Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini ingin dikongsikan kisah seorang insan biasa tetapi sangat istimewa. Beliau dilahirkan seperti kanak-kanak normal yang lain, namun ketetapan Allah mengubah segalannya. Mesra dengan panggilan Nizam , seluruh tubuh dan kakinya lumpuh. Hanya berbekalkan tiga jari kanan yang boleh bergerak, Nizam tekad membantu keluarganya. Bermula dengan menjual kad nilai tambah prabayar dan minyak wangi dalam talian, ia menjadi pencetus untuk menghasilkan minyak wangi sendiri.
Nizam masih ingat ibunya iaitu Puan Norizan sanggup bersusah payah menjual sate untuk mencukupkan belanja harian keluarga. Namun, sebagai anak sulung, beliau merasa bertanggungjawab untuk membuat sesuatu yang terbaik bagi keluarga mereka.
Nizam seorang yang istimewa. Kerusi roda menjadi teman setianya. Persekolahan beliau terhenti dipertengahan jalan, namun ia bukan menjadi penghalang Nizam untuk merealisasikan impiannya. Beliau ingin menjadi seorang insan yang berjaya, hatinya cukup cekal. Diceritakan dahulu telefon bimbitnya juga pernah dicuri oleh pelanggan yang tidak berhati perut semasa berniaga kad tambah prabayar.
Nizam masih cekal.
Beliau nekad ingin mengubah hidupnya dengan bergelumang dalam bisnis online. Nizam pernah menyertai pertandingan seperti Fulus Mania dan beberapa pertandingan lain. Semangatnya tidak pernah pudar, beliau melibatkan diri dengan perniagaan online eBay dan yang berkonsepkan dropship.
Berbekalkan RM6000, beliau dan ibunya bertekad untuk memulakan perniagaan menjual minyak wangi gred AAA yang dijual melalui atas talian. Bagai sudah dijanjikan rezekinya, jualan hari pertama mencecah RM800 dan permintaan pelanggan yang tidak menang tangan membuahkan hasil pabila satu ketika pernah mencecah sehingga RM400,000 sebulan!
Sewaktu perniagaan sedang memuncak, berlaku sesuatu yang cukup mendukacitakan. Stok barangan berharga ratusan ribu dirampas oleh pihak berkuasa dan waktu itulah juga ia perlu dihantar kepada pelanggan. Nizam dan ibunya pasrah dan redha apa yang berlaku.
Disebabkan peristiwa itulah, Nizam mula memikirkan untuk menghasilkan minyak wanginya sendiri. Beliau yang sudah lima tahun bergelumang dalam minyak wangi telah membuat kajian untuk minyak wangi yang bakal digilai ramai. Dan selepas itu, terhasillah DEWAMOR yang menggabungkan dua nama iaitu Dew bermaksud embun dan Amor bermaksud rasa cinta dari bahasa Itali.
Gabungan pati haruman ros dan blossom menjadi intipati utama Dewamor. Serapan keunikan bauan vanilla, straberi, paraline, musk dan amber cukup membuatkan minyak wangi ini bakal menjadi igauan wanita. Warna pink atau merah samar dipilih menjadikan Dewamor menjadi sesuatu yang indah buat si pemakainya.
Di majlis pelancaran Dewamor Perfume Signature by Nizam ini juga telah dimulakan dengan perkongsian kisah daripada Dato Ab Roslan Hamid yang menjadi mentor kepada Nizam. Semangat dan kata-kata motivasi telah diserapkan dalam jiwa Nizam untuk terus menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Tiada yang mustahil berlaku, pokok pangkalnya perlu berusaha dengan gigih tanpa jemu. Sasaran 10,000 botol sebulan untuk pasaran seluruh negara dan dijangkakan memasuki pasaran lebih 42 negara termasuk Asia Tenggara.
Semoga adik Nizam terus sukses dunia dan akhirat!
Bagi yang ingin lebih maklumat lanjut, boleh dapatkannya di :
57 Comments
Hebat!!! Salut dan Jempol dua buat Nizam. Sahabat, lihatlah keAgungan Tuhan, Dia begitu adil dalam menata ciptaanya, Nizam dengan kekurangannya tetapi dia mampu meraih kemenangan dan kesuksesan melebihi kita orang yang lebih sempurna secara fisik. Semoga semakin sukses. Amin
Curahan rasa Health Media @ ..8 Tanaman obat herbal anti hipertensi
Salute dengan saudara Nizam nie. First time dengar kisah tentang dia masa program IMKK tapi tak tahu lagi apa produk dia masa tue.. Tahniah! Tahniah!
