Assalamualaikum dan salam sejahtera,
masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Majlis tahun kelima buat Sepetang Bersama Blogger yang menjadi himpunan rakan penulis blog dan juga aktivis sosial media. Pada tahun 2012 dan 2013, ia berlangsung di Hotel Singgahsana manakala tahun 2014 berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Untuk tahun lepas di mana SBB2015 dilaksanakan di Putrajaya Ekstreme Park dan aktiviti outdoor telah dijalankan.
Sambutan setiap tahun untuk program Sepetang Bersama Blogger ini tidak mengecewakan. Ratusan penulis blog berhimpun di bawah satu bumbung untuk mendengar perkongsian hebat dari mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Pada tahun 2016 ini, majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) akan diadakan :
Tarikh: 16.4.16 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Campbell Complex, Kuala Lumpur
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Pendaftaran telah dibuka dan rebutlah peluang ini untuk daftar segera dengan yuran promosi RM30 seorang dan nantikan berita-berita terkini di blog denaihati.com ini. Selain perkongsian ‘mini forum’, sudah tentu ada cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh ratusan orang pada majlis ini. Di samping itu juga, rebut peluang untuk membuat jaringan bersama rakan-rakan yang lain dan barisan penaja yang hebat!
Syukur alhamdulillah, pelbagai syarikat besar dan kecil sudi untuk berganding bahu menjadi penaja majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 ini. Kesemua penaja ini ingin berjumpa dengan anda dan ratusa penulis blog yang lain pada hari tersebut. Jutaan terima kasih kepada semua penaja bersama iaitu:
- Multimedia Development Corporation (MDEC) – Penaja Utama
- Amna Home
- Richworks Academy
- Jopana
- Oceanlife Marketing (Ephyra)
- Zeeta Magis Aura Mawar
- Aleeya’s Kitchen
- Les Copaque Production (Upin & Ipin)
- Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
- Yeos Malaysia
- eQurban
- Jemaah Bisnis Denaihati
- Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
- Firdaus Azizi Training & Consultancy
- AE Consultancy Services
- PenMerah Network
- Sohaini Cookies
- Jus Bob Nanas
- CVS Production
- Kotak Lensa
- Jam Tawaf Denaihati
Penaja utama telah dikemaskinikan iaitu Multimedia Development Corporation (MDEC). Sesuatu yang amat istimewa untuk jaringan penulis blog dan aktivis sosial media yang ingin mencari dan menjana pendapatan dari blog. Kepada semua rakan blogger dan aktivis sosial media, cepat-cepat daftar di laman http://sbb.my
Jika mengikut pengalaman lalu, apabila kuota pendaftaran telah ditutup maka tiada apa yang dapat kami lakukan. Kerana pada tahun ini, himpunan 500 orang di Sepetang Bersama Blogger 2016 akan berlangsung dan ia sesuatu yang perlu direbut secepatnya.
Jom, ajak semua rakan-rakan untuk DAFTAR SBB2016
147 Comments
saya dah…anda bila lagi? hehehehe…
P/S Kid…jgn lupa ahli mak jemah tau …
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Projek Bawa Bekal – Januari
Tahniah dah join… Saya belum lagi untuk SBB kali ni… Harap ada lagi tahun depan…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
murahnya yuran tahu ni. mesti banyak aktiviti. ada treasure hunt tak tahun ni?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Diskaun 90% Sempena Birthday LAZADA
sebelum ni pun RM30 je. Nanti akan keluar harga asal RM50. Tahun ni indoor. jom laaaa mek datang! =)
Curahan rasa KiD @ ..Seminar Evo Wang 2016
ooo Macam tu… Harga akan dinaikkan ke RM50 pula lepas ni… Kalau macam tu seloklah daftar awal..
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
dah daftar..hotel pun dah booking..nak gi beli tiket ETS je jap lagi ni 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Blog Ke Majalah Online?
Terbaik lah bro, segala2nya dah di settlekan awal-awal, so nanti takder lah kelam kabut kan.
Curahan rasa Supernifz @ ..Kelebihan Minum Air Kosong
Perghhh… Memang pantas tuan Reezluv… harap boleh menang hadiah cabutan bertuah untuk kali ni… Untuk tahun depan, bagi peluang pada saya pula… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
tak sabar nak tahu apa hadiah SBB tahun ni. adakah hoverboard? adakah apple watch
Curahan rasa nikkhazami @ ..Diskaun 90% Sempena Birthday LAZADA
Kompem hadiahnya yang hebat-hebat tuh yang team DH akan sediakan nanti tuh.
