Hanya jadi dropship dan ejen produk orang, kisah wanita ini buat jualan RM1,000,000 setahun!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam dunia ni, siapa yang tak nak duit yang banyak? Jika tak, macam mana ada yang tertipu ratusan hingga juta ringgit angkara scam, MLM atau skim penipuan lain, segalanya kerana mengejar wang secara mudah tanpa perlu bekerja keras. Tak kurang juga yang terlibat dengan skandal pengubahan wang haram untuk hidup senang.

Tapi kali ini kita kongsikan tentang bagaimana nak dapat duit 7 angka melalui cara bekerja secara atas talian dengan sistematik. Perkongsian ini membuatkan ramai yang terpaku dan membuatkan sudah ramai yang mula mengikutinya.

Bagaimana Puan F berjaya buat jualan RM1,000,000 setahun hanya menjadi dropship, ejen, pengedar produk orang?

  • Beliau setkan WAJIB dapat jualan minima RM2,740 sehari.

RM2,740 x 365 hari setahun = RM1,000,100.

  • Beliau susun content. Ini yang beliau buat:

Isnin: Family, Iklan periuk, family.
Selasa: Masak, iklan ebook, family.
Rabu: anak, iklan produk, renungan, iklan kosmetik, anak.
Khamis: family, iklan periuk, family.
Jumaat: masak, iklan ebook, family.
Sabtu: masak, iklan periuk, makan luar.
Ahad: masak, iklan produk, iklan kosmetik, jalan-jalan.

  • Beliau berjaya memiliki 9,127 follower selepas 6 bulan hadir kelas saya pada bulan Mac tahun lepas. Kini follower beliau hampir 15,000 orang. Dan beliau terus susun semuanya dengan cukup berstrategi.
  • Hampir semua postingnya adalah #posting tersusun. Iaitu beliau tulis dahulu di Ms Word kemudian hanya susun ikut timing yang beliau kehendaki. Ia kerana beliau perlu urus anak, makan minum, kemas sana sini di dalam rumah.
  • Beliau sentiasa hadir kelas online saya untuk tambah dan terus baiki mana yang silap. Hanya sekali hadir masterclass di Bangi. Setiap kali live, beliau memang akan bertanya banyak perkara.

Hari ini, jualan beliau sudah mencecah RM1,000,000. Dan saya bangga dengan beliau. Katanya, purata keuntungan bersih ialah 28%.

Bermaksud setahun beliau dapat cash sebanyak RM280,000.

Itu kalau dibahagikan dengan 12 bulan, ianya berjumlah RM23,333 sebulan. Mungkin lebih tinggi dari gaji seorang pengurus.

Kawan-kawan,

Allah bantu orang yang berusaha. Beliau ini antara contoh besar orang yang fokus dan buat betul-betul di media sosial.

Ada orang main-main dan tak peduli sangat. Beliau, buat sampai jadi dan akhirnya berjaya. Alhamdulillah.

Tahniah Puan F. Dan terima kasih beri keizinan untuk saya tulis di sini. Nak reveal siapa dia, bahaya. Nanti ada lembaga kejar. Haha. Begitulah kisah pagi ini. Semoga memberi inspirasi.

Khairul Hakimin Muhammad


Spread the love

4 Comments

  1. Terbaik puan F.. teringin gak nak tengok FB beliau, tapi takut lembaga kejar plak. Kalaulah lembaga itu LHDN, sepatutnya tak perlu takut..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!