By the way, packaging perfume nya memang memukau sangat, no wonder ramai wanita yang suka..
Curahan rasa arnie @ ..Khasiat Air Kelapa Muda
Jika ke wesite yang ada dalam blog DH. Macam-macam minyak wangi yang boleh kita lihat dan pilih. Boleh terjah FB dan IG tersebut juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tudung Cantik Untuk Si Comel
Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari kisah saudara Nizam ni. Apa yang penting kena rajin berusaha dan jagan putus asa. Kejayaan pasti akan datang menjelma dengan usaha yang berterusan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tudung Cantik Untuk Si Comel
Jutaan tahniah buat saudara Nizam kerana berjaya membuktikan usaha dan terus berusaha sehingga terhasilnya produk minyak wangi ini
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Cuti Dah Habis Bro 4
Bersemangat saudara Nizam buat bisnes sehingga boleh berjaya ke tahap ini. Usaha tangga kejayaan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tudung Cantik Untuk Si Comel
Sesuatu yang boleh dijadikan motivasi buat mereka yang selama ini rasa susah sangat nak survive.
Suka minyak wangi. Minyak wangi dan wanita tak boleh nak dipisahkan hihi
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Apa Nak Buat Bila Ular Masuk Rumah? Tips Bertenang dan Jangan Panik
Betul tu Bro HH. Tak ada kejayaan yang boleh dicapai tanpa usaha yang berterusan. Tahniah buat saudara Nizam.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tudung Cantik Untuk Si Comel
wah.. terbaik dan boleh dijadikan sumber inspirasi.
kalau orang yang kurang sempurna pun boleh berjaya apatah lagi kitakan
Pernah terbaca kisah saudara nizam ni dulu. Kagum betul dengan pencapaian dia. Kalau ada usaha, inshaAllah dipermudahkan jalan oleh Dia.
kecekalan dna semangat beliau memang sangat menginspirasikan.. moga saya pun dapat mencontohinya..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Tips Cegah Strok Haba
OKU pun boleh buat bisnes, yang penting kena rajin berusaha. Orang disekeliling pun kena bantu dan support mereka.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Betul, usaha tangga kejayaan. Yang penting kita rajin dan sanggup berusaha. Amin
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Apa Nak Buat Bila Ular Masuk Rumah? Tips Bertenang dan Jangan Panik
Hebat adik Nizam ni, tak semua orang mampu cekal dan berjaya hingga ke tahap ini, tahniah!
Memang kuat semangat adik Nizam ni untuk berjaya dalam perniagaan. Insya Allah ia memberikan inspirasi keada mereka yang memberikan seribu alasan untuk berniaga.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
cantk packaging perfume tu.. nampak mahal. good luck, tak semua org cekal mcm ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Buat Duit dengan Blog
Hebatnya, orang normal ramai yg x mampu n x setabah beliau… org normal hanya mampu beri 1001 alasan utk menutup kekurangan diri, namun org yg serba kekurangan ni menonjolkan kelebihan yg ada , yg membuatkan semua orang iri!
Curahan rasa Kak iza @ ..1 Gram Emas = 1 Bulan = 1 Famili (sticky post, scroll untuk entri lagi best!)
tahniah buat Nizam kerana kecekalan beliau terhasil akhirnya minya wangi jenama sendiri.. tahniah sekali lagi..
Dengan mentor yang betul, Insya Allah mereka boleh mencipta kejayaan .
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Cekal betul Enck Nizam ni. Walaupun keadaanya macam tu masih kuat berusaha untuk memajukan diri. Orang yang sempurna kena ambil iktibar dari perkongsian kisah ni. Tak ada yang mustahil jika kita rajin berusaha.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..5 Sebab Kenapa Balik Kampung Masa Cuti Sekolah
hebat..sungguh hebat..siapa sangka, dengan masalah yang dihadapi menjadikan beliau kuat dan berjaya. hebat! jangan pernah putus semangat dan berusaha hingga berjaya!
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..8 perkara penting sebelum membeli kasut!
Betul tu. Jika ada usaha dan semangat yang tak pernah mengalah macam ni. Insyallla boleh berjaya macam Encik Nizam ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..5 Sebab Kenapa Balik Kampung Masa Cuti Sekolah
Comments are closed.