Assalamualaikum dan salam sejahtera,
masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Majlis tahun kelima buat Sepetang Bersama Blogger yang menjadi himpunan rakan penulis blog dan juga aktivis sosial media. Pada tahun 2012 dan 2013, ia berlangsung di Hotel Singgahsana manakala tahun 2014 berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Untuk tahun lepas di mana SBB2015 dilaksanakan di Putrajaya Ekstreme Park dan aktiviti outdoor telah dijalankan.
Sambutan setiap tahun untuk program Sepetang Bersama Blogger ini tidak mengecewakan. Ratusan penulis blog berhimpun di bawah satu bumbung untuk mendengar perkongsian hebat dari mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Pada tahun 2016 ini, majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) akan diadakan :
Tarikh: 16.4.16 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Campbell Complex, Kuala Lumpur
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Pendaftaran telah dibuka dan rebutlah peluang ini untuk daftar segera dengan yuran promosi RM30 seorang dan nantikan berita-berita terkini di blog denaihati.com ini. Selain perkongsian ‘mini forum’, sudah tentu ada cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh ratusan orang pada majlis ini. Di samping itu juga, rebut peluang untuk membuat jaringan bersama rakan-rakan yang lain dan barisan penaja yang hebat!
Syukur alhamdulillah, pelbagai syarikat besar dan kecil sudi untuk berganding bahu menjadi penaja majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 ini. Kesemua penaja ini ingin berjumpa dengan anda dan ratusa penulis blog yang lain pada hari tersebut. Jutaan terima kasih kepada semua penaja bersama iaitu:
- Multimedia Development Corporation (MDEC) – Penaja Utama
- Amna Home
- Richworks Academy
- Jopana
- Oceanlife Marketing (Ephyra)
- Zeeta Magis Aura Mawar
- Aleeya’s Kitchen
- Les Copaque Production (Upin & Ipin)
- Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
- Yeos Malaysia
- eQurban
- Jemaah Bisnis Denaihati
- Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
- Firdaus Azizi Training & Consultancy
- AE Consultancy Services
- PenMerah Network
- Sohaini Cookies
- Jus Bob Nanas
- CVS Production
- Kotak Lensa
- Jam Tawaf Denaihati
Penaja utama telah dikemaskinikan iaitu Multimedia Development Corporation (MDEC). Sesuatu yang amat istimewa untuk jaringan penulis blog dan aktivis sosial media yang ingin mencari dan menjana pendapatan dari blog. Kepada semua rakan blogger dan aktivis sosial media, cepat-cepat daftar di laman http://sbb.my
Jika mengikut pengalaman lalu, apabila kuota pendaftaran telah ditutup maka tiada apa yang dapat kami lakukan. Kerana pada tahun ini, himpunan 500 orang di Sepetang Bersama Blogger 2016 akan berlangsung dan ia sesuatu yang perlu direbut secepatnya.
Jom, ajak semua rakan-rakan untuk DAFTAR SBB2016
147 Comments
inilah peluang terbaik untuk berjumpa rakan-rakan blogger sambil bertukar pendapat dan pandangan masing-masing..
Curahan rasa Hanafi Abdullah @ ..Bongkar Rahsia Dekorasi Bajet Raya 2016
Betul tu. Inilah masanya nak berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan blogger hebat di tanah air kita. Pasti banyak ilmu yang akan di perolehi nanti.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tudung Cantik Untuk Si Comel
Banyak manfaatnya jika menyertai acara blogger berkumpul macam ni. Di samping tambah ilmu. Dapat juga bekenalan dengan rakan blogger yang lain.
Curahan rasa OhPanduan @ ..9 Petua Hilangkan Masalah Bau Ketiak
Ya betul… sebelum ini kita mengenali rakan blogger secara online sahaja… inilah masa terbaik untuk berkenalan secara face to face..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
peluang menarik untuk blogger jangan lepaskan peluang ini. salam kenal dari selatan
Curahan rasa MDHAFiZ.NET @ ..Google Adsense Yang Suram
Betul tu. Peluang baik macam ni jagan dilepaskan. Banyak boleh dapat ilmu jika hadir SSB macam ni. Penaja pun semua hebat-hebat.
