10 individu terkaya di Malaysia tahun 2020

Spread the love

Forbes Asia mengumumkan kekayaan 50 hartawan Malaysia merosot untuk tahun kedua berturut-turut berikutan ringgit yang rendah dan susut hampir 10 peratus dalam indeks saham penanda aras negara.

Nilai bersih terkumpul mereka berjumlah US$79 bilion merosot 7.0 peratus berbanding tahun lepas.

Robert kuok
  1. Tan Sri Robert Kuok berada pada kedudukan nombor satu lagi dengan nilai bersih AS$11.5 bilion, kedudukan yang dipegang selama lebih dua dekad. Kuok antara empat dalam senarai yang kekayaannya merosot lebih AS$1 bilion pada tahun lepas.
  2. Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong, yang menambah AS$300 juta dalam kekayaannya sebanyak AS$9.7 bilion.
  3. Tan Sri Ananda Krishnan dari Maxis menduduki tempat ketiga dengan nilai bersih AS$5.9 bilion, susut AS$300 juta berbanding tahun sebelumnya.
  4. Pertumbuhan yang menggalakkan di kompleks kasino NagaWorld milik hartawan kasino Tan Sri Dr Chen Lip Keong di Kemboja, membantu meningkatkan nilai bersihnya sehingga 6.0 peratus kepada AS$5.3 bilion.
  5. Pengasas Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, menyaksikan kekayaannya menerima kesan daripada cabaran dalam industri perbankan Malaysia, merosot dua anak tangga daripada No. 3 pada tahun lepas. Teh menyaksikan AS$1.85 bilion berkurangan daripada kekayaannya sejak senarai sebelum ini berikutan saham dalam Public Bank, bank kedua terbesar negara itu dari segi nilai pasaran, merosot kira-kira 30 peratus. Nilai terkini adalah AS$4.85 billion.
  6. Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng, berkongsi AS$4.8 bilion yang ditinggalkan oleh bapa mereka, Tan Sri Dr Lee Shin Cheng, arkitek empayar sawit dan hartanah IOI Corporation Bhd, yang meninggal dunia Jun lepas.
  7. Tan Sri Lim Kok Thay, AS$3.2 bilion menyaksikan kekayaan beliau merosot lebih AS$1.2 bilion.
  8. Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng, AS$3 billion.
  9. Kuan Kam Hon, yang mempunyai kawalan ke atas Hartalega Holdings, pengeluar sarung tangan getah nitril terbesar dunia. Nilai bersih beliau meningkat AS$400 juta kepada AS$2.8 bilion, daripada AS$2.4 bilion pada tahun lepas.
  10. Lau Cho Kun dari Hap Seng, AS$2.3 bilion menyaksikan kekayaan beliau merosot lebih AS$1.1 bilion.

Secara keseluruhannya, seramai 22 dalam senarai itu mencatatkan kemerosotan dari segi nilai bersih mereka berbanding tahun lepas, bagaimanapun jumlah sama lebih baik.

Jutawan lain yang menyaksikan kekayaan mereka merosot termasuklah Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yang mengekalkan kedudukannya di tempat ke-13 walaupun kekayaan merosot US$300 juta kepada US$1.4 bilion.


Spread the love

2 Comments

  1. perkara biasa naik dan turun..

    mana yang kekal dalam ranking memang terbaik..

    kaya dan terus kaya..

    semoga kita semua kaya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!