman along.
Pinjaman memang dapat membantu apabila kita dalam kesusahan tetapi kalau disalah urus pinjaman akan menjadi beban yang berpanjangan sehingga tua. Ramai yang terjerat dengan pinjaman kerana tersalah perancangan akhirnya jadilah gali lubang tutup lubang. Pinjam sini untuk bayar hutang sana dan ramai juga yang terperangkap dengan status muflis.
Kebanyakan rakan-rakan yang buat pinjaman perniagaan tidak pandai menguruskan wang pinjaman yang diperolehi. Wang yang sepatutnya digunakan untuk modal perniagaan digunakan untuk membeli kereta mewah dan joli sakan sehingga projek perniagaan terbengkalai dan akhirnya menjadi beban kewangan.
Disiplin mesti ada dalam menguruskan pinjaman. Tidak kurang ramai juga yang liat sungguh nak bayar pinjaman sehingga bank dan institusi kewangan mengenakan syarat yang ketat kepada peminjam baru. Ini yang dikatakan akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Lihatlah berapa ramai bekas pelajar universiti yang gagal membayar pinjaman PTPTN sehingga kena senarai blacklist untuk keluar negara. Nak jadi penjamin pun takut sebab ramai dikalangan peminjam yang liat membayar balik pinjaman sehingga penjamin disenaraihitam.
Sabda RASULULLAH SAW yang ertinya, “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 ) dan “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” ( Riwayat Muslim, 6/38).
70 Comments
entah bila la pinjaman PTPTN nak abis…harap2 lambat2 atau cepat, semua hutang kita semua dpt dilangsaikan sebelum mati, insyaAllah…amein..
Curahan rasa atieyy @ ..Cara Mengasah Gunting Yang Tumpul
Dah jadi macam kerja untuk membayar PTPTN jer kan..
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
semua bnda atas dunia pn pinjaman jgak^^
asal jangan pinjem ke rentenir ajj,, bunga’y itu lo sakit bangt…
nak pinjam kena pinjam gan bank lah…jgn pinjam gan along..bahaya
Curahan rasa hafizal @ ..“Pesanan Korban Secara Online“ Sempena Hari Raya Korban
pinjaman kalau kepepet banget ya ngga masalah,tapi jangan ke renternir…
Curahan rasa nopha kartika @ ..APAKAH SIKSA KUBUR ITU TERUS-MENERUS?
fikir dulu sebelum buat apa apa pinjaman…sebab ianya membebankan…
Curahan rasa inspirasicyber @ ..Cara Buat Facebook
Bercakap pasal pinjam dan pinjaman ni, setiap org ada sebab yg tersendiri knp mereka meminjam. Yang penting kesedaran utk melangsaikan hutang tu. Kalau tangguh-tangguh atau tak pandai uruskan hutang, boleh lingkup jadinya.
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Dah Pindah
pinjam mesti bayar jangan tangguh2 nanti makan diri sendiri .. kadang2 walau pun tk bayar tapi hati masih juga gelisah teringatkan hutang …
Semoga kita terhindar dari pinjaman yang tidak memberi manfaat
Curahan rasa peluang bisnis online tapa ribet @ ..Investasi Emas BEP Dalam 25 Hari
Tu le.. bila pinjaman jadi banyak hati jadi gundah gelana.. memang pening kepala
Apabila dapat wang pinjaman, jadi kelam mata lalu belilah benda yang bukan bukan
nk blaja pn kne brhutang…baru nk keje hutang da keliling pinggang…haihh..ap nk jd…
Haa.. bagi mereka yang belum buat pembayaran pinjaman tu, silakan lah buat pembayaran bagi mengelakkan diblacklist keluar negara.
Wang diperlukan oleh semua orang..bila wang tidak cukup, maka mereka membuat pinjaman…
Curahan rasa KDN @ ..Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Kenapa ya, sebagian besar orang masih terus saja meminjam ? Padahal pinjaman bikin pikiran tidak tenang…
Nah, kemungkinan pinjaman dibuat untuk mebayar yuran pengajian..
Comments are closed.