Curahan rasa OhPanduan @ ..9 Petua Hilangkan Masalah Bau Ketiak
kalau tinggal kat KL senang skit nak pegi. dok negeri lain ni susah sikit.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Buat Duit dengan Blog
Bagi yang tinggal di luar Kuala Lumpur agak menjadi masalah sikit. Tapi tak apa, jika nak pergi juga boleh diusahakan. Nak tambah ilmu, jauh pun boleh jika ada kelapangan waktu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tudung Cantik Untuk Si Comel
agak agak apa la hadiah cabutan bertuah SBB tahun ni… adakah iphone 6s? hoverboard?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Diskaun 90% Sempena Birthday LAZADA
tak tahu dapat pegi ke tidak lagi tahun nih.
jauh benar kali nih.
kalau kat banting dulu, dekat la jugak.
huuhu..
Curahan rasa titan @ ..10 barang pilihan SAYA Sempena Lazada Malaysia 4th Birthday Sale
Jika jauh jenuh juga nak pergi kan. Tapi jika ada kerja belah KL masa tu, ada masa ok boleh nak pergi. Saya pun masih berfikir lagi. Sama ada nak pergi atau tak.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Bayaran Empat Kali Ganda
Alamak… Cikgu Titan pun tak dapat join ker? Pasti ramai yang kecewa sebab tak dapat nak berkenalan dengan Cikgu Titan….
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Rasa macam nak join… Tapi tengah fikir lagi… Harap saya free masa tu…
Curahan rasa Anuar @ ..Renovate Rumah Subsale Corner Lot RM140K untuk dijadikan homestay
Betul tu tuan Anuar. Rasa macam nak pergi juga jika dapat. Tapi kadang-kadang bila sampai masa ada aje hal yang perlu diselesaikan. Memang best dapat pergi jumpa kawan-kawan blogger.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Bayaran Empat Kali Ganda
Memang menarik kali ni. Bro Adi Putra pun ada tu jadi penaja. Bukan mudah nak dapat peluang macam ni. Dapat jumpa Adi Putra nanti.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Bayaran Empat Kali Ganda
Dapat peluang jumpa Adi Putra… Berita baik ni… Tapi sayangnya masa tak mengizinkan..
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Aktiviti macam ni memang bagus jika blogger nak sertai. Boleh tambah banyak ilmu dan bersemuka terus dengan rakan-rakan blogger.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Bayaran Empat Kali Ganda
Ya betul…. Banyak pengalaman dan ilmu berharga yang dapat ditimba di SBB… Kalau tak percaya, cubalah join…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Insya Allah pada tahun ini akan turut serta dalam SBB 2016 🙂
Semoga di permudahkan urusan nak pergi SBB 2016 nanti tuan. Menarik tahun ni SBB. Lagi meriah.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Bayaran Empat Kali Ganda
Wah.. kompem havoc punya acara nih. Tahun2 sebeblum nih pun sakan nengoknya.
Curahan rasa Supernifz @ ..Kelebihan Minum Air Kosong
Bila tengok barisan penaja ni memang akan havoc nanti. Kita sama-sama tunggu acaranya nanti. Blogger yang ada kelapangan masa boleh daftar cepat-cepat sebelum penuh.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Bayaran Empat Kali Ganda
Semoga majlis berjalan lancar. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam cabutan bertuah
Curahan rasa Idea Berita @ ..Jadual Perlawanan JDT Bulan April 2016
harapnya macam tu lah…. Dan pastinya di facebook nanti, ramai blogger akan berkongsi pengalaman menghadiri SBB 2016…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
mantap la! datang tunjuk muka kat meja pendaftaran nanti hehehe
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..4 Aksesori Kamera GoPro Untuk Beginner
Seronoknya lah kalau dapat join nih, boleh kenal bloger2 yang hebat-hebat abad ini.
Curahan rasa Supernifz @ ..Kelebihan Minum Air Kosong
tak pernah lagi join event macam ini, memang best ek? what to expect ya? boleh sesiapa share?
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Pengedar Shaklee Setapak, Kuala Lumpur dan Wangsa Maju
bertambah meriah dunia dan komuniti bloggers dengan event seperti nie. selalu bertegur sapa di alam maya je kan. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pengalaman Hadapi Gempa Bumi Tohoku Jepun dan Tsunami 11 Mac 2011
oo dari segi network la ye, minat juga tu. nanti nak registerlah
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Berpantang Makan Di Kalangan Ibu Menyusu
insyaALlah saya akan hadir, semoga dipermudahkan urusan tatkala event itu nanti
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..ESP Shaklee Untuk Ibu Menyusu
Comments are closed.