Pelajar KUIS keracunan makanan

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sejumlah 394 pelajar baru Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) didapati mengalami keracunan makanan selepas memakan hidangan yang disediakan semasa program orientasi yang dianjurkan oleh universiti itu.

Sumber gambar: BH online

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya, berkata setakat pukul 8 pagi semalam seramai 234 pelajar telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di tiga buah hospital kerajaan.

“Baki seramai 160 orang pelajar lagi telah disaring oleh pasukan perubatan dari klinik kesihatan berdekatan, kesemua kes adalah stabil dan tiada kemasukan ke wad, kejadian keracunan makanan ini adalah terkawal dan tiada kes baharu dilaporkan,” katanya.

Sumber gambar: BH online

Dr Khalid berkata, Pejabat Kesihatan Hulu Langat telah mengambil sampel klinikal, sampel makanan dan sampel persekitaran bagi mengenal pasti punca sebenar keracunan makanan berkenaan.” katanya.

Kata beliau lagi pengendali makanan dinasihatkan untuk sentiasa memastikan pengendalian makanan dijalankan mengikut tatacara keselamatan makanan selain memastikan kebersihan diri serta premis makanan dan persekitarannya.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum makan dan sentiasa amalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas menggunakan tandas serta sebelum dan selepas makan,” katanya.

Sumber gambar: BH online

Seorang pegawai kolej itu berkata kebanyakan mereka mula mengadu sakit perut dan muntah selepas solat Maghrib semalam dan ekoran itu pihak kolej telah membawa kesemua penuntut ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketika ditemui pemberita di hospital itu, beliau berkata hari ini merupakan hari keempat mereka menjalani program orientasi selama seminggu.

Sumber: MalaysiaKini, Bernama


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!