Curahan rasa Supernifz @ ..Kelebihan Minum Air Kosong
keladi akan join..tak sabar rasanya, tapi nak tahu aturcara majlis……
Curahan rasa keladi @ ..Sepetang Bersama Blogger 2016
Seronoknya keladi dapat join, semoga bergumbira lah di acara tuh nanti yer.
Curahan rasa Supernifz @ ..Kelebihan Minum Air Kosong
Bagus nak join sepetang bersama blogger. Banyak boleh belajar jika hadir ke acara macam ni, pasti meriah sambutannya nanti. Ada kelapanan pada tarikh ni nak juga join rasanya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..5 Sebab Kenapa Balik Kampung Masa Cuti Sekolah
keladi baru sempat berblogwalking dan terjumpa iklan ini…tahun pertama berada di dunia blog, dan wajib hadir ke acara ini.
Curahan rasa keladi @ ..5 Strategi pemasaran untuk bisnes online
Betul tu. Banyak boleh belajar jika kita libatkan diri dala acara sebegini. Boleh berkenalan juga dengan blogger lain.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Rakaman KHUTBAH KHAS GERHANA MATAHARI-Masjid Negara
Wowwwww bestnya kalau dapt ikut serta, saya amat berminat dengan blogger-blogger hebat. Mereka adalah idola saya….kalau free nanti pasti saya sampai..tkasih info….sbagai ucapan t.kasih sya dh hadiahkan 1 klik utk tuan
Curahan rasa Aree @ ..Peluang The Gunners Cerah
Pasti kena datang. Ada sedikit bayaran dikenakan. Bila ada bayaran macam ni nampak sedikit kesungguhan nak datang. Jika free nanti lain pula jadinya. Takut nanti kata nak datang tapi tak datang. Kasihan pula kat team DH nak buat persiapan dan macam-macam lagi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..5 Sebab Kenapa Balik Kampung Masa Cuti Sekolah
Yang belum daftar, ayo daftar! Nanti keburu habis kuotanya…Dijamin meriah acaranya, banyak ilmu dan peluang bisnisnya…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Baju Style Hijab Karya Desainer Ternama Hadir di Fashion Show Hijab
Tak sabar nak join, tahun lepas tal dapat hadir sebab ada urusan keluarga yang lebih utama.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kejayaan dalam Bidang Akademik Penting, Namun…..
Pasti (cabutan bertuah) Sepetang Bersama Blogger 2016 lebih hebat dari tahun-tahun terdahulu 🙂
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Soalan Percubaan SPM SBP Dan MRSM
Haha, bab cabutan bertuah juga sesuatu yang dinanti-nantikan. Kalau menang dah kira memang bertuah!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kejayaan dalam Bidang Akademik Penting, Namun…..
Assalammualaikum.. bro denaihati,
best majlis sepetang bersama blogger 2016 nie… mesti ramai blogger2 hebat di majlis nie nanti.
mselim3
Curahan rasa mselim3 @ ..Kesetiaan Isteri Seorang Pejuang Fi Sabilillah
Menarik ni… In Shaa Allah, kalau ada kelapangan pada tarikh tersebut, boleh join…
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid Luar Biasa di Kuala Kangsar dan KL
gud luck.. seronoknya dapat berkenalan dengan lebih ramai blogger tersohor… hajat tu mmg teringin tp weekend kami terisi dengan pertemuan 4 mata bersama2 anak didik tercinta..
sePETANG atau seHARI, bai? Acah je… lol!
Wa dah daftar 😀
Haha, kena tukar pada sepagi & sepetang nampaknya. Kalau sehari kena sampai malam kan?
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kejayaan dalam Bidang Akademik Penting, Namun…..
Sehari – siang.
Semalam – malam.
Sehari semalam = 24 jam.
Lol.
Apa2 jelah, janji kita berjumpa muhibah 😀
Curahan rasa mal berkat @ ..Naik pesawat bukan perlu ada TRAVEL insurance je TAPI cekap guna RA gak
Comments are closed.