Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur akhirnya selesai juga urusan pemohonan online Abang untuk masuk ke Universiti Islam Madinah. Pada mulanya Abang yang baru dapat keputusan STAM 2014 memang tak berapa minat nak pergi UIM kerana ramai rakan-rakannya sambung belajar di Jordan dan Mesir. Setelah berbincang hati ke hati akhirnya Abang setuju untuk melanjutkan pelajaran ke Bumi Madinah terlebih pulak mendapat galakkan dari Ustaz Noehas.
Cara Memohon Masuk ke Universiti Islam Madinah
- Pemohonan mesti dibuat secara online di website rasmi Universiti Islam Madinah.
- Calon mesti lulus peperiksaan SPM dan sijil STAM adalah bonus.
- Dokumen kad pengelanan, surat beranak dan sijil SPM mesti diterjemah ke bahasa arab di Institut Terjemaah & Buku Malaysia beralamat di Wisma Itnm, 2, Jalan 2/27e, Taman Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. Proses penterjemahan mengambil masa 3 – 5 hari bekerja tapi kalau nak buat ekspress ada yuran tambahan yang dikenakan. Kami bayar RM250 untuk 3 dokumen. Terima kasih kepada Ustaz Syed Puad yang membantu.
- Borang pemeriksaan kesihatan perlu diambil di Kedutaan Arab Saudi Malaysia beralamat di Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemeriksaan kesihatan perlu dibuat di hospital yang disenaraikan oleh Kedutaan Arab Saudi. Kami memilih KPJ Selangor kerana ada kenalan. Pemeriksaan kesihatan mengambil masa 7 hari bekerja.
- Perlu mendapatkan dua surat sokongan (tazkiyah) daripada individu atau organisasi yang diiktiraf oleh Universiti Islam Madinah.
- Dokumen berikut mesti di scan pada format jpg dengan saiz tidak lebih 4 mb. Calon akan ada masalah untuk memuat turun dokumen seperti kami pada awalanya sekiranya dokumen menggunakan format pdf dan file melebihi size 4 mb.
- Kad pengenalan asli
- Kad pengenalan terjemahan arab
- Sijil SPM asli
- Sijil SPM terjemaah arab
- Sijil STAM asli (jika ada)
- Sijil STAM terjemaah arab (jika ada)
- Gambar berukuran passport
- Laporan kesihatan menggunakan borang yang disediakan oleh Kedutaan Arab saudi
- Surat sokongan pertama berbahasa arab
- Surat sokongan kedua berbahasa arab
- Passport calon
- Calon perlu mengisi data peribadi dan data-data lain ke dalam borang pemohonan secara online dalam bahasa arab dan muat masuk semua dokumen yang telah di scan ke dalam borang online tersebut.
- Calon akan mendapat no pemohonon 8 digit setelah semua selesai sebagai no rujukan setiap kali berurusan dengan pihak UIM.
- Calon juga dikehendaki menyerahkan no pemohonan kepada pihak hospital dimana pemeriksaan kesihatan dibuat untuk pihak hospital mengirimkan laporan kesihatan secara online ke Kedutaan Arab Saudi.
- Uruskan pertemuan dengan Sheikh Pengajian untuk interview samada di Madinah atau di Malaysia semasa lawatan beliau ke Malaysia.
- Dapatkan berita pengajian terkini melalui wakil pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah.
- Baca Maklumat dan Syarat Permohonan Belajar Di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi tulisan sahabat aku, Sheikh Mohd Danial dan Wan Muhd Usaid.
Pemohonan Abang untuk ke UIM secara online sudah diuruskan, sekarang nak kena cari informasi bila Sheikh dari UIM akan datang bercuti ke Malaysia. Biasanya ketika musim panas bulan Jun atau Julai. Terima kasih kepada semua yang membantu antaranya Ustaz Noehas, Hj Masrukhin, Ustaz Syed Puad, Eizil, Abang Fuzilan, Haji Azman, Datuk Zainal dan semua yang terlibat. Semuga ALLAH permudahkan kehidupan dunia akhirat kalian.
