Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya baru-baru ni telah berlangsung majlis pelancaran “The Influencer“, satu rancangan realiti baru yang memaparkan beberapa personaliti online paling berpengaruh di Malaysia dalam pelbagai bidang daripada gaya hidup, fesyen, kecantikan, makanan dan juga teknologi.
The Influencer merupakan idea pengasas PersonEdge Sdn Bhd, Choo Mei Sze bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lowyat MSC, Vijandren Ramadass dan dengan kerjasama Nokia Malaysia. Maka lahirlah rancangan yang bertujuan untuk membina dan menunjukkan kredibiliti serta kepentingan peranan personaliti online yang ada di Malaysia.
Siri “The Influencer” ini akan disiarkan di laman web Lowyat.TV bermula dari 6 Disember 2013 (Jumaat). Melalui rancangan ini, kita akan dapat lihat 10 personaliti online bertarung dalam 6 cabaran untuk merebut title “The Influencer” dan juga hadiah-hadiah menarik. Setiap episod akan memaparkan personaliti yang terlibat dalam cabaran yang mempunyai tema tertentu.
10 peserta yang akan bertanding dalam “The Influencer” ialah Cheeserland, Vernon Chan, Ben Ashaari, Sunshine Kelly, Rebecca Saw, Ami Schaheera, Karen Kho, Jacklyn Gan, Ah Bok dan Chriz Ooi. Ben Ashaari tak perlu diperkenalkan lagi antara Blogger Melayu yang paling terkenal. Vernon Chan dan Rebecca Saw memang biasa jumpa di berbagai majlis pelancaran produk tetapi yang lain memang tak berapa biasa sangat berjumpa.
Peserta akan menggunakan gadget baru Nokia Lumia 1520, smartphone terkini Nokia bersaiz 6-inci dengan kamera 20 Megapixel. Mereka merupakan antara orang pertama di Malaysia yang menggunakan gadget terkini Nokia Lumia 1520 bagi memperkasakan diri mereka dalam 6 cabaran berbeza yang akan mereka tempuhi iaitu teknologi, kecantikan, makanan, kesihatan, fesyen dan pelancongan. Teringat pulak ketika Denaihati bersama 7 Blogger Malaysia dan Singapore berentap untuk memperkenalkan ultrabook Toshiba pada awal 2012. Cabaran Ultrabook Toshiba 2012 yang telah memaparkan wajah sebenar Denaihati yang sebelum itu menjadi rahsia.
Rancangan “The Influencer” akan disiarkan secara online di laman web Lowyat.TV pada setiap hari Jumaat bermula 6 Disember 2013. Ingat tarikh tu! Jangan ketinggalan untuk menonton rancangan menarik ni. Rasa-rasa, siapa agaknya personaliti online yang akan dinobatkan sebagai THE INFLUENCER? Sama-sama kita tengok nanti.
2014 siapa tahu mungkin Shakiddo yang akan tersenarai … tiada yang mustahil. Pada anda siapakah personaliti online yang paling berpengaruh di Malaysia selain daripada yang tersenarai di atas?
No related posts.
91 Comments
tahniah untuk blogger Melayu paling popular..ben Ashaari.
Curahan rasa kakiblog @ ..Trend Blogwalking Semakin Menurun
semua nya hebat belaka…
Curahan rasa daddydee @ ..Kenapa nama MAH Shopz
denaihati tak dapat ke?? Bro pun pengaruh besar tu
Curahan rasa zool @ ..Senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013
saya pilih ben ashaari..mudahan-mudahan beliau menang
Curahan rasa kak baery @ ..AQEELA NURSING – rindunya anda rindu tak!!
Cool. Hope next time mampu masuk mainstream pulak
Curahan rasa Que @ ..MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 3 – WALA & BOCEY TERBAIK, SEPAHTU SPONTAN
Abg Ben menjadi taruhan…kuat betul marketing Nokia akhir-akhir ni.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Taiping: Muzium Matang / Kota Ngah Ibrahim
Nokia sekarang bawah microsoft tu yg lain macam agresif marketing diaorang.
Aku hanya kenal Ben dan Kid jer. Itu pun hanya di alam maya.
Curahan rasa hatiputera @ ..Smartphone Sales Figures Apple vs Samsung No One Else In Sight
Dalam ramai-ramai tu. Ben Ashari je yg saya kenal.. 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Kenapa JOZAN tidak sertai maharaja lawak mega 2013
Terima kasih di atas perkongsian info. . Sebelum ini ada baca info ini dekat blog broframestone.. cuma ben ashaari sahaja yang saya kenal dalam ramai-ramai blogger ni. ..
Curahan rasa anuar @ ..Akhirnya akan ku lepaskan dikau pergi buat selamanya…..
Bro Ben pastinya diharap sukses!
Lain personaliti online yg berpengaruh pastinya tuan Ilham sendiri. JustKhai, dan tak ketinggalan En Titan.
Curahan rasa hafizmd @ ..Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013
waaa kenal sesangat abang Ben ashaari hehe
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Dress Maxi Muslimah Online Malaysia | Cantik, Murah!!
Insya Allah rekan-rekan denaihati network kedepannya akan bisa menjadi berpengaruh….aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Penyebab Dan Cara Atasi Mual Muntah Hiperemesis Gravidarum
Ahhhh… ada2.. nurmisnan kot.. heheheeeee. Kidding
Semua hevo hevo.. rebecca ofcoz lah aktif dan ada
Personaliti tersendiri.. gd luck to bro ben
Curahan rasa nurmisnan @ ..Wordless Wednesday #83
Yang kutahu blog malaysia itu hanya blog ini saja
Curahan rasa Abi Bewara @ ..Aplikasi Sadap mSpy Untuk Smartphone
Bagi saya, personaliti online yang paling berpengaruh di Malaysia tiada lain yaitu DENAIHATI
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Skuad Persib Musim 2014
Comments are closed.