Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua hari sekembali dari Kembara Musafir Europe dapat email dari Juliana, Vision Karisma untuk jadi speaker program latihan Sosial Media Network di Ancasa Allsuites Resort & SPA, Port Dickson pada 19/5/2012. Pada mulanya nak tolak sebab keletihan kembara masih belum hilang lagi tetapi tak sanggup pulak nak kecewakan harapan Vision Karisma akhirnya last minute reply email setuju untuk jadi speaker.
Aku dan kelurga sampai ke AnCasa Allsuite Resort & SPA, PD petang 18/5/2012. Segaja datang awal sebab sessi perkongsian awal pagi 8.30am jadi tak mahu lambat hadir majlis terutama sebagai speaker, disiplin kena jagalah. Pertama kali menginap di AnCasa menarik juga ada macam fasiliti dan lokasi di pinggir pantai Teluk Kemang. Sempatlah kami sekeluarga bermain ombak sambil menikmati suasana sunset yang sangat indah.
Sempat berjumpa Juliana sebelum beliau bertolak ke Penang untuk program yang lain. Terima kasihlah Juliana kerana pilih Deniahati dan terima kasih kerana sudi baca blog Denaihati. Juliana pun excited dengan kisah Kembara Musafir Europe.
Latihan Sosial Media Network yang dianjurkan oleh Vision Karisma adalah untuk staff Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Lebih kurang 25 orang staff daripada berbagai pangkat dan bahagian menyertai latihan ini. Memang bagus sangat latihan sebegini untuk memberi pendedahan dengan kepentingan sosial media terutamanya blog.
Awal-awal rasa gementar juga sebab dah bertahun tak jadi speaker tapi perlahan-lahan hilang perasaan gubra. Aku berkongsi tentang perjalanan blog Denaihati dan strategi meningkatkan prestasi blogging semuga ianya memberi faedah kepada peserta. Aku dimaklumkan 5 orang akan dipilih daripada 25 peserta untuk menguruskan blog, facebook dan twitter bos-bos Finas, siapalah yang bertuah tu.
Teruja juga sebab dapat berkongsi pentas dengan Blogger #1 Malaysia, Beautifulnara.com. Kami sering berhubung melalui twitter dan facebook tapi ini kali pertama dapat bersua muka. Abang Nara memang berhasrat sangat nak jumpa dengan aku dan Ariffshah katanya. Beliau tak dapat hadir majlis sepetang bersama blogger tempoh hari kerana ada majlis aqiqah baby baru beliau.
Ramai peserta latihan pada awalnya sangka Beautifulnara ini perempuan. Aku pun ada cerita suatu hari ketika balik dari Pekanbaru salah seorang pramugara AirAsia nama Nara, dengan sopan aku tanya samada beliau adalah Beautifulnara. Rupanya aku salah orang tapi alhamdulillah akhir berpeluang juga aku jumpa dengan the real Beautifulnara dan banyak ilmu dipelajari dari perkongsian beliau. Beautifulnara you are the best.
Terima kasih kepada Vision Karisma dan Finas yang sudi jemput Denaihati. Semuga matlamat latihan tercapai dan jangan penat untuk anjurkan latihan yang lain kerana bukan mudah untuk menukar budaya lama.
117 Comments
denaihati semakin dikenali ramai..tahniah
hoho patut la abang nara siap puji bro lagi semalam dalam twitter
rupanya dia ikut serta dalam seminar blogging ni
best lah!
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Google Update Pagerank Kedua 2012
memang best, DH ni. Dah dikenali ramai. Moga lebih dikenali nanti 😀
Curahan rasa Sya Isya @ ..GIVEAWAY DARI CIK REENA TAN
Cantiknye View di pantai tuh , tahniah denaihati semakin jauh melangkah
Curahan rasa Berita Satu @ ..Indonesian Idol 18 Mei 2012/6 Besar Dera Harus Pulang
teringin rasanya nak jumpe owner blog denaihati ni jugak. you inspired me to blog. moga2 blog saya pun boleh jadi macam denaihat jugak one day.. hehe.. selame ni lebih prefer untuk jadi silent reader je 🙂
Curahan rasa amnan @ ..wanita dan seks! Apa faktanya?
Apa lagi join lah, semua program anjuran DH
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Bunga Bunga Syurga Episode 10
Haha…sapa la yang bertuah tu dapat jaga blog,FB, twitter bos-bos finas..Jadi PA ke nanti???hahaha..Apa-apa pun tahniah denaihati…
Curahan rasa Hafizul @ ..Cara Menghilangkan Gatal Di Tapak Kaki
wah beautifulnara pun ada.hehe
Curahan rasa Ikhtiar Shah @ ..Ini Bukan Niat, Tapi Dah Tabiat
tahniah dah jadi speaker.hehe
Curahan rasa Master Zuheir @ ..Aku Moody Sebab Pendrive Aku Hilang Kali Ketiga
bro DH maju setapak lagi. bukan senang nak jadi speaker…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..WORDLESS WEDNESDAY: SELAMAT HARI GURU 2012
saya pun ingat sebelum ni yang beautifullnara ni seorang perempuan dulu..hehehe
Curahan rasa boni @ ..Lagi Serangan Anjing Liar
saya pun ingat gtu…tp skrg dah tau….
Curahan rasa Nana @ ..Lamprey, Parasit yang menakutkan
Tahniah bro DH. Lagi satu langkah bila gamaknya nak muncul di tv ?
Masuk TV lagi gempak kam 🙂
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Bunga Bunga Syurga Episode 10
mantab bang denai…
Curahan rasa penowo @ ..Tips Merawat Blackberry OS 6
Tahniah ilmu yang ada patut di kongsikan untuk kebaikan bersama.hehehe
Ilmu memang untuk di share pun
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Bunga Bunga Syurga Episode 10
Assalamualaikum….huh mesti best ni..
Curahan rasa OrangKampung @ ..Layan Koleksi ..Regatta Lepa Semporna
wah, pengalaman best,huhu. beautifulnara lelaki.huhu
Curahan rasa rozuan @ ..JANGAN JADI BLOGGER GILA FOLLOWER | MENULIS BIAR IKHLAS
Comments are closed.