Penafian Arlene Tan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu panas Makcik Hajjah Sitt AlWuzara semakin panas menjadi viral pantas sehingga menjadi top 10 carian di Google. Kemarahan umat Islam dengan penghinaan Islam oleh Makcik Hajjah Sitt AlWuzara  menyebabkan pendedahan ini sangat dinanti. Terkini keluar penafian Arlene Tan bahawa dia bukanlah Makcik Hajjah Sitt AlWuzara seperi didedahkan secara teknikal oleh GaySec.

Sumber Beta.my : “I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment.”

Banyak perkara yang pelik antaranya Kumpulan Murtads Malaysia dan Singapore begitu marah dengan pendedahan GaySec dan menyokong Arlene Tan untuk membuat report polis. Pasti mereka ini tahu siapa sebenarnya Makcik Hajjah Sitt AlWuzara kalau pun bukan Arlene Tan.

Bagus juga Arlene Tan buat report Polis kerana memudahkan Polis membuat siasatan samada GaySec yang salah atau Arlene Tan yang betul. Pasti semua pendedahan teknikal oleh GaySec akan dijadikan bukti. Umat Islam Malaysia inginkan jawaban siapa sebenarnya Makcik Hajjah Sitt AlWuzara yang sungguh kurang ajar menghina Islam.

Peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada manusia yang suka menghina Islam bahawa mereka tidak boleh hanya berlindung disebalik Blog, Twitter dan Facebook kerana ada cara untuk mengesan walaupun dimana bersembunyi. Semuga kebenaran akan menjadi kenyataan dan mereka yang menghina Islam dikenakan tindakan.

Kisah pendedahan Makcik Hajjah Sitt AlWuzara @ Pendedahan GaySec.

Marilah kita semua berdoa dan solat hajat semuga ALLAH SWT memberi pertunjuk.


Spread the love

72 Comments

  1. korang salah org lah beb, fitnah tu beb tuduh org yang tak salah, free free je dapat dosa org berzina berkali ganda.

    https://www.facebook.com/topic.php?uid=22863906024&topic=9628&perpage=30&post_index=31&start=-1&post_id=68858&hash=ff92abd95587bbc59795b2575593440e

    tengok balik thread atas tu, yg mana jadi asas penuduhan gaysec pada arlene sebelum diorg sebuk cari proxy mana makcik hajja tu guna utk online.

    logik nya kalau kita balas komen org kita takkan panggil nama yg salah, kalau azwan ismail sebut sitt al wuzara, mestilah dia reply pada sitt al wuzara bukan arlene.

    atas pos arlene ada satu pos dah di delete (kemungkinan sitt al wuzara),
    lepas tu pos arlene,
    lepas tu azwan ismail komen mention nama sitt al wuzara) – kemungkinan balas poss sitt al wuzara
    lepas tu bawah pos azwan ismail (ada pos di delete – kemungkinan Sitt al wuzara balas komen/pos azwan ismail)

    lagipun bila dia berani buat laporan polis, for sure dia tak bersalah, polis boleh je selongkar laptop dia buat siasatan, kenapa dia nak menyerah ke polis, berani kerana benar kan, dia brani buat laporan polis sbb dia tak bersalah.

    walaupun aku tak sokong dia nak jadi atheist ke tapi, kita pun salah jugak kalau kita ditnah org, aibkan org, silap silap dia kata org yg dianiaya, doanya termakbul, ha siap sedia la korang yg menganiaya dan memalukan org, kira nbila dah tersebar mcm ni, kira dah busuk juga la nama si arlene ni sampai benda ni settle dan aku yakin akhirnya bukan dia sitt al wuzara tu.

  2. Saya masih percaya Arlene Tan ada kaitan dengan MHSAW, sekurang-kurangnya (kalau betul bukan dialah) dia tahu identiti sebenar MHSAW. Nak percaya sangat pun tak boleh, sebab MHSAW ini adalah seorang pathological liar jadi kalau penafian dibuat sekalipun macamana kita nak percaya MHSAW?

    Apapun kita tunggu Part 3 drp GaySec, mungkin ini boleh menjawab persoalan di atas.
    Curahan rasa menj @ ..Pendedahan: Identiti “Hajjah Sitt Al-Wuzara” terbongkar!My Profile

  3. ssuke hati je kau tuduh saudara aku jadi MAKCIK tu.. ntah2 makcik sbenar dah nak kantoi! pastu arlin dijadikn mangsa fitnah.. tekejut gak dgr berita nie…

  4. elok kalau menjadi kes polis, biar polis siasat sipa benar siapa salah – kalau tak salah buat apa nak takut…tp kalau dia bersalah aku harap kerajaan ambil tindakan sewajarnya. biar jadi pengajaran kepada yang lain
    Curahan rasa neo @ ..Penulisan WebMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!