Pengalaman Bermalam Di AnCasa Royale Pekan Pahang

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman bermalam di sebuah hotel yang terletak di Pekan Pahang iaitu AnCasa Royale Pekan Pahang yang bertaraf 4 bintang.

Ancasa Royale Hotel ni telah ditubuhkan sejak 2014 lagi. Hotel ini merupakan salah satu dari Ancasa Hotels dan Resort serta ia adalah rangkaian hotel milik UDA Holding Berhad (UDA).

Selain di Pekan, hotel ini turut terdapat di Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Seremban. Antaranya AnCasa Hotel Kuala Lumpur, AnCasa Residences, Port Dickson, AnCasa Express @ Pudu, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan Pahang.

Saya menginap di sini selama 3 hari 2 malam dan saya mengambil bilik Deluxe Premier Twin. Bilik yang sangat selesa dan luas dengan rekabentuk yang kontemporari. Memang terbaik untuk saya rehat selama 2 malam di sini.

Kalau selak langsir, akan nampak permandangan Sungai Pahang dan juga swimming pool di AnCasa Royale. Memang sangat cantik dan rasa macam taknak keluar dari bilik. Seperti biasa, masa check in adalah jam 2 petang dan check out jam 12 tengah hari.

Di dalam bilik juga turut dilengkapi sebuah TV LED 39 inci, tub mandi, iron, wifi, peti ais mini, Hair Dryer, pemanas air, dan yang paling menarik,ada meja untuk kita buat kerja harian kita.

Selain daripada bilik Deluxe Premier Twin, di AnCasa Royale Hotel juga mempunyai bilik lain yang lebih besar. Iaitu Family Suite, Junior Suite, Executive Suite, dan Premier Suite. Harga setiap bilik ini adalah berbeza.

Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelma, Ancasa Royale Pekan turut mengadakan buffet Ramadhan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasa hidangan berbuka puasa yang sangat sedap dan banyak pilihan.

Kalau teringin nak merasai makanan tradisional Pahang seperti Ikan Patin Masak Tempoyak dan Puding Raja, boleh dapatkan di AnCasa Royale Pekan Pahang.

Bagi sesiapa yang ingin menginap di Ancasa Royale Hotel Pekan ini boleh la menghubungi di talian tertera di bawah :


Alamat : Ancasa Royale Pekan, Pahang, No 2670, Kampung Peramu, Jalan Pekan-Kuantan
Telefon : +609-424 6600
Faks : +609-424 6700
Email : ar.reservation@ancasahotels.com
Website : http://www.ancasahotels.com


Spread the love

One Comment

  1. Wahh, Bestnya . Semoga ada rezeki kita untuk meninap di AnCasa Royale Pekan Pahang yang bertaraf 4 bintang ni .

    Boleh bawak satu family atau adakan family day dan mnginap di hotel ni .

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!