Doakan semua calon yang memohon ke UIM dipilih ALLAH untuk menjadi tetamu menyambung pengajian di Bumi Haramain Madinah Al Munawarah. Seterusnya menjadi pejuang-pejuang Islam yang meneruskan pengorbanan Rasulullah SAW untuk manafaat agama dunia akhirat.
50 Comments
fuhh..
bukan senang tu nak dapat.
Jadi, mudah-mudaha dapat la hendaknya dan diluluskan permohonannya ini..
Curahan rasa titan @ ..Bisnes Buat Servis memang sangat UNTUNG dan SEDAP.
Semoga berjaya dan dapat menuntut ilmu di bumi madinah. Bukan senang nak ke sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Malaysia Best Blog 2015
semoga berhasil masuk abang di Universitas Madinah dan pulang untuk menjadi dai Ahli Sunnah wal Jamaah di tanah air
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Menzhalimi Diri
Barakallah, info yang sangat menarik dan memberi pencerahan…..
Saya juga dulu ingin sekali bisa belajar di sana, semoga allah menyampaikan niat baik kita bersama….
Semoga Abang berjaya melanjutkan pelajaran di UIM dan menabur ilmu pada nusa bangsa setelah tamat pengajian
Curahan rasa emalinmohd @ ..Tips Untuk Berjaya Dalam Peperiksaan
All the best to abang. Moga dapat menimba ilmu berguna untuk dunia dan akhirat nanti.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Teknik Menghalau Hantu Raya
Alhamdulillah, semoga berjaya.. Allahumma faqqihu fid din..wa’alimhu fit takwil. Pergi dengan penuh harapan dan pulang membawa harapan untuk umat.
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Penjagaan Semasa Mengandung (Pranatal)
semoga menjadi panduan kepada anak muda yang bercita-cita nak lanjutkan pelajaran ke Madinah
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Kelebihan Menyertai Contest Bagi Blogger Baru
dengan perkongsian pengalaman ini akan dapat mencerahkan bagaimana prosedur permohonan untuk belajar di universiti islam madinah.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
Alhamdulillah, saya doakan beliau berjaya diterima. Masa sekolah menengah dulu main2, SMA dapat Jayyid, tak dapat nak masuk STAM. 🙁 Sekarang pun belum terlambat untuk kita semua menuntut ilmu.. Lagi2 masih muda ni.
Curahan rasa Rara Zack @ ..End of Semester 1!
Banyak juga prosuder nak mohon Univerisiti Islam Madinah. Ini baru pertama kali saya tahu. Terima kasih di atas perkongsian info..
Curahan rasa Anuar @ ..Iklan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam bagi tahun 2015
Beruntungnya abang ada ayah yang banyak kenalan ustaz, mudah nak minta pandangan mereka yang lebih arif kan. Selamat belajar di Universiti Islam Madinah dan semoga berbakti kepada mak ayah ok ! 🙂
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Malaysia Best Blog 2015
Inilah beruntungnya orang yang banyak kenalan macam Tuan Denaihati.. Ada masanya bantuan rakan-rakan sangat diperlukan…
Curahan rasa Anuar @ ..Iklan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam bagi tahun 2015
Alhamdulillah … ini adalah pengalaman baru buat saya mas. Dan tentunya mendapat ilmu pengetahuan juga. 🙂
Curahan rasa info-menarik.NET @ ..Cara Membuat Facebook Terbaru Tahun 2015
alhamdulillah..tahniah buat abang dari mambard…semoga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya..amin…
Curahan rasa MamaBard @ ..3 Cara Mudah Untuk Hidup Tanpa Stress
syukur alhamdulillah, pengalaman baru, ilmu baru dan yang penting ianya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
Curahan rasa ikhwan @ ..Affiliate Panduan Bisnes Baju Kurung Di Ashadee
Alhamdulillah, Mudahan dapat membantu ramai sedang pemohon atau yg sedang2 mencari maklumat cara memohon….
Curahan rasa Denaihati @ ..10 individu terkaya Malaysia 2015
Comments are closed.